{"id":63480,"date":"2017-12-14T17:11:43","date_gmt":"2017-12-14T09:11:43","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=63480"},"modified":"2017-12-14T17:15:36","modified_gmt":"2017-12-14T09:15:36","slug":"muara-sungai-dungun-cetek-apa-hasil-kajian-dan-tindakan-kerajaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/muara-sungai-dungun-cetek-apa-hasil-kajian-dan-tindakan-kerajaan\/","title":{"rendered":"Muara Sungai Dungun Cetek; Apa Hasil Kajian dan Tindakan Kerajaan?"},"content":{"rendered":"<p>Dato\u2019 Yang dipertua\u2026\u2026\u2026saya juga ingin menyebut bahawa, kita ini kita semua adalah merupakan para pengurus kepada sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kepada seluruh rakyat peringkat negeri.<\/p>\n<p>Maka wajar dan sedia bagi kita sama-sama tegur menegur saling menasihati antara kita kerana itu juga merupakan perintah Allah, berilah peringatan kerana peringatan itu membawa manfaat faedah kepada kita orang orang mukmin.<\/p>\n<p>Jadi, saya mewakili DUN Sura dan juga merupakan barisan pembangkang kita nak membangkang bukanlah membangkang membabi buta membangkang semua perkara yang dirancang oleh pihak kerajaan tetapi dalam masa yang sama kita juga ingin memberikan teguran, pandangan, nasihat untuk kebaikan kita bersama.<\/p>\n<p>Sebab itulah ingatan Iman Ghazali dalam kitab Ihyamuddin yang mengatakan kawan yang baik itu ialah kawan yang bersedia untuk memberi nasihat bukan kawan yang hanya selalu mengampu ataupun tidak berani untuk menegur kesilapan rakan.<\/p>\n<p>Maka sebab itu dalam dewan yang mulia ini marilah kita bersedia untuk memberikan pandangan dan menerima teguran walaupun teguran teguran itu mungkin tidak selesa bagi kita. Tetapi ambillah nasihat dari teguran itu untuk kita melihat adakah teguran yang diberikan itu adalah benar ataupun sebaliknya.<\/p>\n<p>Dato\u2019 Yang dipertua\u2026\u2026..saya pada petang ini juga ingin menyatakan beberapa perkara yang berkait dengan belanjawan yang telah dibentangkan yang saya kira tiga fokus berhubungkait dengan peningkatan kos sara hidup.<\/p>\n<p>Ini semua dirasai khususnya golongan yang berpendapatan rendah, masyarakat luar bandar, orang kampung sangat merasai akan peningkatan kos sara hidup ini yang kita sering bagi rakyat sering menghadapi masalah daripada peningkatan ini dan juga akibat daripada dasar yang telah dirangka oleh pihak kerajaan terutama sekali kerajaan pusat kerajaan negeri terpaksa menerima antaranya pelaksanaan GST yang melibatkan seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira yang susah ataupun yang senang.<\/p>\n<p>Seterusnya, kenaikan harga minya petroleum setiap minggu juga merupakan bebanan kepada rakyat yang selama ini kita tidak merasai kenaikan yang begitu cepat mungkin setahun sekali, dua tahun sekali, sejak mutaakhir ini kita lihat seminggu sekali kata orang kalau sepuluh kali naik tiga kali saja turun.<\/p>\n<p>Jadi, ini gambaran gambaran yang menyebabkan kehidupan rakyat makin terasa keselesaan semakin tergugat apatah lagi dengan kejatuhan nilat mata wang kita dengan peningkatan perbelanjaan isi rumah hutang isi rumah makin meningkat dan juga di kalangan remaj remaja kita yang lepasan universiti terpaksa menanggung hutang PTPTN yang memakan masa sepuluh hingga lima belas tahun untuk menyelesaikan hutang.<\/p>\n<p>Maka itu di antara bebanan bebanan yang akan meningkatkan lagi kos sara hidup kepada rakyat kita, maka sebab itu perkara ini perlu diberikan perhatian terutama sekali kepada pihak barisan kerajaan mungkin di peringkat nasional peringkat pusat kerana kita di peringkat pusat mewakili ahli parlimen PAS sentiasa mengadakan perkara ini supaya kerajaan dapat memberikan perhatian.