{"id":63221,"date":"2017-12-04T07:20:25","date_gmt":"2017-12-03T23:20:25","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=63221"},"modified":"2017-12-04T07:20:25","modified_gmt":"2017-12-03T23:20:25","slug":"alumni-pasti-hafaz-al-quran-pada-usia-12-tahun","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/alumni-pasti-hafaz-al-quran-pada-usia-12-tahun\/","title":{"rendered":"Alumni Pasti Hafaz Al-Quran Pada Usia 12 Tahun"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : KHALID ABDULLAH<\/p>\n<p>KEMAMAN &#8211; Semaian mata tunas semasa mendapat pendidikan awal kanak-kanak di Pasti, tidak menunggu masa lama untuk memetik buah hasilnya.<\/p>\n<p>Buktinya, Muhammad Muizzuddin Bin Mat Zakia telah layak bergelar \u2018Al-Hafiz\u2019 walaupun dalam usia masih kanak-kanak.<\/p>\n<p>Ketika berkunjung ke kediaman beliau di Taman Selasih, Kampung Baru, Kertih, di sini, Salmah Hassan, 37, memberitahu anaknya mula menunjukkan minat terhadap al-Quran semasa mula belajar di Pasti lagi.<\/p>\n<p>\u201cTerima kasih kepada guru Pasti Pra Tahfiz Ar-Rahman Kampung Baru Kertih yang menyuntik minat si anak ini terhadap al-Quran, balik sekolah belek al-Quran&#8230;..rajin dan penuh minat.<\/p>\n<p>\u201cBakat dan kebolehan beliau banyak dicungkil oleh guru-guru Pasti,\u201d katanya diikuti manik-manik jernih air mata kegembiraan.<\/p>\n<p>Muhammad Muizzuddin anak sulong dari lima beradik, bakal genap 12 tahun pada 24 Januari tahun hadapan berkata hasil ketekunan membaca dan cuba mengingati kembali setiap bacaan ternyata membuahkan hasil.<\/p>\n<p>\u201cIzin Allah, bantuan guru dan sokongan ibu bapa memudahkan saya untuk menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam masa dua tahun sahaja.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/12\/hafiz12-tahun.1jpg.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-63223\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/12\/hafiz12-tahun.1jpg.jpg\" alt=\"\" width=\"1023\" height=\"637\" \/><\/a>\u201cBerjaya khatam pada 8hb Rabiulawal 1439 H bersamaan 27 November lalu, sangat bermakna kerana berjaya menamatkan hafazan di dalam bulan sambutan kelahiran Baginda Rasulullah SAW yang penuh keberkatan ini,\u201d ujurnya merendah diri.<\/p>\n<p>Muhammad Muizzuddin adalah pelajar ke lapan yang dinobatkan sebagai al-hafiz sepanjang tahun 2017 ini oleh Tahfiz Ribat Raudah Assyafie Kijal, juga di sini, tempat beliau belajar.<\/p>\n<p>Beliau juga antara pelajar termuda anak Terengganu yang berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran semasa ini.<\/p>\n<p>Menurut bapanya pula, Mat Zakia Mat Zin, 40, kebolehan anaknya ini diwarisi dari sebelah datuk, Mat Zin Mat Rani atau lebih dikenali sebagai \u2018Bilal Junoh\u2019 yang kini masih bertugas di Masjid Merbau Patah Kuala Terengganu.<\/p>\n<p>\u201cMungkin mewarisi kealiman datuknya&#8230;..apapun semuanya rezeki dari Allah, dan saya sangat bersyukur.<\/p>\n<p>\u201cMelihat minat dan kebolehan Muhammad Muizzuddin, pilihan saya dahulu ternyata tepat apabila memilih Tahfiz Ribat Raudah Assyafie sebagai tempat belajar anak.<\/p>\n<p>\u201cGuru di pusat tahfiz berkenaan terutamanya Syeikh Hejab dari negara Yaman banyak membantu,\u201d ujur beliau ringkas.<\/p>\n<p>Muhammad Muizzuddin yang mengemari aktiviti berqasidah (syair Arab yang dilagukan) berharap dapat berpeluang ke institusi qiraat terkenal dunia di Syoubra, Mesir atau ke Yaman bagi mengikuti pengajian fekah Islam apabila meningkat remaja nanti.<\/p>\n<p>\u201cKualiti seorang hafiz al-Quran bukan terletak kepada gelarannya tetapi kepada berapa banyak ayat yang benar-benar dihayati, kekal di dada dan seterusnya lancar dibaca,\u201d katanya begitu matang mengakhiri perbualan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : KHALID ABDULLAH KEMAMAN &#8211; Semaian mata tunas semasa mendapat pendidikan awal kanak-kanak di Pasti, tidak menunggu masa lama untuk memetik buah hasilnya. Buktinya, Muhammad Muizzuddin Bin Mat Zakia telah layak bergelar \u2018Al-Hafiz\u2019 walaupun dalam usia masih kanak-kanak. Ketika berkunjung ke kediaman beliau di Taman Selasih, Kampung Baru, Kertih, di sini, Salmah Hassan, 37, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":63222,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[48],"tags":[],"better_featured_image":{"id":63222,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":986,"height":617,"file":"2017\/12\/hafiz12-tahun.jpg","filesize":195922,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"1512371562","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":63221,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/12\/hafiz12-tahun.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/63221"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=63221"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/63221\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/63222"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=63221"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=63221"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=63221"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}