{"id":63174,"date":"2017-12-02T23:09:05","date_gmt":"2017-12-02T15:09:05","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=63174"},"modified":"2017-12-03T06:43:28","modified_gmt":"2017-12-02T22:43:28","slug":"fitnah-umno-bukti-tawaran-manifesto-pas-benar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/fitnah-umno-bukti-tawaran-manifesto-pas-benar\/","title":{"rendered":"Fitnah Umno Bukti Tawaran Manifesto PAS Benar"},"content":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU \u2013 Tawaran Manifesto PAS untuk setiap anak Terengganu mendapat hak memiliki rumah ataupun tanah tapak tempat tinggal, bukan hanya janji khayalan semata-mata.<\/p>\n<p>Timbalan Pesuruhjaya I, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, PAS pernah meluluskan 60 hingga 70 ribu lot tanah pada zaman pemerintahannya termasuklah salah satu adalah blog V di Ketengah Jaya yang melibatkan 1154 lot.<\/p>\n<p>Oleh itu menurutnya, fitnah Umno dan Barisan Nasional (BN) keatas beliau adala bukti bahawa PAS melaksanakan amanah, memberi tanah kepada rakyat.<\/p>\n<p>\u201cIsu berkenaan saman fitnah tuduhan terhadap saya sebenarnya adalah rentetan daripada pemerintahan PAS pada tahun 1999 dimana pihak kerajaaan PAS telah melancarkan satu program untuk memberi tanah kepada rakyat Terengganu sebagaimana janji dalam manifestonya (pada pilihan raya umum ke-10),<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/12\/satiful1.png\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-63176\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/12\/satiful1.png\" alt=\"\" width=\"706\" height=\"444\" \/><\/a>\u201cIanya terbengkalai ataupun terhenti tidak lain tidak bukan kerana rasa dengki pihak kerajaan (Umno-BN) melihat perkembangan ini dan supaya benda ini tidak ada seolah-olah (tidak) berlaku apa yang dilakukan oleh PAS kepada anak-anak negeri Terengganu,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/HarapTV\/videos\/1536493236446436\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">ditemubual di studio Harap TV berkenaan isu saman fitnah Tanah Felda Blok V,<\/a> pada Rabu 29 November.<\/p>\n<p>Menurut beliau, ini merupakan satu-satunya projek yang menjadi contoh ialah melibatkan tanah dibawah Akta GSA (Group Settlement Act) kawasan yang melibatkan Felda untuk dikeluarkan dan dibahagikan kepada rakyat.<\/p>\n<p>\u201cBeberapa proses yang telah dilalui oleh pihak kerajaan (PAS) mahupun melaibatkan (pelantikan) juru ukur swasta, meratakan tanah, tanam batu (sempadan) sudah ambil nama (peserta) dan juga cabut (nombor) lot hanya tinggal tunjuk lot (tanah) sahaja,<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/12\/Screenshot-1845.png\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-63177\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/12\/Screenshot-1845.png\" alt=\"\" width=\"764\" height=\"415\" \/><\/a>\u201cTetapi ketika itu kerajaan PAS tidak mempunyai usia yang Panjang\u2026\u2026pada tahun 2004, kerajaan PAS sudah hilang kuasa apabila Menteri Besar baharu (ketika itu) telah mengeluarkan surat pada 7 April 2004,<\/p>\n<p>\u201ciaitu pelaksanaan rancang tanah kelompok RTB yang menggunakan juru ukur khidmat swasta kesemua dibatalkan,\u201dujarnya.<\/p>\n<p>Tambahnya, permohonan tersebut diluluskan pada tahun 2003 bersama dengan PT (nombor) sebanyak 1151 lot dan perkara ini telah dimasukkan dalam mesyuarat (Majlis Kerajaan Negeri).<\/p>\n<p>Katanya, sebagaimana diketahui banyak proses yang melibatkan kepada Exco dan sehinggalah mendapat kelulusan pada tahun 9 Februari 2004.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/12\/Screenshot-1868.png\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-63178\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/12\/Screenshot-1868.png\" alt=\"\" width=\"747\" height=\"419\" \/><\/a>\u201cPejabat Dungun telah meluluskan projek Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di kawasan pembangunan (Blok) V Bandar Ketengah Jaya (dan) para peserta telah dipilih untuk diberi satu lot tapak tanah dan diadakan majlis undi lot pada 17 Februari 2004 di Padang Astaka, Ketengah Jaya.<\/p>\n<p>\u201cPerkara-perkara seperti ini bukan mainan politik tapi merupakan ada kelulusan dan walaupun bukan keseluruhan yang melibatkan seribu lebih hanya lebih kurang 500 untuk permohonan projek yang pertama\u2026\u2026jadi apabila diluluskan dan pihak kerajaan telah buat undi lot sebagainya.