{"id":6362,"date":"2011-07-02T01:42:07","date_gmt":"2011-07-01T17:42:07","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/07\/rundingan-kesatuan-afrika-gagal-hurai-pemberontakan-di-libya\/"},"modified":"2011-07-02T01:42:07","modified_gmt":"2011-07-01T17:42:07","slug":"rundingan-kesatuan-afrika-gagal-hurai-pemberontakan-di-libya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/rundingan-kesatuan-afrika-gagal-hurai-pemberontakan-di-libya\/","title":{"rendered":"Rundingan Kesatuan Afrika gagal hurai pemberontakan di Libya"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.independent.co.uk\/multimedia\/dynamic\/00596\/libya_596224s.jpg\" border=\"0\" width=\"326\" height=\"222\" style=\"float: right;\" \/>Rundingan oleh Kesatuan Afrika (AU) mengenai  rancangan menamatkan konflik di Libya digantung awal, semalam, tanpa  mencapai sebarang persetujuan, sedang pihak pemberontak Libya mendesak  Encik Muammar Gaddafi supaya meletakkan jawatan bagi membolehkan  sebarang penyelesaian politik dicapai.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Para pemimpin Afrika itu cuba  mendapatkan sokongan bagi peta laluan mereka dalam satu rundingan  tertutup pada hari pertama sidang mereka kelmarin di ibu kota Equatorial  Guinea, yang turut dihadiri para delegasi daripada pihak pemberontak  Libya dan pemerintahan Encik Gaddafi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Rancangan itu merangkumi satu  gencatan senjata, bantuan kemanusiaan, satu tempoh peralihan,  pembaharuan ke arah demokrasi dan pilihan raya, tetapi butir-butirnya  dan pendirian Encik Gaddafi belum lagi didedahkan dengan jelas.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pihak pemberontak mahu Encik Gaddafi meletakkan jawatannya selepas lebih 30 tahun berkuasa di Libya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Beliau harus meninggalkan  jawatannya,&#8217; kata wakil Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Encik Mansour  Safy Al-Nasr, kepada wartawan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ditanya apakah konflik itu akan  berakhir melalui wadah politik atau ketenteraan, beliau berkata: &#8216;Kami  sudah bersedia bagi apa saja.&#8217;<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Bagaimanapun, Encik Al- Nasr  menegaskan bahawa para pemberontak bersedia menamatkan permusuhan jika  Encik Gaddafi meninggalkan jawatannya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Jika kami melihat Gaddafi berundur,  kami bersedia menghentikan pemberontakan dan berunding dengan saudara-  saudara kami di sekitar Gaddafi,&#8217; tambahnya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Namun, pihak pemberontak tidak akan berundur, &#8216;tidak pada masa ini&#8217;, menurut Encik Al-Nasr.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Jika operasi ketenteraan mara untuk  mengepung Tripoli, beliau akan menerima (gesaan supaya meninggalkan  jawatannya). Gaddafi terasing. Beliau berada dalam kubu pertahanannya.  Beliau tidak boleh bergerak dan beliau tidak mempunyai kehidupan,&#8217; kata  Encik Al-Nasr menerangkan keadaan yang dialami pemimpin Libya itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Askar-askar sedang mara,&#8217; tambah beliau sambil merujuk kepada pasukan tentera pemberontak Libya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Encik Al-Nasr kelmarin berkata  terdapat satu persetujuan meluas dalam sidang tersebut bahawa Encik  Gaddafi harus meletakkan jawatannya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Ada yang berkata secara terbuka, ada yang tidak,&#8217; kata beliau kepada agensi berita AFP.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sementara itu, di Vienna, pemimpin  kanan pemberontak Libya, Encik Mahmud Jibril, berkata beliau sedang  menunggu &#8216;satu pendirian jelas&#8217; daripada AU sama ada ia menyokong atau  mengecam Encik Gaddafi. &#8212; AFP.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rundingan oleh Kesatuan Afrika (AU) mengenai rancangan menamatkan konflik di Libya digantung awal, semalam, tanpa mencapai sebarang persetujuan, sedang pihak pemberontak Libya mendesak Encik Muammar Gaddafi supaya meletakkan jawatan bagi membolehkan sebarang penyelesaian politik dicapai. Para pemimpin Afrika itu cuba mendapatkan sokongan bagi peta laluan mereka dalam satu rundingan tertutup pada hari pertama sidang mereka [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6362"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6362"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6362\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6362"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6362"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6362"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}