{"id":6456,"date":"2011-07-12T19:43:36","date_gmt":"2011-07-12T11:43:36","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/07\/pemimpin-pemimpin-barisan-nasionalturun-secara-sopan-jangan-turun-secara-tunggang-langgang\/"},"modified":"2011-07-12T19:43:36","modified_gmt":"2011-07-12T11:43:36","slug":"pemimpin-pemimpin-barisan-nasionalturun-secara-sopan-jangan-turun-secara-tunggang-langgang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pemimpin-pemimpin-barisan-nasionalturun-secara-sopan-jangan-turun-secara-tunggang-langgang\/","title":{"rendered":"Pemimpin-pemimpin BN&#8230;&#8230;.turunlah secara sopan, jangan turun secara tunggang langgang"},"content":{"rendered":"<div class=\"post-header\"><\/div>\n<div id=\"post-body-8487271261481579761\" class=\"post-body entry-content\">\n<div class=\"separator\" style=\"clear: both; text-align: center;\"><a href=\"http:\/\/3.bp.blogspot.com\/-BsIsoj_fXkA\/ThspaAomYgI\/AAAAAAAAGcE\/us9-YgBobYM\/s1600\/DSC_8034.JPG\" style=\"clear: left; float: left; margin-bottom: 1em; margin-right: 1em;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/3.bp.blogspot.com\/-BsIsoj_fXkA\/ThspaAomYgI\/AAAAAAAAGcE\/us9-YgBobYM\/s320\/DSC_8034.JPG\" border=\"0\" width=\"320\" height=\"212\" \/><\/a><\/div>\n<p><em><strong>&#8211; Ucapan penuh Presiden PAS Dato&#8217; Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, 11 Julai, 2011<\/strong><\/em>,<em><strong> sekembalinya setelah ditangkap selama 4 jam oleh polis dalam Himpunan BERSIH 2.0<\/strong><\/em><\/p>\n<p> Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada semua, saudara saudari  yang hadir dan yang tidak dapat hadir, yang mengikuti demonstrasi aman  di Kuala Lumpur, saya ucapkan terima kasih kepada semua.<\/p>\n<p> Sebenarnya kita mempunyai sikap dan pendirian yang yang satu, mengajak  kebaikan kepada negara dan seluruh rakyat dengan cara yang aman dan  adamai melalui pilihanraya yang adil <br \/> <a name=\"more\"><\/a><br \/> Himpunan yang dianjurkan oleh Bersih 2.0, yang diatur oleh NGO,  Pertubuhan-pertubahan Bukan Kerajaan di kalangan Islam dan bukan Islam.  Mereka bukan parti-parti politik dan mereka tidak terlibat dengan  pilihan raya. <\/p>\n<p> Mereka adalah kalangan cerdik pandai, di kalangan profesional di seluruh  negara pelbagai kaum. Yang melihat banyak perkara yang tidak kena, yang  boleh merosakkan negara kerana merosakkan demokrasi, walau pun hari ini  Umno menganjurkan perhimpunan. Presidennya mengatakan, hendak mendukung  dan menghidupkan demokrasi. <\/p>\n<p> Demokrasi jenis apa? Kita mahu demokrasi yang mencerdikkan rakyat dan  bukan demokrasi yang membodohkan rakyat. Demokrasi adalah hak rakyat  untuk menjadi hakim yang adil. Rakyat mestilah diberi peluang untuk  mendapatkan maklumat daripada semua parti yang bertanding. Bukan hanya  maklumat dari satu parti yang memerintah dan sedang memerintah sahaja. <\/p>\n<p> Parti yang tidak memerintah mereka tidak mendapat maklumat. Dan kita  mesti sedar, bagi orang Islam kerajaan yang sempurna hanya kerajaan  Allah SWT sahaja. <\/p>\n<p> Kerajaan manusia tidak sempurna mereka perlu ditegur, mereka perlu  dibaiki, demokrasi adalah peluang untuk rakyat mengajar parti yang  memerintah yang silap. Rakyat mesti tahu apa kesilapan dan apa  kesalahan. Jangan ditutup dan apa yang berlaku hari ini tv, radio, surat  khabar yang disebar dengan luas semuanya memuji kerajaan yang  memerintah, kerajaan Barisan Nasional. Menutup segala kesalahannya,  seolah-olah sempurna macam Tuhan. Ini satu ajaran salah yang sangat  besar. <\/p>\n<p> Dalam masa yang sama rakyat tidak diberi peluang mengundi dengan cara  yang adil, ada undi pos, ada pengundi \u2018hantu\u2019. Pengundi yang sudah  meninggal dunia mengundi juga, pengundi yang mengundi acap kali,  pengundi