{"id":64692,"date":"2018-01-29T07:27:30","date_gmt":"2018-01-28T23:27:30","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=64692"},"modified":"2018-01-29T07:33:02","modified_gmt":"2018-01-28T23:33:02","slug":"bukti-rakyat-tidak-termakan-hasutan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/bukti-rakyat-tidak-termakan-hasutan\/","title":{"rendered":"Bukti Rakyat Tidak Termakan Hasutan"},"content":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU \u2013 Pendaftaran keahlian PAS yang tinggi setiap bulan menggambarkan persepsi negatif disebarkan pihak tertentu terhadap PAS sejak akhir-akhir ini tidak sesekali menggugat keyakinan rakyat terhadap parti itu.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Dr B Chandran berkata, bilangan pengundi yang berminat berjuang bersama-sama Pas semakin meningkat sejak beberapa bekas pemimpin dan ahli Pas keluar dari parti itu dan menyertai Amanah.<\/p>\n<p>Walaupun persepsi buruk terhadap PAS disebarkan untuk menghakis keyakinan bukan sahaja dalam kalangan orang awam malah terhadap ahli PAS sendiri, namun kemasukan anggota baharu sangat memberangsangkan.<\/p>\n<p>\u201cKita percaya ada perkembangan dan sokongan positif untuk Pas berdasarkan kemasukan ahli baharu.<\/p>\n<p>&#8220;Selalunya kita menerima 800 hingga 1,000 penyertaan keahlian yang baharu tetapi lepas beberapa bekas pemimpin keluar Pas, kita menerima kemasukan ahli sekitar 2,000 hingga 3,000 dan ada juga yang mencecah 4,000 orang sebulan.<\/p>\n<p>\u201cBerdasarkan pencapaian tersebut membuktikan bahawa fakta itu memang ada dan kita mendapat sokongan yang banyak,\u201d katanya.<\/p>\n<p>B Chandran yang juga Pengerusi DHPP Terengganu sedar bahawa PAS berdepan cabaran memastikan pengundi tidak terpedaya dengan persepsi ditimbulkan parti lawan yang memburuk-burukkan PAS bagi tujuan mempengaruhi pengundi dan menarik ahli Pas keluar daripada parti itu.<\/p>\n<p>Beliau yakin, ia bertujuan memastikan ahli-ahli PAS tertarik dengan perjuangan mereka sekaligus menggunakan cara tidak sepatutnya untuk mendapatkan sokongan orang ramai.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun dihentam, kita tidak mahu bergaduh. Mana-mana yang hendak dengar itu hak dia. Apa yang dia (Pakatan Harapan) cakap, kita tidak peduli dan apa yang dia lontarkan, kita lawan balik dengan fakta,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas mengenai Pakatan Harapan (Harapan) khususnya Amanah, beliau tertanya-tanya berhubung kemampuan parti itu dalam mendapatkan sokongan khususnya sasaran 100,000 ahli sebagaimana disasarkan dua tahun lalu.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun dia kata 100,000 ahli tetapi (mereka yang biasa kelihatan) itu juga yang kita nampak,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau tidak menolak, keadaan itu juga menyebabkan Harapan bersetuju untuk membawa masuk Tun Dr Mahathir Mohamad bersama-sama dengan Pakatan Harapanbagi mendapatkan lebih ramai sokongan.<\/p>\n<p>Katanya, samada Harapan atau Mahathir, kedua-dua sebenarnya tiada pilihan selain bergabung &#8211;  Sinar Harian<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU \u2013 Pendaftaran keahlian PAS yang tinggi setiap bulan menggambarkan persepsi negatif disebarkan pihak tertentu terhadap PAS sejak akhir-akhir ini tidak sesekali menggugat keyakinan rakyat terhadap parti itu. Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat, Dr B Chandran berkata, bilangan pengundi yang berminat berjuang bersama-sama Pas semakin meningkat sejak beberapa bekas pemimpin dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":35950,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":35950,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":990,"height":636,"file":"2015\/07\/Bala-Chandran-GK.png","filesize":731538,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":35948,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/07\/Bala-Chandran-GK.png"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/64692"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=64692"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/64692\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/35950"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=64692"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=64692"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=64692"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}