<\/p>\n<p>Yang keduanya, saya ingin menyebut bahawa perkara yang penting juga ialah peluang peluang pekerjaan walaupun dalam sidang kita selalu disebut dengan berbagai bagai projek pelaburan 28 projek yang akan dilaksanakan tetapi bilamana kita berada di dalam masyarakat kita akan bersua dengan golongan golongan yang terpaksa dibuang daripada pekerjaan terpaksa diberhentikan kerja dan kita lihat dalam sidang yang pihak kerajaan telah menyatakan bahawa kita telah menyediakan 20,000 peluang pekerjaan kepada rakyat.<\/p>\n<p>Itu suatu angka yang agak selesa bagi kita untuk kita sediakan kemudahan peluang pekerjaan kepada rakyat tetapi dalam masa yang sama kita melihat akibat daripada kelembapan ekonomi yang berlaku dalam negeri dan negara kita beberapa industri yang diwujudkan kadang kadang tidak mampu untuk menyediakan peluang pekerjaan antaranya berlaku kilang kilang terpaksa ditutup dan tanah tanah banyak syarikat yang terpaksa menutup operasi mereka.<\/p>\n<p>Kalau di Dungun sebagai contoh Bukit Besi yang merupakan satu aset kepada negeri kita tapi apa yang jadi kepada perlombongan biji besi di Bukit Besi dan begitu juga di Rantau Abang yang baru ini ditemui silika hingga hari ini kita masih belum mendengar perkembangan untuk menyediakan peluang peluang pekerjaan kepada masyarakat dalam industri silika dan saya juga sebut dalam sidang yang lalu dan pihak kerajaan juga telah mengadakan industri batu tujuh yang berpuluh puluh syarikat yang akan melabur di situ tapi sehingga kini dalam mesyuarat yang lepas hanya beberapa buah syarikat saja beroperasi dan kita juga gagal untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat di sekitar Dungun.<\/p>\n<p>Yang mutaakhir ini, ECER taman herba yang diwujudkan di Pasir Raja dengan kos yang melebihi 60 juta tetapi apa yang kita terima maklumat bahawa mereka hanya penduduk tempatan hanya sekitar 20 orang sahaja yang memperolehi peluang pekerjaan dalam industri taman herba. Jadi, inilah perkara inilah yang membelenggu kehidupan masyarakat kita hari ni yang perlu kita sama sama mengambil langkah bagi mengatasi dan seterusnya saya juga ingin menyebut berhubungkait dengan perkara yang sangat penting bagi rakyat adalah perumahan.<\/p>\n<p>Yang ini memanglah merupakan isu yang selalu disebut oleh wakil wakil rakyat sama ada bagi pihak kerajaan dan juga pembangkang dimana dalam sidang yang lalu dalam Bajet 2017 yang lalu, kerajaan telah menyatakan bahawa enam Projek Prima berjumlah 3,098 unit telah diluluskan projek SPN dan projek perumahan anggota kerajaan 1Malaysia sebanyak 1,233 diluluskan. Jadi, sehingga kini saya ingin tahu berapakah daripada jumlah tersebut telah disiapkan dan diagihkan kepada rakyat Dan berhubungkait dengan perumahan juga apa yang saya lihat di Dungun khususnya projek projek perumahan yang telah diagih itu yang telah dibuat sebelum 2013 sebelum pilihanraya projek perumahan di Bukit Tebuk, Batu Tujuh<\/p>\n<p>Saya mengharapkan supaya projek perumahan ini dapat ditambah disegerakan kerana rakyat sangat sangat memelurkan . Seterusnya, projek yang saya ingin sentuh ialah projek pelancongan yang juga disebut dalam sidang yang lalu di persisiran Sungai Dungun. Saya tidak melihat sehingga hari ini perkembangan dan peruntukan yang telah diluluskan oleh Dewan untuk memajukan persisiran Sungai Dungun dan seterusnya muara Sungai Dungun yang cetek juga saya timbulkan dalam persoalan sidang yang lalu bahawa kerajaan telah menyatakan bahawa di akhir Disember 2010 telah selesai dibuat kajian untuk mendalami muara Sungai Dungun.