yang tidak bertanggungjawab, pengundi yang miskin yang \u2018dibeli\u2019  dengan duit orang-orang kaya yang bagi rasuah politik. Mereka bagi  rasuah kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Bagi rasuah kepada  rakyat untuk mengundi mereka. <\/p>\n<p> Selepas menang, maka projek-projek mega yang besar diberi kepada  \u2018kaki-kaki\u2019 rasuah ini. Sedikit sahaja hasil negara turun kepada rakyat  yang miskin. Harga barang-barang naik dan tidak mampu hendak ditahan  lagi. Hasil negara banyak yang \u2018bocor\u2019 degan sebab rasuah ini. <\/p>\n<p> Kita mahu pilihan raya bersih dan rakyat diberi maklumat sepenuhnya. Ada  kalangan yang mengatakan kenapa PAS menyokong orang bukan Islam yang  menganjurkan Bersih 2.0 ini?<\/p>\n<p> Kita diajar oleh Nabi Muhamad SAW. Di zaman jahiliyah sebelum Islam,  Nabi SAW\u00a0 diajak oleh bapa saudaranya yang bukan Islam. Hadir dalam satu  perbincangan untuk menentang yang zalim dan menentang perkara yang  salah yang dikenali dengan al-hilful fudzul. Nabi SAW menyebut,  \u201cSekiranya pakatan untuk menentang yang zalim ini yang dilakukan di  zaman jahiliyyah dibawa di zaman Islam, walau pun mereka orang  jahiliyyah aku ikut sama\u201d, kata Nabi SAW. Kita diajar oleh Nabi SAW.<\/p>\n<p> Mereka yang menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 ini bukan ahli-ahli  politik. Tetapi mereka yang cerdik pandai yang tidak senang dengan  perkara yang berlaku. Mereka menganjurkan perhimpunan aman. Saya ucap  terima kasih kepada Pemuda-pemuda kita yang ikut sama muslimin-muslimat,  saudara-saudari pelbagai kaum. Melayu Islam, Cina, India dan lain-lain  berarak sama. <\/p>\n<p> Kita arah jangan lakukan kekasaran. Kita tidak mahu berlawan dengan  polis, tidak mahu berlawan dengan pasukan keselamatan. Kita tahu yang  jadi \u2018kepala harian\u2019 ialah Umno-Barisan Nasional. Jika kita bergaduh  dengan polis, akan jadi seperti \u2018alu dengan lesung\u2019 yang berlaga dan  yang kenyangnya ayam. Mereka (Umno) yang \u2018kenyang\u2019 (untung), tidak ada  gunanya. <\/p>\n<p> Alhamdulillah, pemuda-pemuda kita dari semua kaum ikut arahan. Walau pun  mereka (kerajaan) sekat dari segenap penjuru dan ada orang yang  diharamkan masuk ke Kuala Lumpur. Macam mana kita rakyat di negeri ini  diharamkan masuk ke dalam negeri kita sendiri. Orang Kuala Lumpur pun  diharamkan juga masuk ke Kuala Lumpur. Dia duduk di Kuala Lumpur doh,  haram macam mana.<\/p>\n<p> Alhamdulillah, kita masuk dan kita adakan perhimpunan dengan jumlah yang  sangat besar. Jumlah itu tidak mampu dilawan oleh polis sebenarnya.  Mereka tak mampu lawan! Kalau kita nak lawan, boleh lawan. Bukan cara  kita. Kita sedar mereka telah dipaksa kerajaan Barisan Nasional. Oleh  pmimpin-pemimpin yang zalim ini.<\/p>\n<p> AlhamduliLlah kita telah menganjurkan perhimpunan dengan cara yang baik,  dengan cara yang aman walaupun disembur dengan gas pemedih  mata&#8230;matanya pedih, nafasnya (jadi) sesak. Dan ada orang yang mati,  ada orang yang cedera, ada orang yang tidak apa kena gas dan dia (gas)  jadi ubat &#8216;seduan&#8217;! Ada yang nak pergi lagi, kalau ada berark, ada yang  nak pergi lagi dan ramai yang ditahan.<\/p>\n<p> Bukan semua anggota polis ini boleh menjadi alat, ramai dikalangan  mereka melayan kami dengan baik, melayan kami dengan sopan, dengan  teratur. Saya pun dalam balai polis diajak bergambar, menandakan mereka  bukan semuanya jadi alat Barisan Nasional.<\/p>\n<p> Saya ucap terim kasih kepada anggota keselamatan dan kita ambil gambar  semuanya. Yang &#8216;berhalus&#8217; kita ambil gambar, yang &#8216;berkasar&#8217; pun kita  ambil gambar. Kerana (ada) beribu-ribu kamera, kita kumpul gambar ini  menjadi saksi dan kita kenal mereka yang bersabar dan mereka yang tidak  beradab.