{"id":6186,"date":"2011-06-09T23:24:12","date_gmt":"2011-06-09T15:24:12","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/06\/mahathir-yang-halang-hukum-hudud-bukan-karpal\/"},"modified":"2011-06-09T23:24:12","modified_gmt":"2011-06-09T15:24:12","slug":"mahathir-yang-halang-hukum-hudud-bukan-karpal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/mahathir-yang-halang-hukum-hudud-bukan-karpal\/","title":{"rendered":"&#8216;Mahathir yang halang hukum hudud bukan Karpal&#8217;"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><em><strong><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/1.bp.blogspot.com\/_96YMtWrjwXs\/TUbmp6xsy9I\/AAAAAAAACzw\/5-Kq-lJLYG8\/s400\/mahathir+dan+nik+aziz.jpg\" border=\"0\" width=\"314\" height=\"178\" style=\"float: left;\" \/>&#8211; Nik Aziz; Mantan PM hantar surat amaran kepada Kelantan<\/strong><\/em><br \/>Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS),  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menegaskan individu pertama yang  menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud  adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan Encik Karpal Singh seperti yang  didakwa oleh mantan perdana menteri Malaysia itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Datuk Nik Abdul Aziz berkata, Dr  Mahathir mungkin sudah lupa bahawa beliau yang telah menghantar surat  amaran kepada kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran PAS daripada  melaksanakan hukum hudud, lapor laman berita The Malaysian Insider.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah  Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan  Negeri Kelantan pada 1993.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Ini berikutan dengan janji PAS akan melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Bagaimanapun, hasrat melaksanakan  hukum hudud itu tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah  menyekat pelaksanaannya melalui satu surat amaran yang dihantar kepada  Datuk Nik Abdul Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Seingat saya orang yang menghantar  surat kepada kerajaan negeri Kelantan agar tidak melaksanakan hudud satu  ketika dahulu namanya ialah Mahathir Mohamad bukannya Karpal Singh.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Barangkali orang yang bernama  Mahathir Mohamad ini sudah lupa, sebagai mengingatkannya saya boleh  tunjukkan surat itu, ia masih ada dalam simpanan saya,&#8217; kata Datuk Nik  Abdul Aziz dalam laman Facebook beliau, kelmarin.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Selasa lalu, Dr Mahathir mendakwa  pihak yang menang besar di sebalik pemilihan PAS hujung minggu lalu  adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS, khususnya Encik  Karpal.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dengan nada menyindir, Dr Mahathir  mengucapkan syabas dan tahniah kepada Encik Karpal kerana &#8216;akhirnya  perjuanganmu menentang negara Islam PAS sudah berjaya&#8217;.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Menurut Dr Mahathir, yang kalah  ialah puak ulama, manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, atau  penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua umum Parti Keadilan Rakyat  (PKR) dan Pakatan Rakyat.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau juga berkata  perjuangan Encik Karpal, selaku Pengerusi Parti Tindakan Demokratik  (DAP), supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam yang  akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dr Mahathir mendakwa PAS berbuat demikian kerana ingin merestui kerjasama DAP, khususnya dengan Encik Karpal. &#8211;<em> Berita Harian Singapura<\/em><\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8211; Nik Aziz; Mantan PM hantar surat amaran kepada KelantanMursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS), Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menegaskan individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, bukan Encik Karpal Singh seperti yang didakwa oleh mantan perdana menteri Malaysia itu. Datuk Nik Abdul Aziz [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6186"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6186"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6186\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6186"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6186"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6186"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}