<\/p>\n<p>\u201cDan mereka adalah yang terlibat bukan hanya orang awam masyarakat kampung biasa tetapi terlibat juga untuk generasi kedua Felda,\u201d kata Ustaz Satiful.<\/p>\n<p>Kata beliau, pihak kerajaan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas itu telah menghentikan pembahagian lot tanah sedangkan pihak ketajaan PAS berusaha ketika itu sehingga proses-proses yang dilakukan di pejabat tanah daerah.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/12\/Satiful3.png\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-63179\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/12\/Satiful3.png\" alt=\"\" width=\"674\" height=\"417\" \/><\/a>Justeru, sehinggalah beberapa tahun selepas daripada itu timbulnya isu fitnah yang mengatakan bahawa saya ini telah \u2018merembat\u2019 duit peneroka Felda.<\/p>\n<p>Katanya, ia diterbitkan oleh laman sesawang \u2018Terengganu Today\u2019 bersama dengan tuduhan fitnah bahawa calon PAS DUN Paka \u2018rembat\u2019 duit peneroka Felda RM1.4 juta dan tuduhan \u2018lebai PAS\u2019 tipu dan \u2018makan\u2019 duit peneroka.<\/p>\n<p>\u201cBeberapa individu munculkan diri termasuk Ketua Cawangan Umno dan Ketua Pemuda Umno yang membuat report polis yang mengatakan kononnya saya \u2018rembat\u2019 duit peneroka,<\/p>\n<p>\u201cJadi apa yang berlaku apabila keluar individu seperti ini, maka saya telah mengambil tindakan untuk saman pihak tersebut yang telah mengeluarkan kenyataan secara terbuka membuat tuduhan fitnah seolah-olah saya mengambil duit tersebut,<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/12\/Screenshot-1854.png\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-63180\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/12\/Screenshot-1854.png\" alt=\"\" width=\"502\" height=\"389\" \/><\/a>\u201cPihak polis melakukan siasatan serta memanggil kami dan alhamdulillah tidak ada apa-apa berlaku sebagamana yang mereka tuduhkan. Sebab setiap peserta yang diberi (tanah) itu mereka membuat pembayaran sebagaimana bayaran tersebut, mereka buat bayaran untuk bersih kawasan,juru ukur bayaran LMS, bayaran guaman dan sebagainya (kepada pihak peguam),\u201d tegas beliau.<\/p>\n<p>Kata Ustaz Satiful lagi, mereka mengaku itu merupakan fitnah dan silap mereka serta membuat pengakuan dan menarik balik segala tuduhan berlaku.<\/p>\n<p>\u201cIni secara langsung telah membersihkan nama saya sendiri dan pihak PAS pada ketika itu, seolah-olah menggunakan kesempatan untuk kepentingan peribadi mengambil duit daripada kalangan peneroka,<\/p>\n<p>\u201cPihak kerajaan Umno-BN cuba untuk menutup kebaikan dan usaha baik kerajaan PAS pada ketika itu memberi tanah khususnya kepada anak-anak muda generasi kedua Felda yang sebelum ini hanya dipanggil (dan di) \u2018gula-gula\u2019kan sahaja,\u201d kata Ustaz Satiful lagi.<\/p>\n<p>Berita sebelum ini;<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/tukang-fitnah-bekas-adun-paka-makan-duit-bakal-hadapi-saman-maksima\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">Tukang Fitnah Bekas ADUN Paka \u2018Makan Duit\u2019 Bakal Hadapi Saman Maksima<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU \u2013 Tawaran Manifesto PAS untuk setiap anak Terengganu mendapat hak memiliki rumah ataupun tanah tapak tempat tinggal, bukan hanya janji khayalan semata-mata. Timbalan Pesuruhjaya I, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, PAS pernah meluluskan 60 hingga 70 ribu lot tanah pada zaman pemerintahannya termasuklah salah satu adalah blog V di Ketengah Jaya yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":63175,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":63175,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":734,"height":410,"file":"2017\/12\/Screenshot-1870.png","filesize":446983,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":63174,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/12\/Screenshot-1870.png"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/63174"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=63174"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/63174\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/63175"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=63174"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=63174"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=63174"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}