{"id":6310,"date":"2011-06-23T11:29:23","date_gmt":"2011-06-23T03:29:23","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/06\/siasat-transaksi-kewangan-1mdb\/"},"modified":"2011-06-23T11:29:23","modified_gmt":"2011-06-23T03:29:23","slug":"siasat-transaksi-kewangan-1mdb","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/siasat-transaksi-kewangan-1mdb\/","title":{"rendered":"Siasat transaksi kewangan 1MDB"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/2.bp.blogspot.com\/_ZAHLxTjEmHE\/TRC_e-VsZpI\/AAAAAAAAAqs\/j7tYSA3jMp8\/s400\/1mdb_logo.png\" border=\"0\" width=\"232\" height=\"147\" style=\"float: right;\" \/>Perdana Menteri \u00a0telah mengumumkan \u00a01MDB mencatat keuntungan RM425 juta  pada tahun pertama operasinya yang berakhir 31 Mac 2010 tanpa memberi  sebarang butiran bagaimana keuntungan ini diperolehi. <\/p>\n<p>Walaubagaimanapun apabila disemak penyata kewangan 6 bulan pertama  1MDB hingga 30 September 2010 menunjukkan 1MDB mengalami kerugian  sebanyak RM158.3 juta dan kos operasinya untuk 6 bulan mencecah RM20.5  juta.<\/p>\n<p> Kita sangsi pengumuman keuntungan 1MBD oleh PM, kerana difahamkan  penyata kewangannya menunjukkan keuntungan yang diperolehi bukan hasil  pelaburan atau operasi perniagaan sebenar tetapi melalui suatu proses  yang dikenal sebagai \u201cpaper shuffling\u201d.<\/p>\n<p>Adalah difahamkan bahawa 1MDB memperolehi keuntungan sebanyak RM615  juta hasil jualan balik pelaburan yang dibuat tidak sampai 5 bulan.  Pelaburan ini melibatkan usahasama dengan PetroSaudi International  Limited dikenali sebagai 1MDB PetroSaudi Limited dengan pelaburan  berjumlah RM3.5 billion yang dibayar secara tunai. 1MDB menjual semula  pelaburannya dalam 1MDB PetroSaudi Limited kepada penjual asal  PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 billion menyebabkan  1MDB memperolehi keuntungan sebanyak RM615 juta. Transaksi penjualan  pelaburan ini dibuat pada 31 Mac 2010 iaitu hari penutup akaun tahunan  1MDB. <\/p>\n<p>Bayaran pelaburan yang dibuat oleh 1MDB sebanyak RM3.5 billion  kepada PetroSaudi International Limited secara tunai. Walaubagaimana pun  bayaran oleh PetroSaudi International Limited kepada 1MDB kerana  membeli balik pelaburan yang dibuat dengan harga RM4.1 billion dibuat  secara ansuran selama 11 tahun. Ini bermakna bayaran akan langsai hanya  pada 31 Mac 2023. <\/p>\n<p>Persoalannya apa jaminan 1MDB akan memperolehi semula wang tunai  RM3.5 billion yang dilaburkan dalam usahasama 1MDB PetroSaudi Limited  bersama keuntungan RM615 juta hasil jualan balik pelaburan tersebut  kepada PetroSaudi International Limited dengan harga RM4.1 billion.<\/p>\n<p>Menurut laporan audit yang dibuat oleh KPMG ke atas akaun 1MDB yang berakhir 31 Mac 2010 \u2013 <\/p>\n<p>\u201cThe  Group and the Company held notes receivable amounting to  RM4,139,125,000 as at 31 March 2010. A valuation was performed by an  independent financial advisory firm to support the assessment of the  appropriateness of the carrying value of the notes receivable as at 31  March 2010. This valuation was carried out based on certain sets of  assumptions. It should be noted that these assumptions are critical to  the result of the assessment. The notes receivable are backed by a  corporate guarantee issued by the ultimate holding company of 1MDB  PetroSaudi Limited, PetroSaudi International Limited PSI). Management  believes that PSI is in good financial standing and has the ability to  meet all obligations required as documented in the Corporate Guarantee  Agreement\u201d.