{"id":6261,"date":"2011-06-18T17:35:37","date_gmt":"2011-06-18T09:35:37","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/06\/kabinet-baru-pas-terengganu-ruang-untuk-mengoptimumkan-sumbangan\/"},"modified":"2011-06-18T17:35:37","modified_gmt":"2011-06-18T09:35:37","slug":"kabinet-baru-pas-terengganu-ruang-untuk-mengoptimumkan-sumbangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kabinet-baru-pas-terengganu-ruang-untuk-mengoptimumkan-sumbangan\/","title":{"rendered":"Kabinet baru PAS Terengganu; Ruang untuk mengoptimumkan sumbangan"},"content":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/2.bp.blogspot.com\/-B4An1sPGr5c\/TfzjNl7nMaI\/AAAAAAAAGUM\/gRZV4W4f1F0\/s320\/dr+azman.jpg\" border=\"0\" width=\"314\" height=\"199\" style=\"float: left;\" \/>KUALA TERENGGANU<\/strong> &#8211; Seramai empat muka baru, termasuk seorang berkelulusan doktor falsafah, seorang doktor perubatan dan seorang gigi dilantik menganggotai Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu (BPPNT) bagi sesi 2011 &#8211; 2013.<\/p>\n<p>Mereka terdiri daripada Dr Alias Razak dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3, Mohd Shukrimun Shamsuddin yang diamanahkan sebagai Bendahari dan Dr Mohd Khazani Abdullah serta Dr Azman Ibrahim, masing-masing dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa.<\/p>\n<p>Pesuruhjaya baru BPPNT, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata pelantikan tersebut adalah antara sebahagian daripada persiapan PAS Terengganu menghadapi pilihan raya umum ke 13 akan datang.<\/p>\n<p>Menurutnya, pelantikan tersebut adalah antara sebahagian daripada persiapan PAS Terengganu menghadapi pilihan raya umum ke 13 akan datang.<\/p>\n<p>Namun begitu, orang lama PAS Terengganu tidak ditinggalkan dengan perlantikan bekas Timbalan Pesuruhjaya, Dato&#8217; Ustaz Abu Bakar Chik dan Haji Hussin Ismail, yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa<\/p>\n<p>&#8220;Bagaimanapun, orang lama yang banyak berpengalaman juga diperlukan dan berada di belakang kami,&#8221;kata Haji Wahid sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat pertama badan tertinggi PAS Negeri Terengganu itu semalam Sabtu 18 Jun<\/p>\n<p>Katanya mesyuarat turut mengambil keputusan melantik semula Presiden PAS Dato&#8217; Seri Tua Guru Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kepada Badan Perhubungan PAS Terengganu.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Dr. Alias Razak yang juga ADUN Bukit Tunggal serta Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus, agak terkejut dengan perlantikan itu dan tidak memberi sebarang komen.<\/p>\n<p>Manakala Naib yang DiPertua PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim (gambar atas, paling kiri) berkata perlantikan beliau sebagai anggota BPPNT memberi ruang kepadanya\u00a0 mengoptimunkan sumbangan kepada parti di peringkat negeri.<\/p>\n<p>Menurutnya, beliau menerima amanah dan kepercayaan pimpinan itu dengan penuh kesedaran akan segala kekurangan dan keterbatasan kemampuan dirinya.<\/p>\n<p>&#8220;Saya terima amanah dan kepercayaan pimpinan ini dengan penuh kesedaran akan segala kekurangan dan keterbatasan kemampuan diri untuk mengharungi lautan perjuangan yang luas tak bertepi. <\/p>\n<p>&#8220;Kekerdilan diri untuk memikul amanah ini mohon ditampung dengan segala tunjuk ajar, nasihat dan teguran dari semua saf kepimpinan,&#8221;ujarnya ketika dihubungi Buletinonline<\/p>\n<p>Beliau turut mengajak seluruh ahli dan penyokong PAS untuk melangkah bersama dengan keberkatan dari Allah, menjayakan gagasan &#8216;PAS Ganti Umno&#8217; dalam PRU ke-13 akan datang<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=wX3qZ-7u9YE&amp;feature=channel_video_title<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Seramai empat muka baru, termasuk seorang berkelulusan doktor falsafah, seorang doktor perubatan dan seorang gigi dilantik menganggotai Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu (BPPNT) bagi sesi 2011 &#8211; 2013. Mereka terdiri daripada Dr Alias Razak dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 3, Mohd Shukrimun Shamsuddin yang diamanahkan sebagai Bendahari dan Dr Mohd Khazani Abdullah serta [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6261"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6261"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6261\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6261"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6261"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6261"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}