{"id":6374,"date":"2011-07-03T03:10:14","date_gmt":"2011-07-02T19:10:14","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/07\/ketepi-fahaman-politik\/"},"modified":"2011-07-03T03:10:14","modified_gmt":"2011-07-02T19:10:14","slug":"ketepi-fahaman-politik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/ketepi-fahaman-politik\/","title":{"rendered":"Ketepi fahaman politik"},"content":{"rendered":"<div id=\"contentPic\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.sinarharian.com.my\/imagesSH\/9254459.jpg\" border=\"1\" width=\"263\" height=\"167\" style=\"float: left;\" \/><\/div>\n<p><strong>MARANG<\/strong> &#8211; Tanpa mengira fahaman politik, isteri  Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu Toh Puan Seri Zainab  Awang Ngah memilih cara berkunjung dari rumah ke rumah bagi melawat  pesakit terlantar di Dewan Undangan Negeri (DUN Rhu Rendang di sini.  <\/p>\n<p>Timbalan Muslimat Pas Rhu Rendang, Faridah Omar berkata, program itu  bertujuan mendekatkan hubungan kemesraan dan ikatan silaturahim isteri  Presiden dengan rakyat, terutama mereka yang uzur, kurang bernasib baik  dan memerlukan bantuan.  <\/p>\n<p>\u201cTumpuan kunjungan kami dan sumbangan ditujukan kepada warga  emas dan mereka yang sakit tanpa mengambil kira fahaman politik individu  terbabit, selain melihat dan menyelami kesusahan dan kepayahan penduduk  kurang bernasib baik.  <\/p>\n<p>\u201cMelalui kunjungan ini juga diharap dapat memberi sedikit  keceriaan dan kegembiraan kepada meraka yang sedang sakit dan  terlantar,\u201d katanya ketika ditemui Sinar Harian ketika mengunjungi  seorang warga emas, Chik Kasim, 80-an di Kampung Rhu Muda.  <\/p>\n<p>Menurut Faridah, program bersama Toh Puan Seri Zainab dan  rombongan Muslimat Pas itu melawat enam buah keluarga di DUN berkenaan  termasuk melawat ibu kepada Naib Ketua UMNO Bahagian Marang, Razali  Idris yang sedang sakit di Kampung Rhu Muda.  <\/p>\n<p>Bagaimanapun, atas permintaan keluarga Razali, gambar mereka tidak dirakam di rumah itu.  <\/p>\n<p>Sementara itu, keluarga warga emas terbabit, Yusof Wadu, 56,  tidak menyangka isteri kepada Presiden Pas itu datang melawat ke rumah  ibu mentuanya yang mengidap pelbagai jenis penyakit, antaranya penyakit  jantung dan terlantar sejak empat bukan lalu.  <\/p>\n<p>\u201cMalah kami berterima kasih kerana beliau sendiri menyampaikan  sumbangan berupa hamper buah-buahan dan barangan keperluan dapur kepada  ibu mentua saya,\u201d katanya.- SH<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MARANG &#8211; Tanpa mengira fahaman politik, isteri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang iaitu Toh Puan Seri Zainab Awang Ngah memilih cara berkunjung dari rumah ke rumah bagi melawat pesakit terlantar di Dewan Undangan Negeri (DUN Rhu Rendang di sini. Timbalan Muslimat Pas Rhu Rendang, Faridah Omar berkata, program itu bertujuan mendekatkan hubungan kemesraan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6374"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6374"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6374\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6374"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6374"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6374"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}