{"id":63572,"date":"2017-12-17T14:03:10","date_gmt":"2017-12-17T06:03:10","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=63572"},"modified":"2017-12-17T14:03:10","modified_gmt":"2017-12-17T06:03:10","slug":"pembatalan-imams-kementerian-pelancongan-tidak-buat-kajian-sebelum-umum-melaksanakannya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pembatalan-imams-kementerian-pelancongan-tidak-buat-kajian-sebelum-umum-melaksanakannya\/","title":{"rendered":"Pembatalan IMAMS : Kementerian Pelancongan Tidak Buat Kajian Sebelum Umum Melaksanakannya"},"content":{"rendered":"<p>Tindakan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang memperkenalkan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dan kemudiannya dibatalkan oleh kerajaan, menunjukkan bahawa kementerian terbabit tidak membuat kajian lebih terperinci sebelum sesuatu dasar dilaksanakan. Adalah sesuatu yang pelik apabila pelaksanaan sesuatu polisi besar kementerian hanya bertahan untuk satu hari, kemudiannya dibatalkan apabila kerajaan sendiri yang mengumumkan pembatalannya.<\/p>\n<p>2.\tIMAMS secara tiba-tiba menjadi polemik yang menggemparkan tanahair seketika kerana terdapat banyak kepincangan disebalik penubuhannya. Seakan-akan IMAMS adalah produk kementerian yang dihasilkan dalam keadaan tergesa-gesa sehingga akhirnya terpaksa dibatalkan. Mungkin juga kerana kecuaian kementerian pelancongan ataupun sandiwara menjelang Pilihan Raya Umum ke 14 dengan watak aksi \u2018hero penyelamat negara\u2019 muncul kembali di sebalik isu ini.<\/p>\n<p>3.\tApa yang menjengkelkan, Timbalan Menteri Pelancongan menyatakan tidak mengetahui bahawa IMAMS dikendalikan oleh syarikat bukan Islam. Bagaimana seorang pemimpin bertaraf timbalan menteri tidak mengetahui latar belakang  dan kenal pengendali sistem di bawah kementeriannya. Ini menunjukkan bahawa beliau hanya seperti boneka yang dipergunakan oleh segelintir pihak bagi kepentingan mereka.<\/p>\n<p>4.\tSepatutnya sebelum IMAMS diluluskan, kementerian membuat \u2018homework\u2019 yang begitu lengkap dengan mengkaji setiap sudut kebaikan dan keburukan.  Urusan ibadah haji dan umrah adalah urusan umat Islam yang perlu dikendalikan dengan begitu cermat dengan mengambil kira kepentingan umat Islam seluruhnya serta mempermudahkan urusan mereka. Urusan haji dan umrah tidak boleh dipandang sambil lewa dengan menyerahkan pihak tertentu apatah lagi ianya dikendalikan oleh syarikat bukan Islam.<\/p>\n<p>5.\tSelain itu, IMAMS yang menjadi bantahan umat Islam turut mengumumkan akan mengenakan kos tambahan RM 90.10 termasuk RM 5.10 dikenakan bagi cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Nampaknya kerajaan begitu terdesak sehinggakan dalam urusan ibadah pun kerajaan mengenakan caj kepada rakyat. Dalam serba serbi keperluan rakyat akan dikenakan pelbagai kos tambahan yang membebankan. Bagi kerajaan, alasan paling ampuh adalah kesemua caj yang dikenakan tidak membebankan rakyat, malah akan menguntungkan negara. <\/p>\n<p>6.\tDalam hal ini, kewujudan sistem Lesen Khas Umrah (LKU) yang dilancarkan kementerian pelancongan serta  Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) sudah mencukupi dalam usaha membendung penipuan pakej umrah. Penubuhan MKSU pada Ogos 2014 sendiri begitu menyeluruh dengan merangkumi 13 agensi utama termasuklah TH, KPDNKK, PDRM, Syarikat Penerbangan Malaysia, MATTA, JAWHAR dan sebagainya. Dengan banyaknya pihak yang terlibat dalam MKSU secara automatik ia berfungsi dalam memastikan pengendali urusan umrah benar-benar dibuat secara telus. LKU yang ditubuhkan pada bulan Oktober 2017 pula memperkukuh peranan bagi mengelakkan peningkatan kes penipuan umrah ini. Tidak perlu kerajaan menubuhkan banyak agensi, jawatankuasa, sistem dan dasar yang akhirnya tugas dan tanggungjawab saling bertindih antara satu sama lain.<\/p>\n<p>DR RIDUAN MOHD NOR<br \/>\nAhli jawatankuasa PAS Pusat<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tindakan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang memperkenalkan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) dan kemudiannya dibatalkan oleh kerajaan, menunjukkan bahawa kementerian terbabit tidak membuat kajian lebih terperinci sebelum sesuatu dasar dilaksanakan. Adalah sesuatu yang pelik apabila pelaksanaan sesuatu polisi besar kementerian hanya bertahan untuk satu hari, kemudiannya dibatalkan apabila kerajaan sendiri yang mengumumkan pembatalannya. 2. IMAMS [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":63573,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":63573,"alt_text":"","caption":"Laman sesawang IMAMS","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1295,"height":630,"file":"2017\/12\/Screenshot-1929.png","filesize":1050465,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":63572,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/12\/Screenshot-1929.png"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/63572"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=63572"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/63572\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/63573"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=63572"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=63572"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=63572"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}