<\/p>\n<p>Jadi sehingga kini kita tidak tahu apakah hasil kajian tersebut dan dalam Oktober 2011 sehingga Oktober 2013 kerajaan telah mengeluarkan peruntukan sebanyak 6.85 juta untuk mendalami muara sungai tetapi apa yang kita lihat hari ini muara sungai tetap berulang menjadi cetek dan yang saya dukacita ialah berlaku satu tragedi kemalangan pada 2 Ogos 2017 yang menyebabkan empat kematian, satu jumpa tiga hilang sampai sekarang tidak jumpa lagi bot nelayan tidak boleh masuk ke muara sungai terpaksa berlabuh diluar persisiran luar muara dan awak awak terpaksa naik cuba dan akibat itu mereka jatuh dan maut.<\/p>\n<p>Jadi, saya menyeru kepada pihak kerajaan supaya kali ini dapat difikirkan bukan sahaja di Dungun malahan di luar sungai sungai lain pun perkara yang sama dan yang akhir sekali Dato\u2019 Yang dipertua saya ingin menyentuh ialah berhubungkait dengan masalah sosial di kalangan remaja kita dimana untuklaporan pada 8 haribulan Oktober 2017 suatu tangkapan yang telah dibuat oleh penguatkuasa Jabatan Agama di Pulau Redang yang melibatkan 23 orang remaja kita 13 lelaki 10 perempuan.<\/p>\n<p>Jadi, ini suatu gejala yang boleh merosakkan sedangkan kita buat industri pelancongan adalah untuk menarik orang ramai dan membawa hasil kepada negeri tetapi dalm masa yang sama berlakunya perkara perkara maksiat yang boleh merosakkan imej negeri cantik budaya menarik. Jadi, sebab itulah saya berharap pada pihak kerajaan kepada pihak penguatkuasa supaya dapat meningkatkan lagi usaha membanteras kerja kerja maksiat ini kerana di taman taman rekreasi di pusat pusat seperti pelancongan, pulau-pulau. Ini merupakan tempat-tempat bagi remaja untuk berseronok dan melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak sewajarnya.<\/p>\n<p>Maka sebab itulah Dato\u2019 Yang dipertua\u2026\u2026\u2026saya merasakan kali ini jangan dipandang enteng jangan dipandang remeh kerana kegiatan maksiat inilah yang mengundang bala bencana dan kemurkaan daripada Allah.<\/p>\n<p><em>***Ucapan perbahasan bajet 2018 Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu. oleh ADUN Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik pada 12 Disember 2017<\/em><\/p>\n<p><iframe width=\"696\" height=\"392\" src=\"https:\/\/www.youtube.com\/embed\/RQmHrY8d2ig?start=2&#038;feature=oembed\" frameborder=\"0\" gesture=\"media\" allow=\"encrypted-media\" allowfullscreen><\/iframe><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dato\u2019 Yang dipertua\u2026\u2026\u2026saya juga ingin menyebut bahawa, kita ini kita semua adalah merupakan para pengurus kepada sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kepada seluruh rakyat peringkat negeri. Maka wajar dan sedia bagi kita sama-sama tegur menegur saling menasihati antara kita kerana itu juga merupakan perintah Allah, berilah peringatan kerana peringatan itu membawa manfaat faedah kepada kita orang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":63481,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":{"id":63481,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1024,"height":683,"file":"2017\/12\/muara-sungai-dungun.jpg","filesize":174724,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":63480,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/12\/muara-sungai-dungun.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/63480"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=63480"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/63480\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/63481"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=63480"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=63480"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=63480"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}