{"id":64388,"date":"2018-01-18T14:06:21","date_gmt":"2018-01-18T06:06:21","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=64388"},"modified":"2018-01-18T16:59:49","modified_gmt":"2018-01-18T08:59:49","slug":"orang-melayu-kampung-tanjung-terus-jadi-penduduk-kelas-ketiga","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/orang-melayu-kampung-tanjung-terus-jadi-penduduk-kelas-ketiga\/","title":{"rendered":"Orang Melayu Kampung Tanjung Terus Jadi &#8216;Penduduk Kelas Ketiga&#8217;"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : Suhaimi Taib<\/p>\n<p>Kampung Melayu di sekitar muara Sungai Terengganu dijangka akan tinggal nama kerana mengejar arus pembangunan. <\/p>\n<p> Kampung Tanjung Kuala Terengganu umpamanya,  kini hanya tinggal namanya sahaja bila penduduk Melayu di situ,  diarah berpindah ke kawasan lain kerana projek pembangunan sedang giat dijalankan di kawasan berkenaan. <\/p>\n<p> Belum pasti siapa akan monopoli kependudukan di kawasan tersebut selepas projek berkenaan siap nanti.<\/p>\n<p> Biasanya ia dikuasai oleh syarikat-syarikat besar milikan bukan Melayu dan orang kaya bukan Melayu kerana orang Melayu tidak berkeupayaan untuk miliki tanah dan bangunan mewah yang ada di situ. <\/p>\n<p> Apa lagi orang Melayu,  penghuni asal di situ yang kebanyakan menduduki tanah kerajaan, ada yang berpuluh-puluh tahun lamanya. <\/p>\n<p> Ada juga tanah milikan persendirian,  yang sudah pasti mereka memperolehi bayaran lumayan jika status tanah ditukar syarat dari tanah kampung kepada bangunan sebelum projek mega muara sungai Terengganu dilaksanakan menelan belanja berbilion ringgit. <\/p>\n<p>Penulis pernah ditunjukkan tanah bernilai lebih RM1 juta di kawasan sekitar kampung itu,  dengan ukuran tidak sampai setengah ekar sebelum projek itu dimulakan. <\/p>\n<p>Tetapi tanah seumpama itu,  tidak banyak. Yang banyaknya adalah tanah kerajaan,  bererti penduduk di situ menghuni atau menduduki tanah kerajaan tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan. <\/p>\n<p> Ini bererti orang Melayu di kampung Tanjung kebanyakannya tidak mempunyai tanah milikan sendiri sama ada secara &#8216;Free Hold&#8217; atau &#8216;Leas Hold&#8217;. <\/p>\n<p> Mereka mungkin ingin memiliki tanah sendiri di kawasan itu tetapi mereka tidak berkemampuan kerana kebanyakan mereka terdiri dari golongan miskin dan sederhana. <\/p>\n<p> Penulis percaya kerajaan tidak akan mengizinkan penduduk di situ memiliki tanah kerajaan kerana kerajaan negeri Terengganu mempunyai plan pembangunan tersendiri di kawasan muara sungai itu sejak sekian lama,  hanya tunggu masa untuk dilaksanakan. <\/p>\n<p> Sekarang kerajaan Terengganu merealisasikan perancangannya di muara sungai dengan pelbagai projek yang sedang dilaksanakan. <\/p>\n<p> Penduduk asal di situ terpaksa berpindah ke kawasan lain,  mereka menjadi mangsa pembangunan sedangkan Umno mengakui ia adalah sebuah parti membela nasib orang Melayu. <\/p>\n<p> Dalam isu ini,  apa Umno boleh buat untuk membela nasib orang Melayu? Tidak dinafikan mereka ditawarkan untuk menghuni beberapa rumah flat yang didirikan kerajaan tidak jauh dari kawasan berkenaan. <\/p>\n<p> Selama lebih 50 tahun Barisan Nasional (BN) memerintah Terengganu, Umno hanya boleh jadikan penduduk Kampung Tanjung, kekal bertaraf penduduk Kelas Ketiga,  tidak berubah dari dahulu sehingga sekarang. <\/p>\n<p> Mereka tidak berkembang menjadi penduduk Kelas Pertama berkeupayaan membangun kampung halaman mereka sendiri atau menjadi pemacu pembangunan bersama perancangan pembangunan kerajaan. <\/p>\n<p> Mereka menjadi seperti Pak Kadok,  menang sorak,  kampung tergadai. Inilah hakikat usaha Umno selama ini.  Rakyat setempat tidak mendapat manfaat yang banyak dari perancangan pembangunan kerajaan. <\/p>\n<p> Persoalan yang timbul kenapa kerajaan Terengganu boleh mengekalkan keaslian kampung Cina yang bersebelahan dengan kampung Tanjung?<\/p>\n<p>Jika alasan penduduk kampung Cina memiliki bangunan yang mengikut syarat yang dikehendaki oleh kerajaan dan undang-undang,  maka kampung itu dikekalkan sebagai satu warisan sejarah di samping satu destinasi pelancungan di Kuala Terengganu,  dari segi warisan dan pelancungan orang Melayu di Kampung Tanjung dan Ladang,  kaya dengan budaya perusahaan Melayu, seperti Keris, Tembaga,  Songket dan Batek, tetapi perusahaan ini tidak dipelihara dengan baik oleh Kerajaan negeri itu. <\/p>\n<p> Akhirnya perusahaan yang boleh menarik pelancung di bandar Kuala Terengganu itu hilang begitu sahaja. <\/p>\n<p> Sepatutnya Kerajaan Terengganu memelihara dan menggalakkan perusahaan tersebut dilakukan penduduk di situ dengan pelbagai cara,  bukan menghapuskannya. <\/p>\n<p>Kampung Cina dikekalkan tetapi kampung Melayu di sekitarnya hanya tinggal nama sahaja. Ertinya Umno hanya cakap kosong sahaja untuk  membantu orang Melayu di kampung Tanjung dan sekitarnya,  hakikatnya,  orang Melayu terus terpinggir dan terus menjadi rakyat Kelas Ketiga di bandar Kuala Terengganu. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Suhaimi Taib Kampung Melayu di sekitar muara Sungai Terengganu dijangka akan tinggal nama kerana mengejar arus pembangunan. Kampung Tanjung Kuala Terengganu umpamanya, kini hanya tinggal namanya sahaja bila penduduk Melayu di situ, diarah berpindah ke kawasan lain kerana projek pembangunan sedang giat dijalankan di kawasan berkenaan. Belum pasti siapa akan monopoli kependudukan di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":64390,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":64390,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":3821,"height":1997,"file":"2018\/01\/IMG_20180118_135315.jpg","filesize":1012822,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":64388,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/01\/IMG_20180118_135315.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/64388"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=64388"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/64388\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/64390"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=64388"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=64388"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=64388"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}