{"id":6367,"date":"2011-07-02T02:04:10","date_gmt":"2011-07-01T18:04:10","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/07\/jin-manusia-masing-masing-dibayangi-syaitan-tafsir-surah-al-anam-ayat-112-2\/"},"modified":"2011-07-02T02:04:10","modified_gmt":"2011-07-01T18:04:10","slug":"jin-manusia-masing-masing-dibayangi-syaitan-tafsir-surah-al-anam-ayat-112-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/jin-manusia-masing-masing-dibayangi-syaitan-tafsir-surah-al-anam-ayat-112-2\/","title":{"rendered":"Jin, manusia, masing-masing dibayangi syaitan &#8211; Tafsir Surah Al-An&#8217;am ayat 112"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"createdate\"> <\/span><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/3.bp.blogspot.com\/-53fHUHLDAsI\/TeuzCRwidpI\/AAAAAAAAAE4\/B_MTlXKgOcc\/s1600\/kartun.jpg\" border=\"0\" width=\"320\" height=\"232\" style=\"float: right;\" \/>MENURUT satu pendapat lain daripada  Ikrimah, Allah SWT jadikan bagi manusia dan jin itu syaitansyaitan untuk  diri masing-masing. Di mana syaitan-syaitan berkenaan akan bertemu  antara satu sama lain menceritakan bagaimana cara mereka menyesatkan  pengikut-pengikut mereka.<\/p>\n<p>Tidak ada dinamakan syaitan di kalangan  jin dan manusia tetapi Allah telah lahirkan bagi mereka syaitan-syaitan  yang menggoda dan menyesatkan manusia dan jin.<\/p>\n<p>Mereka saling  bantu membantu antara satu sama lain untuk menyesatkan manusia dan jin  sebagaimana firman Allah yang bermaksud, \u201cSebahagian daripada mereka  membisikkan kepada sebahagian yang lain dengan kata-kata dusta yang  indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya.\u201d (Surah al-An\u2019am:  112)<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Ikrimah juga dalam menafsirkan ayat ini  menjelaskan bahawa syaitan manusia dimaksudkan dengan syaitan yang  menyesatkan manusia, sementara syaitan jin dimaksudkan syaitan yang  menyesatkan jin. Syaitan- syaitan berkenaan bertemu antara satu sama  lain. Berkatalah salah seorang dari mereka kepada rakan-rakannya:  \u201cSesungguh aku telah menyesatkan pengikut-pengikut ku dengan cara  demikian, demikian. Manakala engkau pula menyesatkan pengikut engkau  dengan cara begini, begini.\u201d Mereka belajar cara menyesatkan  pengikut-pengikut mereka antara satu sama lain.<\/p>\n<p>Sementara Ibnu  Jarir mengambil kefahaman daripada penjelasan ini dengan menyatakan  bahawa, yang dimaksudkan dengan syaitan-syaitan manusia itu sebagaimana  dijelaskan oleh Ikrimah dan as-Suddi ialah syaitansyaitan daripada  kalangan jin yang menyesatkan manusia bukan yang dimaksudkan  syaitan-syaitan manusia yang menyesatkan sesama manusia.<\/p>\n<p>Tidak  syak lagi inilah zahir percakapan Ikrimah. Manakala pendapatan As-Suddi  pula (pada pandangan Ibnu Jarir) tidak seperti makna yang dimaksudkan  itu.<\/p>\n<p>Ertinya manusia dan jin ada syaitan masing-masing. Manusia  ada syaitannya yang menyesatkan mereka dan jin pula ada syaitannya yang  menyesatkan mereka.<\/p>\n<p>Sesungguhnya telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi  Hatim seumpama itu daripada Ibnu Abbas daripada riwayat ad-Dhohhaq.  Berkata Ibnu Abbas, sesungguhnya bagi jin ada syaitan yang menyesatkan  mereka daripada kalangan jin, manakala manusia ada syaitan yang  menyesatkan mereka daripada kalangan manusia.<\/p>\n<p>Bertemu kedua-dua  mereka (syaitan daripada kalangan jin dan manusia) sambil menceritakan  cara mereka menyesatkan pengikut-pengikut mereka masing-masing  sebagaimana dijelaskan dalam ayat ini yang bermaksud, \u201cSebahagian  daripada mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain dengan kata-kata  dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdayakan pendengarnya.\u201d  (Surah al-An\u2019am: 112)<\/p>\n<p>Apa yang sahihnya ialah apa yang terdahulu  disebut daripada hadis Abi Zar bahawa sesungguhnya bagi manusia terdapat  syaitan-syaitan terdiri dari kalangan mereka dan begitu juga jin  terdapat syaitan-syaitan di kalangan mereka. Sesungguhnya apa yang  dimaksudkan dengan syaitan itu ialah setiap sesuatu yang mendurhakai  Allah SWT.<\/p>\n<p>Yang demikian itulah telah dinyatakan dalam hadis  sohih Muslim yang diriwayatkan dari Abi Zar bahawa Rasulullah s.a.w.  bersabda yang bermaksud, \u201cAnjing hitam itu adalah syaitan.\u201d<\/p>\n<p>Allah  sahaja yang mengetahui maksud sebenar hadis ini. Ertinya ada terdapat  syaitan di kalangan anjing. Untuk menjelaskan perkara ini banyak riwayat  lain menjelaskan bahawa syaitan akan merupakan dirinya seperti binatang  termasuk anjing, ular dan seumpamanya dengan merupakan tubuhnya  berwarna hitam terutama di waktu senja.<\/p>\n<p>Oleh sebab itu jika  ditemui binatang yang dalam keadaan mencurigakan di waktu senja dan  badannya berwarna hitam maka halaulah mereka dan ada ulama menasihatkan  supaya jangan membunuh mereka.<\/p>\n<p>Jika ditemui binatang dalam  keadaan situasi berkenaan maka berkatalah kepadanya: \u201cWahai binatang,  jika engkau syaitan, pergilah kamu dari kami sejauh-jauhnya dan  janganlah kamu mengganggu kami lagi.\u201d<\/p>\n<p>Jika didapati ia masih  tidak bergerak, masih berada di situ dan ia boleh mengancam keselamatan  nyawa kamu, maka bolehlah ia dibunuh kerana ia bukan syaitan tetapi  binatang biasa. Allah sahajalah yang Maha mengetahui segala-galanya.<\/p>\n<p>Sementara  itu berkata Mujahid dalam menafsirkan ayat ini, sesungguhnya  orang-orang kafir di kalangan jin itu adalah syaitan, mereka membisikkan  sesuatu kepada syaitan daripada kalangan manusia yakni orang-orang  kafir dari kalangan mereka dengan kata-kata dusta yang indah susunannya  untuk memperdayakan pendengarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MENURUT satu pendapat lain daripada Ikrimah, Allah SWT jadikan bagi manusia dan jin itu syaitansyaitan untuk diri masing-masing. Di mana syaitan-syaitan berkenaan akan bertemu antara satu sama lain menceritakan bagaimana cara mereka menyesatkan pengikut-pengikut mereka. Tidak ada dinamakan syaitan di kalangan jin dan manusia tetapi Allah telah lahirkan bagi mereka syaitan-syaitan yang menggoda dan menyesatkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6367"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6367"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6367\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6367"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6367"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6367"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}