{"id":61959,"date":"2017-10-17T23:09:19","date_gmt":"2017-10-17T15:09:19","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=61959"},"modified":"2017-10-17T23:26:03","modified_gmt":"2017-10-17T15:26:03","slug":"bazaar-warisan-sembilan-tahun-tiada-sijil-perakuan-siap","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/bazaar-warisan-sembilan-tahun-tiada-sijil-perakuan-siap\/","title":{"rendered":"Bazaar Warisan ; Sembilan Tahun Tiada Sijil Perakuan Siap"},"content":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Setelah dibuka selama sembilan tahun sejak 2008, Bazaar Warisan yang dibina pada zaman Dato\u2019 Seri Idris Jusoh, selama ini sebenarnya beroperasi tanpa sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance- CCC)<\/p>\n<p>Bangunan yang digunakan sebagai pusat beli belah sejak 2008 tidak mendapat kelulusan dahulunya dikenali sebagai Perakuan Kelayakan Menduduki (Certificate of Fitness for Occupation &#8211; CFO), kerana masalah keselamatan.<\/p>\n<p>Menurut Pengerusi PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Ustaz Ahmad Shah Muhammad, pelbagai masalah yang dihadapi oleh para peniaga Bazaar tersebut, yang kini dipindahkan ke kabin sementara di Taman Shahbandar.<\/p>\n<p>\u201cdaripada maklumat yang telah disampaikan oleh peniaga, tapak Bazaar warisan yang mereka diami itu terdapat rekahan (retak) yang tidak menjamin keselamatan Bazaar itu sendiri,<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/10\/Screenshot-1631.png\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-61961\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/10\/Screenshot-1631.png\" alt=\"\" width=\"1057\" height=\"591\" \/><\/a>\u201cjadi tidak ada jalan lain nak bertahan di Bazaar itu, tetapi bila datang (berpindah) ke tempat baru kemudahan tidak ada, keselamatan (berlaku kecurian) tempat berniaga pun tidak terjamin,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas mengunjungi kawasan perniagaan baharu tersebut di hadapan Pejabat Pos dekat sini, pada Ahad 15 Oktober.<\/p>\n<p>Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu itu kesal kerana bangunan yang indah, dibina dengan kos RM18.4 juta itu bakal menjadi sia-sia apabila ia diserahkan kepada sebuah syarikat dari negera China.<\/p>\n<p>Namun begitu, menurut beliau, ia menjadi dilema kepada kesemua 27 orang peniaga Melayu Islam yang terpaksa bergelut dengan pelbagai masalah dan persoalan.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-61960\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/10\/bazar-warisan3.jpg\" alt=\"\" width=\"1280\" height=\"720\" \/><\/p>\n<p>\u201cmereka diminta pindah sedangkan (tapak baharu) tiada kemudahan seperti tandas dan surau, dan tiada promosi untuk perniagaan mereka,<\/p>\n<p>\u201cnak balik ke Bazaar Warisan ia tidak lagi selamat untuk diduduki dan tak tahu berapa lama terpaksa berniaga di kawasan baharu kerana pembinaan semula Bazaar tersebut menghadapi masalah pula,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Ustaz Ahmad berkata, ada maklumat yang menyatakan bahawa syarikat dari China itu tidak mahu lagi meneruskan pembinaan kerana beberapa masalah yang dihadapi.<\/p>\n<p>Antaranya kata beliau ialah, masalah tanah tapak Bazar Warisan itu yang bersekali dengan tanah Bukit Puteri dibelakangnya dan timbul pula isu struktur tanah ketika dibuat ujian.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/10\/bazar-warisan1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-61973\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/10\/bazar-warisan1.jpg\" alt=\"\" width=\"1280\" height=\"720\" \/><\/a><\/p>\n<p>Justeru beliau menggesa kerajaan negeri terutamanya Menteri Besar Terengganu menyelesaikan masalah berkaitan Bazaar Warisan dan para peniaga terbabit.<\/p>\n<p>Beliau dimaklumkan, kemudahan kawasan baharu termasuk \u2018kedai kabin\u2019 yang dibina dan kemudahan yang akan disediakan, adalah ditanggung oleh syarikat pemaju.<\/p>\n<p>\u201cIni urusan antara pihak kerajaan dengan pihak kontraktor yang dikatakan kontraktor dari negara China\u2026\u2026apapun yang kita dapati maklumat bahawa kontraktor mempunyai beberapa masalah untuk meneruskan projek ini tetapi saya rasa perkara itu sedang dalam rundingan,<\/p>\n<p>\u201cWalau apapun rundingan dibuat antara pihak keraajaan dengan pihak kontraktor yang penting pihak kerajaan dan juga Majlis Bandaraya (Kuala Terengganu) perlu mengutamakan peniaga-peniaga kita warga bumiputera kita khususnya orang Melayu,\u201d tambah beliau.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Setelah dibuka selama sembilan tahun sejak 2008, Bazaar Warisan yang dibina pada zaman Dato\u2019 Seri Idris Jusoh, selama ini sebenarnya beroperasi tanpa sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (Certificate of Completion and Compliance- CCC) Bangunan yang digunakan sebagai pusat beli belah sejak 2008 tidak mendapat kelulusan dahulunya dikenali sebagai Perakuan Kelayakan Menduduki (Certificate [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":61962,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"video","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":61962,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":800,"height":486,"file":"2017\/10\/bazaar-warisan.jpg","filesize":150503,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"1508277151","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":61959,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/10\/bazaar-warisan.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/61959"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=61959"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/61959\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/61962"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=61959"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=61959"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=61959"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}