{"id":64152,"date":"2018-01-11T00:04:50","date_gmt":"2018-01-10T16:04:50","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=64152"},"modified":"2018-01-11T09:10:40","modified_gmt":"2018-01-11T01:10:40","slug":"tanah-rizab-mercu-tanda-kuala-berang-bertukar-milik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tanah-rizab-mercu-tanda-kuala-berang-bertukar-milik\/","title":{"rendered":"Tanah Rizab \u2018Mercu Tanda\u2019 Kuala Berang Bertukar Milik"},"content":{"rendered":"<p>HULU TERENGGANU \u2013 Dua buah bukit yang pernah menjadi \u2018mercu tanda\u2019 kerana terletak tengah-tengah Bandar Kuala Berang, telah \u2018hilang\u2019 dari muka bumi.<\/p>\n<p>Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid ketika mempersoalkan perkara tersebut berkata, ia bukan sahaja telah diratakan, bahkan sebahagian \u2018tanah rizab\u2019 Melayu itu telah bertukar tangan.<\/p>\n<p>\u201cSaya ingin membangkitkan satu isu yang berlaku di bandar Kuala Berang iaitu di pusat Bandar Kuala Berang\u2026\u2026di mana asalnya ada dua buah bukit di tengah- tengahnya yang menjadi mercu tanda,<\/p>\n<p>\u201csatu dipanggil Bukit DO (District Officer) atau tempat kediaman Pegawai Daerah Hulu Terengganu, dan sebelah jalan ialah bukit yang dipanggil jepun satu tempat rekreasi yang tidak ada apa-apa bangunan di atasnya,\u201d ujar beliau.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/rezab-melayu-KB2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-57530\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/rezab-melayu-KB2.jpg\" alt=\"\" width=\"1040\" height=\"780\" \/><\/a>Namun begitu, katanya, selepas Umno dan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan dari PAS pada tahun 2004, pimpinan parti tersebut \u2018menyelongkar khazanah\u2019 tanah kerajaan untuk kepentingan mereka.<\/p>\n<p>\u201cJadi diantara tanah-tanah yang telah diambil oleh pimpinan Umno-BN ialah satu kawasan tanah iaitu di Bukit Jepun itu,<\/p>\n<p>\u201cPermohonan telah dibuat kerajaan dan diluluskan kepada beberapa individu untuk mendapat hak milik,\u201d kata beliau.<\/p>\n<p>Katanya, setelah berjaya mendapat hak milik bukit itu, ia bukan sahaja \u2018digondolkan\u2019 dan tanahnya diangkut dan dijual sehinggalah bukit ini hilang daripada pandangan mata.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/rezab-melayu-KB3.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-57533\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/rezab-melayu-KB3.jpg\" alt=\"\" width=\"1040\" height=\"780\" \/><\/a>Menurutnya, beliau dimaklumkan, tanah lokasi tersebut telah diserahkan untuk membina bangunan bagi sebuah syarikat perniagaan.<\/p>\n<p>\u201ckita mendapat maklumat satu projek besar didirikan di atas tapak bukit itu dan  kita telah buat carian di pejabat tanah,<\/p>\n<p>\u201ckita dapati tanah ini telah diberikan kepada satu syarikat iaitu syarikat Zon Ria Malaysia Sendirian Berhad (yang kini) telah mendirikan bangunan rumah kedai tiga tingkat sebanyak 17 lot,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Ia sangat mengejutkan, kata beliau, kerana carian rasmi menurut Seksyen 5 Kamun Tanah Negara mendapati, tanah yang berharga itu telah dipindah milik oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Hulu Terengganu .<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/01\/tanah-rezab-K-Berang.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-64153\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/01\/tanah-rezab-K-Berang.jpg\" alt=\"\" width=\"2500\" height=\"3254\" \/><\/a>\u201ctanah di dalam bandar Kuala Berang ini adalah tanah rizab melayu, hak milik melayu tetapi tanah ini telah ditukar hak milik kepada bukan rizab melayu.<\/p>\n<p>\u201cDan syarikat ini telah memiliki tanah ini dan kita dapati tanah ini telah dipecahkan (dengan) Umno Hulu Terengganu mendapat 9 lot dan syarikat Zon Ria mendapat 8 lot,\u201d jelasnya lagi<\/p>\n<p>Justeru, Beliau yang juga Setiausaha PAS Negeri Terengganu mempersoalkan, siapakah pemilik Zon Ria yang kini menjadi pemilik sebahagian tanah itu?<br \/>\n\u201cini yang menjadi persoalan yang kita rasa sangat dukacita\u2026\u2026setelah kita buat carian di (Pejabat) Suruhan Jaya Syarikat Malaysia (SSM) kita dapati Zon Ria ini dimiliki oleh tiga individu,<\/p>\n<p>\u201cYang pertama Choi Ah Teuw, yang kedua Choi Loo See dan yang ketiga Oi Sho Boi\u2026\u2026ketiga orang ini bukan rakyat Terengganu (dan) jauh sekali penduduk Hulu Terengganu atau Kuala Berang dan bukan orang Islam dan juga bukan orang melayu,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/01\/8b.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-64156\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/01\/8b.jpg\" alt=\"\" width=\"2482\" height=\"3499\" \/><\/a>Katanya, mereka  berasal daripada Taman Seri Pinang, Buttrworth, Pulau Pinang, pemilik syarikat tersebut yang kini juga pemilik bangunan dan tanah diatas tapak \u2019Bukit Jepun\u2019 itu.<\/p>\n<p>Oleh itu, beliau sebagai penduduk tempatan, merasa sangat dukacita kerana kawasan yang sangat stategik di pusat bandar tiba-tiba telah tergadai ke tangan orang bukan Islam dan bukan Melayu.<\/p>\n<p>\u201cKita bimbang ada unsur-unsur yang tidak baik telah berlaku sehingga tanah yang begitu strategik telah terlepas kepada orang tidak sepatutnya,<\/p>\n<p>\u201cKita minta perkara ini dapat dikaji dan jika ada penyalah gunaan kuasa, satu tindakan yang sewajarnya perlu diambil oleh pihak kerajaan dan pihak berwajib,\u201d ujar beliau.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>HULU TERENGGANU \u2013 Dua buah bukit yang pernah menjadi \u2018mercu tanda\u2019 kerana terletak tengah-tengah Bandar Kuala Berang, telah \u2018hilang\u2019 dari muka bumi. Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu, Haji Muhyiddin Abdul Rashid ketika mempersoalkan perkara tersebut berkata, ia bukan sahaja telah diratakan, bahkan sebahagian \u2018tanah rizab\u2019 Melayu itu telah bertukar tangan. \u201cSaya ingin membangkitkan satu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":64155,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"video","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":64155,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":480,"file":"2018\/01\/sddefault-3.jpg","filesize":57112,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":64152,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/01\/sddefault-3.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/64152"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=64152"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/64152\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/64155"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=64152"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=64152"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=64152"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}