<\/p>\n<p>Kenyataan juruaudit KPMG ini jelas menunjukkan hanya pihak  pengurusan 1MDB sahaja yang mengesahkan PetroSaudi International Limited  mempunyai kedudukan kewangan yang baik sedangkan KPMG sendiri tidak  \u00a0dapat memberi kepastian kedudukan sebenar kewangan PetroSaudi  International Limited dan samaada hutang RM4.1 billion yang tertunggak  dapat diperolehi dari mereka. <\/p>\n<p>Syarikat PetroSaudi dan syarikat-syarikat sekutunya pula  diperbadankan di Cayman Islands dan British Virgin Islands. Maka segala  maklumat kedudukan kewangan dan transaksi syarikat mereka akan  terselindung dari pengetahuan umum. <br \/> Saya khuathir 1MDB PetroSaudi Limited dan PetroSaudi International  Limited bukan Syarikat operasi minyak sebenar atau Syarikat yang  dimiliki oleh individu atau organisasi atau kerajaan dari Arab Saudi. Ia  merupakan saluran untuk menggelap wang pinjaman melalui pengeluaran bon  1MDB yang dijamin oleh kerajaan untuk kegunaan pihak tertentu samaada  organisasi politik, syarikat, kumpulan atau individu tertentu.<\/p>\n<p>Oleh kerana pengeluaran bon oleh 1MDB dijamin oleh kerajaan dan wang  tunai sebanyak RM3.5 billion telah dilaburkan dalam 1MDB PetroSaudi  Limited dan bayaran jualan balik pelaburan sebanyak RM4.1 billion dibuat  secara ansuran selama 11 tahun daripada PetroSaudi International  Limited, maka saya pohon kerajaan membentangkan penyata kewangan 1MDB  PetroSaudi Limited dan PetroSaudi International Limited dalam Dewan ini.  <\/p>\n<p>Saya percaya kerajaan dan 1MDB berupaya memperolehi semua ini kerana  bagaimana mereka dapat membuat keputusan melabur secara tunai RM3.5  billion dalam 1MDB PetroSaudi tanpa menilai kedudukan kewangan mereka?  Dan bagaimana pula kerajaan boleh memberi jaminan atas penerbitan bon  1MDB tanpa rujukan kepada penyataan kewangan dalam syarikat mereka  melabur?<\/p>\n<p>Saya menggesa Jawatankuasa Audit Parlimen dan Jabatan Audit Negara  mengambil langkah segera menyiasat transaksi kewangan 1MDB. Kerajaan  juga diminta membeku segera segala jaminan dan usaha penerbitan bon yang  dicadangkan oleh 1MDB sehingga siasatan menyeluruh dijalankan terhadap  perolehan dan transaksi 1MDB. Kerajaan juga digesa menahan serta menarik  balik pada kadar segera segala jaminan yang dikeluarkan untuk 1MDB.<\/p>\n<p><strong>ANWAR IBRAHIM<br \/>KETUA PEMBANGKANG<br \/>DEWAN RAKYAT MALAYSIA<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri \u00a0telah mengumumkan \u00a01MDB mencatat keuntungan RM425 juta pada tahun pertama operasinya yang berakhir 31 Mac 2010 tanpa memberi sebarang butiran bagaimana keuntungan ini diperolehi. Walaubagaimanapun apabila disemak penyata kewangan 6 bulan pertama 1MDB hingga 30 September 2010 menunjukkan 1MDB mengalami kerugian sebanyak RM158.3 juta dan kos operasinya untuk 6 bulan mencecah RM20.5 juta. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6310"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6310"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6310\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6310"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6310"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6310"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}