{"id":6222,"date":"2011-06-13T17:33:50","date_gmt":"2011-06-13T09:33:50","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/06\/sprm-diminta-siasat-salah-guna-kuasa-pembinaan-jalan-jeram-2\/"},"modified":"2013-07-20T16:05:45","modified_gmt":"2013-07-20T08:05:45","slug":"sprm-diminta-siasat-salah-guna-kuasa-pembinaan-jalan-jeram-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/sprm-diminta-siasat-salah-guna-kuasa-pembinaan-jalan-jeram-2\/","title":{"rendered":"SPRM diminta siasat salah guna kuasa"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/2.bp.blogspot.com\/-DimmEozECjg\/TfZJXIftRkI\/AAAAAAAAGSo\/MSTM-lqdjgg\/s1600\/P1270184.JPG\" border=\"0\" width=\"314\" height=\"188\" style=\"float: left;\" \/><strong>KUALA TERENGGANU<\/strong> &#8211; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta untuk melakukan siasatan keatas pembinaan Jalan Jeram ke Bukit Guntong yang disyakki melibatkan salah guna kuasa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu.<\/p>\n<p>&#8220;Salah guna kuasa yang spesifiknya ialah (tindakan) tidak mematuhi akta pengambilan tanah 1990, (bertolak) dari situ, banyak benda (yang salah contohnya) tanah belum warta lagi, jalan dah buat, <\/p>\n<p>&#8220;jauh sekali nak bayar (pampasan), belum warta lagi dah buat,&#8221;kata Encik Salleh Embong, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Kampung Banggol Donas.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian kepada pihak media, selepas membuat laporan dan menyerahkan memorandum kepada SPRM negeri Terengganu di Wisma Persekutuan, pada Ahad 12 Jun.<\/p>\n<p>Menurutnya, pihak kerajaan Terengganu, khususnya Menteri Besar tidak menjawab surat yang dihantar oleh pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berkaitan isu tersebut.<\/p>\n<p>Katanya, sehingga hari ini, kerajaan negeri juga gagal mematuhi arahan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang meminta supaya diadakan perbincangan dengan pemilik tanah terbabit.<\/p>\n<p>&#8220;Saya dah pergi SUHAKAM, SUHAKAM sudah tulis surat kepada kerajaan negeri, tapi nampaknya tidak ada tindakan, dan baru-baru ini pun kita tulis surat kepada Perdana Menteri,<\/p>\n<p>&#8220;dan ada salinan surat pada saya melalui pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar, dia minta laporan daripada pejabat Menteri Besar berhubung jajaran ini, projek ini, minta laporan,<\/p>\n<p>&#8220;kemudian dia (KPLB) minta supaya diadakan perbincangan, (namun) sehingga hari ini tidak ada satu perbincangan pun,&#8221;jelasnya kesal.<\/p>\n<p>Beliau sangat dukacita dengan sikap kerajaan yang &#8216;berlepas tangan&#8217; tidak menjawab surat dan gagal mengadakan perbincangan dengan penduduk yang terlibat.<\/p>\n<p>Sedangkan, menurutnya projek tersebut terus berjalan dan kontraktor terus melaksanakan kerja tanpa henti.<\/p>\n<p>Pada 11 Mei, lalu, Encik Salleh turut cuba menyerahkan <a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/05\/ahmad-said-angkuh-tidak-bertanggungjawab\/\">memorandum kepada Menteri Besar, Dato&#8217; Seri Ahmad Said<\/a>, namun ianya ditolak mentah-mentah, sebelum dokumen tersebut dibaca dan teliti.<\/p>\n<p>Konraktor utama pembinaan jalan sepanjang 7 kilometer yang berharga RM250 juta adalah <a href=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/index.php?option=com_content&amp;view=article&amp;id=1380:mzhakujaya-milik-ketua-pemuda-umno&amp;catid=35:dalam-negeri&amp;Itemid=85\">M.Z.Hakujaya, milik Ketua Pemuda Umno <\/a>Terengganu.<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=DyM5nkbpomU&amp;feature=channel_video_title<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta untuk melakukan siasatan keatas pembinaan Jalan Jeram ke Bukit Guntong yang disyakki melibatkan salah guna kuasa kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu. &#8220;Salah guna kuasa yang spesifiknya ialah (tindakan) tidak mematuhi akta pengambilan tanah 1990, (bertolak) dari situ, banyak benda (yang salah contohnya) tanah belum [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6222"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6222"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6222\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6222"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6222"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6222"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}