{"id":6291,"date":"2011-06-21T23:05:41","date_gmt":"2011-06-21T15:05:41","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/06\/ben-ali-dihukum-jel-35-tahun-dan-denda-81-juta-2\/"},"modified":"2011-06-21T23:05:41","modified_gmt":"2011-06-21T15:05:41","slug":"ben-ali-dihukum-jel-35-tahun-dan-denda-81-juta-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/ben-ali-dihukum-jel-35-tahun-dan-denda-81-juta-2\/","title":{"rendered":"Ben Ali dihukum penjara 35 tahun dan denda $81 juta"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content_bold\">Mantan Presiden Tunisia tetap dihakimi walau   hidup dalam buangan di Arab Saudi<\/span><br \/><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/cyberita.asia1.com.sg\/mnt\/static\/image\/ax1\/spacer.gif\" border=\"0\" width=\"100%\" height=\"5\" \/><br \/> <span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/cyberita.asia1.com.sg\/mnt\/media\/image\/launched\/2011-06-21\/BH_IMAGES_SHTUNISIA.jpg\" border=\"0\" width=\"314\" height=\"186\" style=\"float: left;\" \/>TUNIS: Mahkamah Tunisia kelmarin  menjatuhkan hukuman penjara selama 35 tahun dan denda AS$66 juta ($81  juta) ke atas mantan Presiden Zine al-Abidine Ben Ali, selang enam bulan  dia digulingkan dalam bantahan rakyat.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ben Ali, bagaimanapun, tidak hadir di mahkamah dan kini hidup dalam buangan di Arab Saudi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dia didapati bersalah menggelapkan dana awam selepas barang kemas dan wang bernilai AS$27 juta ditemui di kediamannya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Hukuman yang sama turut dijatuhkan ke atas isterinya, Leila Trabelsi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ben Ali masih menghadapi tuduhan memiliki dadah dan senjata, dengan hukuman bakal dijatuhkan pada 30 Jun ini.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Penggulingan Ben Ali pada Januari  lalu   mencetuskan tunjuk perasaan yang serupa di negara Arab lain dan  membawa kepada penggulingan Presiden Mesir, Hosni Mubarak, sebulan  kemudian.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ben Ali dan isterinya   melarikan diri ke Arab Saudi pada 14 Januari lalu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Februari lalu, pemerintah Tunisia  meminta Arab Saudi mengekstradisi Ben Ali tetapi sehingga kini tiada  perkembangan lanjut mengenainya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Semasa perbicaraan, pihak pendawa  raya  meminta hakim menjatuhkan &#8216;hukuman paling berat ke atas mereka  yang   mengkhianati kepercayaan dan mencuri wang rakyat bagi kepentingan  sendiri&#8230; Mereka tidak berhenti mencuri selama 23 tahun (memerintah).&#8217;<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Peguam Ben Ali, Encik Akram Azoury, menyifatkan hukuman itu melucukan memandangkan yang tertuduh tidak hadir di mahkamah.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Ini satu jenaka. Jenaka serupa ini tidak perlu diulas. Anda hanya ketawa saja,&#8217; katanya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dalam satu kenyataan yang  dikeluarkan oleh peguamnya, Ben Ali menafikan semua tuduhan yang  dihadapinya dan menyifatkan dirinya sebagai mangsa komplot politik.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dia turut menafikan  berniat mendapatkan perlindungan suaka.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Saya tidak meninggalkan jawatan  saya sebagai Presiden, ataupun melarikan diri dari Tunisia, seperti yang  silap dilaporkan oleh beberapa media&#8230; Saya ditipu agar meninggalkan  Tunis,&#8217; katanya dalam  kenyataan yang diedar oleh Encik Azoury.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Perbicaraan kelmarin merupakan  permulaan proses yang mungkin menyaksikan pegawai kanan dalam rejim Ben  Ali didakwa atas 93 tuduhan, termasuk membunuh, mendera, memindahkan  wang secara tidak sah dan penyeludupan artifak purba.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sebanyak 35 tuduhan itu telah dirujuk kepada Mahkamah Tentera.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kesalahan membunuh atau mendera membawa kepada hukuman mati.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Namun, Ben Ali tidak dijangka berdepan dengan tuduhan serupa itu. &#8212; AFP, AP, Reuters.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mantan Presiden Tunisia tetap dihakimi walau hidup dalam buangan di Arab Saudi TUNIS: Mahkamah Tunisia kelmarin menjatuhkan hukuman penjara selama 35 tahun dan denda AS$66 juta ($81 juta) ke atas mantan Presiden Zine al-Abidine Ben Ali, selang enam bulan dia digulingkan dalam bantahan rakyat. Ben Ali, bagaimanapun, tidak hadir di mahkamah dan kini hidup dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6291"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6291"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6291\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6291"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6291"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6291"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}