{"id":6257,"date":"2011-06-18T07:02:13","date_gmt":"2011-06-17T23:02:13","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/06\/isa-pemuda-tidak-akan-undur-walaupun-setapak\/"},"modified":"2011-06-18T07:02:13","modified_gmt":"2011-06-17T23:02:13","slug":"isa-pemuda-tidak-akan-undur-walaupun-setapak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/isa-pemuda-tidak-akan-undur-walaupun-setapak\/","title":{"rendered":"ISA : Pemuda tidak akan undur walaupun setapak"},"content":{"rendered":"<p id=\"yui_3_2_0_3_1308379723831111\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/1.bp.blogspot.com\/-L6qX_bfi3D8\/TfdglBUDZMI\/AAAAAAAAAMg\/VHi3876Iwoc\/s1600\/bersih1.jpg\" border=\"0\" width=\"314\" height=\"186\" style=\"float: right;\" \/>1. MUBARAK mendesak kerajaan agar menangkap perancang Himpunan BERSIH  2.0 di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri [ISA].<strong id=\"yui_3_2_0_3_1308379723831108\"> <span id=\"yui_3_2_0_3_1308379723831105\" style=\"color: #3333ff;\">Ini satu ugutan yang  keterlaluan dan melanggar lunas demokrasi<\/span><\/strong>. Saya nasihatkan <strong style=\"color: #3333ff;\">MUBARAK agar  tidak menjadi Husni Mubarak 2.0<\/strong> yang suatu ketika dahulu bermaharajalela  dan menangkap siapa sahaja yang menentang beliau tanpa sebarang bicara.<\/p>\n<p>2.  Mereka mahu ugut siapa ? Kami sudah menegaskan kepada semua bahawa kami  hanya akan berhimpun secara aman dan menunjuk perasaan kami membantah  sistem demokrasi yang masih pincang dan mendesak supaya beberapa  tuntutan kami yang mewakili sebahagian besar rakyat diterima dengan baik  oleh pihak kerajaan. Apa masaalah MUBARAK ? apa masaalah kerajaan ?  untuk tidak menunaikan permintaan sebahagian rakyat biar pun tidak semua  rakyat dalam <span id=\"lw_1308379695_2\" class=\"yshortcuts\">negara<\/span> ini membuat tuntutan serupa, justeru apa yang kami  minta adalah untuk keadilan dan ketelusan.<\/p>\n<p>3. Kita tidak minta lebih. Kita tidak meminta suatu yang merugikan mana &#8211; mana pihak termasuk kerajaan. <strong><span style=\"color: #3333ff;\">Apa  yang kita minta ialah <span id=\"lw_1308379695_3\" class=\"yshortcuts\">padang<\/span> yang sama rata, alat yang serupa dan  suasana yang mengizinkan ketelusan berlaku dan dilihat berlakunya  ketelusan dalam sistem demokrasi khasnya sistem pengendalian pilihanraya<\/span> <\/strong>dalam negara ini.<\/p>\n<p>4. Setelah permintaan kita  selama ini gagal dilayan dengan baik oleh pihak berwajib, himpunan  BERSIH 2.0 adalah sebagai langkah untuk menunjuk perasaan dan menarik  perhatian bahawa permintaan kita adalah serius dan tidak boleh dipandang  ringan oleh mereka.<\/p>\n<p>5. Cara mahu menangani Himpunan  BERSIH 2.0 ialah dengan mengawal himpunan ini agar tidak terdedah kepada  provokasi pihak yang tidak bertanggungjawab dan menunaikan permintaan  rakyat tersebut. Bukan dengan ugutan dan tangkapan . Jika ugutan dan  tangkapan <span id=\"lw_1308379695_4\" class=\"yshortcuts\">itu<\/span> mereka fikir boleh menakutkan rakyat, maka saya fikir  mereka silap dan 1001 <span id=\"lw_1308379695_5\" class=\"yshortcuts\">kali<\/span> silap.<\/p>\n<p>6. Insyaallah, <strong style=\"color: #3333ff;\">saya  sendiri akan berada di saff hadapan dan jangan fikir ISA itu boleh  mengendurkan semangat saya dan melemahkan kesungguhan saya apalagi mahu  menakutkan saya. Saya yakin ini adalah perjuangan rakyat yang mahu  menuntut kebenaran, keadilan, ketelusan dan kejujuran dalam sistem  pengendalian demokrasi negara dan ia adalah suatu yang dituntut oleh  Islam justeru Islamlah pelopor keadilan, ketelusan dan kejujuran ini<\/strong>.<\/p>\n<p>7.  Saya menyeru semua rakan &#8211; rakan anak muda dari seluruh negara agar  gembira dan tenang. Himpunan BERSIH 2.0 adalah untuk keamanan dan  kesejahteraan negara. <strong style=\"color: #3333ff;\">Rakyat juga tidak perlu resah, peniaga  tidak perlu bimbang dan orang ramai tidak usah gundah, himpunan ini aman  jika mana &#8211; mana pihak termasuk pihak polis tidak mencetus provokasi.  Saya yakin, yang rasa tidak aman ialah UMNO dan <span id=\"lw_1308379695_6\" class=\"yshortcuts\">BN<\/span>, yang resah ialah  UMNO dan BN dan yang gundah ialah UMNO dan BN<\/strong>.<\/p>\n<p>8.  Malaysia bukan negara polis. Maka usahlah kerajaan menangani masaalah  rakyat dan tuntutan mereka dengan kekerasan dan tangkapan. Tapi, kalau  kerajaan fikir mereka mahu jatuh cepat dari jadual yang telah  ditentukan, silakan lah berbuat sesuka hati. Saya tidak boleh jamin apa &#8211;  apa.<\/p>\n<p>9. Saya menyeru buat kesekian kalinya, datanglah ke  <span id=\"lw_1308379695_7\" class=\"yshortcuts\">Kuala Lumpur<\/span> pada 9 Julai 2011 nanti dengan happy dan enjoy\u00a0 membawa  semangat &#8220;Visit Day&#8221; dan Kuala Lumpur adalah destinasi anda kali ini.  Melancunglah dalam negeri ! bukankah ini slogan kerajaan.Ppelancungan  pada 9 hb Julai 2011 ini adalah bertemakan Keadilan dan Ketelusan di  samping menikmati Kota Raya negara kita sendiri.<\/p>\n<p>10.  Datang jangan tak datang. Saya tunggu anda semua pada 9 hb Julai 2011  kelak . Salam perjuangan dari saya mewakili seluruh warga Dewan Pemuda PAS Malaysia .<\/p>\n<p><strong>Nasrudin bin Hassan<br \/>Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia<\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>1. MUBARAK mendesak kerajaan agar menangkap perancang Himpunan BERSIH 2.0 di bawah Akta Keselamatan Dalam negeri [ISA]. Ini satu ugutan yang keterlaluan dan melanggar lunas demokrasi. Saya nasihatkan MUBARAK agar tidak menjadi Husni Mubarak 2.0 yang suatu ketika dahulu bermaharajalela dan menangkap siapa sahaja yang menentang beliau tanpa sebarang bicara. 2. Mereka mahu ugut siapa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6257"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6257"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6257\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6257"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6257"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6257"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}