<\/p>\n<p> AlhamduliLlah, dengan berkat doa saudara-saudari, dengan simpati  saudara-saudari, dengan pertolongan Allah, semua kita dibebaskan. dan  saya tak mahulah diberi layan yang istimewa&#8230;.pergi hantar sampai ke  rumah&#8230; terima kasih layanan yang baik, (tapi) janganlah untuk saya  sahaja, orang lain pun kena (layan) baik juga. Kerana tidak ada beza  antara kita semua.<\/p>\n<p> Saya nak beritahu, bahawa kebangkitan rakyat tidak boleh dihalang,  kebangkitan rakyat lebih daripada banjir, kalau halang banjir, empangan  (jadi) pecah, ini akan berlaku. Dan kita beritahu, himpunan kita kali  ini adalah muqaddimah Kita beri isyrat supaya Barisan Nasional bersopan,  beradab dan dia kena sedar, kita orang islam diajar, tidak ada kerajaan  yang kekal selama-lamanya melainkan kerajaan Allah sahaja.Termasuk  kerajaan Nabi dan Rasul pun tidak kekal, semua kerajaan dunia tidak  kekal, kerajaan yang kekal hanya kerajaan Tuhan sahaja.<\/p>\n<p> Kita harap pemimpin-pemimpin Barisan Nasional supaya turun secara sopan,  secara berdab, secara tertib. Jangan turun secara tunggang langgang  yang memalukan sebagaimana yang berlaku di negara Arab, dinegara-negara  lain didunia (yang) turun dengan cara yang memalukan. Kalau turun dengan  cara baik, alangkah baiknya, kita jadikan demokrasi sebagai landasan<\/p>\n<p> PAS adalah parti yang sabar. PAS pernah menang, PAS pernah kalah. PAS  pernah jatuh kerajaan(nya), PAS sabar, tunggu puluh-puluh tahun Kita  minta Barisan Nasional beradab da bersopan, ubah demokrasi dengan cara  yang baik, macam negara-negara lain dalam dunia ini.<\/p>\n<p> Suka saya menjelaskan, bhawa kebangkitan rakyat seperti yang berlaku  pada hari ini sepatutnya tidak menakutkan Barisan Nasional. sepatutnya  menyedarkan mereka. Marilah kita jadikan ini sebagai satu gelombang,  yang akan diikuti dengan gelombang-gelombang yang lebih besar yang akan  membersihkan panai negeri Terengganu daripada sampah-sampah.<\/p>\n<p> Dan akhirnya, saya ucap terima kasih kepada semua yang hadir,  mudah-mudahan Allah memberi pahala kepada semua yang terlibat, termasuk  yang bukan Islam. Ada kalangan yang nak melagakan kaum, nak melagakan  Melayu Cina, nak buat 13 Mei pula, ini GILA. Yang bercakap (tentang) 13  Mei, pertubuhan-pertubuhan NGO jenis-jenis ini, pasal apa tak ditangkap  mereka? Mereka patut diambil tindakan, yang melakukan provokasi!<\/p>\n<p> Malangnya, mereka yang ajak berubah secara damai ini diambil tindakan.  AlhamduliLlah, prhimpunn BERSIH telah memberikan kepercayaan dari semua  kaum kepada PAS, Parti Islam, baru mereka kenal Parti Islam adalah parti  damai, parti adil, parti baik, parti yang nak ajak kepada dil dan huru  hara adalah bukan perjuangan kita Kita nak aman, baik, ini (akan)  menyelamatkan kita semua<\/p>\n<p> Marilah kita memanjatkan doa (kepada Allah) doa orang yang kena zalim!<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=SLOhs3p40Mw&amp;feature=channel_video_title<\/p><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8211; Ucapan penuh Presiden PAS Dato&#8217; Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, 11 Julai, 2011, sekembalinya setelah ditangkap selama 4 jam oleh polis dalam Himpunan BERSIH 2.0 Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kepada semua, saudara saudari yang hadir dan yang tidak dapat hadir, yang mengikuti demonstrasi aman di Kuala [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6456"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6456"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6456\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6456"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6456"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6456"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}