{"id":64053,"date":"2018-01-07T08:19:53","date_gmt":"2018-01-07T00:19:53","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=64053"},"modified":"2018-01-07T08:26:44","modified_gmt":"2018-01-07T00:26:44","slug":"enakmen-rizab-melayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/enakmen-rizab-melayu\/","title":{"rendered":"Enakmen Rizab Melayu"},"content":{"rendered":"<p><strong>LATARBELAKANG<\/strong><\/p>\n<p>Undang-undang Tanah Rizab Melayu (selepas ini ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan di negeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Enakmen Rizab Melayu 1913 ini telah dimansuhkan mulai daripada 15.12.1933 dan digantikan dengan ERM 1933. Pada tahun 1935 ERM 1933 ini telah disemak dan diterbitkan semula sebagai ERM (NMB Bab 142) dan digunakan hingga ke hari ini.<br \/>\nNegeri-negeri lain kemudiannya turut mengwujudkan ERM mereka masing-masing iaitu<\/p>\n<p>ERM Kelantan 1930<br \/>\nERM Kedah 1931<br \/>\nERM Perlis 1935<br \/>\nERM Johor 1936<br \/>\nERM Terengganu 1941<br \/>\nBritish tidak mengadakan apa-apa ERM di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka.<\/p>\n<p><strong>OBJEKTIF RIZAB MELAYU<\/strong><\/p>\n<p>Terdapat dua objektif utama :-<\/p>\n<p>Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu<br \/>\nMenyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.<\/p>\n<p><strong>MATLAMAT<\/strong><\/p>\n<p>Dengan dua objektif itu adalah diharapkan tanah-tanah kepunyaan Melayu akan berkekalan dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman.<\/p>\n<p><strong>PENGISYTIHARAN<\/strong><\/p>\n<p><em>Kuasa Pengisytiharan<\/em><\/p>\n<p>Di Negeri-negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang di mana ERM (NMB Bab 142) dipakai, kuasa untuk membuat pengisytiharan terletak pada Menteri Besar dengan kelulusan Raja Dalam Mesyuarat (RDM). Di Johor, PTG dengan kelulusan RDM manakala di lain-lain negeri, RDM.<\/p>\n<p><em>Tujuan Pengisytiharan<\/em><\/p>\n<p>Untuk mewujudkan satu kawasan Rizab Melayu<br \/>\nUntuk membatalkan kawasan Rizab Melayu<br \/>\nUntuk meminda had atau sempadan mana-mana Rizab Melayu<\/p>\n<p><em>Tanah yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu.<\/em><\/p>\n<p>Tanah Kerajaan<br \/>\nTanah Hutan Simpan<br \/>\nTanah Rizab Awam<br \/>\nTanah Milik<\/p>\n<p><em>Syarat-syarat Pengisytiharan<\/em><\/p>\n<p>Tanah yang belum dimajukan (not developed) atau dicucuk tanam (cultivated) sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai kawasan Rizab Melayu. [Perkara 89(2) Perlembagan Persekutuan]<\/p>\n<p>Jika 100 hektar tanah kawasan baru diisytiharkan maka satu kawasan lain yang belum dimajukan atau dicucuktanam seluas 100 hektar juga hendaklah disediakan untuk diberimilik pada orang ramai termasuk Melayu. [Perkara 89(2)Perlembagan Persekutuan]<\/p>\n<p>Jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti. Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah. [ Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan]<\/p>\n<p>Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentingan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Rujuk Perkara 89(4) Perelembagan Persekutuan]<br \/>\nBagi maksud Enakmen Rizab Melayu Kedah, tanah bandar atau tanah yang termasuk dalam kawasan \u201cSanitary Board\u201d tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu [Sek.3(1)ERM Kedah]<\/p>\n<p>Dibawah Enakmen Rizab Melayu Terengganu pula hanya tanah bandar atau tanah pekan sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Lihat tafsiran (d) \u2018Malay Holding\u2019]<\/p>\n<p><em>Rizab Melayu Kekal Sebagai Rizab Melayu<\/em><\/p>\n<p>Mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Rizab Melayu hendaklah kekal sebagai Rizab Melayu melainkan ianya diisytiharkan dan diwartakan sebagai batal oleh pihak yang berkenaan.<\/p>\n<p>Sumber: INSTUN<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>LATARBELAKANG Undang-undang Tanah Rizab Melayu (selepas ini ERM) mula diperkenalkan pada 1 Januari 1914 apabila Enakmen Rizab Melayu 1913 (ERM 1913) dikuatkuasakan di negeri-negeri yang dahulunya dikenali dengan nama Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NMB) iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Enakmen Rizab Melayu 1913 ini telah dimansuhkan mulai daripada 15.12.1933 dan digantikan dengan ERM 1933. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":64055,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":64055,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":3698,"height":2139,"file":"2018\/01\/tanah-rizab-melayu.jpg","filesize":1010060,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"1515312860","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":64053,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2018\/01\/tanah-rizab-melayu.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/64053"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=64053"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/64053\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/64055"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=64053"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=64053"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=64053"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}