{"id":618,"date":"2009-07-23T19:18:27","date_gmt":"2009-07-23T11:18:27","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2009\/07\/apabila-saya-berdebat-dengan-umno\/"},"modified":"2009-07-23T19:18:27","modified_gmt":"2009-07-23T11:18:27","slug":"apabila-saya-berdebat-dengan-umno","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/apabila-saya-berdebat-dengan-umno\/","title":{"rendered":"Apabila saya berdebat dengan Umno"},"content":{"rendered":"\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Saya perasan Umno tidak sangat \u201chentam\u201d PAS, kalau adapun kepada peribadi Datuk Nik Aziz Nik Mat. Bila isu Kerajaan Perpaduan dimainkan, tiba-tiba beberapa nama pemimpin PAS jadi \u201charum\u201d manakala nama Nik Aziz terus menjadi sasaran kecaman demi kecaman. Itu senario hubungan PAS-Umno yang pelik. Kini Umno bercakap tentang perpaduan Islam-Melayu dan peliknya ialah perpaduan itu hanya dengan PAS.<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Bila Datuk Seri Presiden PAS menegaskan bahawa perpaduan mesti dibawa bersama rakan-rakan dari Pakatan, Umno kata \u201cno\u201d \u2026 hanya dengan PAS. Itulah yang saya katakan pelik dan saya mengandaikan ia bukan usaha perpaduan tetapi usaha memecahkan perpaduan dalam PR.<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Saya kaitkan cerita di atas dengan Umno di Pulau Pinang yang lebih \u201ctebal\u201d Melayunya, mungkin kerana Melayu adalah minoriti di Pulau Pinang. Umno di Pulau Pinang tak ketinggalan nak ambil kesempatan ini untuk \u201cmengurat\u201d PAS di Pulau Pinang untuk bincang masalah Melayu Pulau Pinang secara khusus dan isu perpaduan secara umum.<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Satu hari semasa saya bertemu Abang Non, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bayan Baru di mana saya adalah YDPnya terpacul soalan dengan penuh semangat tentang cerita Umno Bayan Baru nak jumpa dengan PAS, Abang Non kata dengan pelek bahasa Tanjong yang pekat \u201c\u2026 depa habaq mai kata nak bincang dengan kita, saya kata nanti sat kami bincang, YB Mujahid tak dak masalah mesti dia bersedia nak jumpa dengan hangpa\u2026 bolehka ustaz?&#8221;<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Abang Non yang saya kenal memang semangat orangnya, kalau cakap jangan duduk dekat kerana tangan dan kepalanya bergerak merata. Saya mengangguk setuju seraya berkata: \u201cTak dak masalah eehh, kalau nak bincang PAS memang bersedia tapi bukan pi nak serahh tengkok!\u201d Usaha PAS dan Umno Bayan Baru habis di situ aja kerana tidak ada perkembangan selanjutnya.<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Lain pula apabila saya berjumpa dengan Raja Munir Shah, seorang tokoh muda Umno Tanjung yang memegang jawatan Timbalan Ketua Bahagian Umno Tanjung, dia begitu bersemangat bercakap tentang perlunya PAS Pulalu Pinang dengan Umno Pulau Pinang berbincang dalam senario politik baru. Saya bertemu dengannya di program menyambut Pulau Pinang sebagai Bandaraya Warisan anjuran USM, khusus tentang kebudayaan Islam dan Melayu di Pulau Pinang. Saya dijemput sebagai salah seorang ahli panel bersama dengan Umno dan tokoh akademik Prof Muhammad Salleh seorang Sasterawan Negara. Majlis dirasmikan oleh YB Danny Law sebagai exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pulau Pinang.<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Dalam majlis itu saya sempat mengutarakan persoalan budaya Melayu dan Islam yang dilihat tidak diberi tumpuan khususnsya bangunan bersejarah dan masjid Acheh yang terpinggir dalam pamplet-pamplet mempromosikan Pulau Pinang serta akses jalan yang tidak dipermudahkan untuk sampai ke sana seolah-olah terperosot.<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Lepas majlis saya bersembang dengan Raja Munir dan dia terus mencadangkan sesuatu perlu dibuat dalam konteks Pulau Pinang antara PAS dengan Umno. Saya bersetuju secara asas, isu ini dibincang dalam suasana ketamadunan dan rasional bukan sentimen dan dasar perkauman.<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Hasil dari pertemuan itu, dua bulan sudah saya menerima jemputan dari Umno Tanjung untuk diadakan Wacana Ilmiyah dengan tajuk besarnya ialah Perpaduan Ummah. Dalam surat yang saya terima saya difahamkan Umno akan diwakili oleh Ketua Pemudanya Khairy Jamaludin dan Shahbudin Yahya, ADUN Permatang Berangan dari Umno Pulau Pinang, manakala moderatornya adalah Dr Suhaimi dari USM. Saya menerima jemputan itu dengan sikap terbuka, lagipun bukankah satu aspek ketamudunan itu ialah berwacana, berdebat dan berdiskusi walaupun dengan pandangan yang berbeza? Selagimana kita jelas dasar dan halatuju serta sedar masalah yang berlaku, saya tidak perlu takut untuk berdepan dengan pihak yang selama ini mempertikaikan saya. Atas dasar itu saya bersetuju untuk hadir \u201cwacana ilmiyah\u201d pada 11 Julai, pukul 2.30 petang di Kompleks Penyayang, Pulau Pinang.<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Tiba hari itu saya disambut dengan mesra oleh penganjur iaitu Umno Tanjung, malah hampir kesemua yang saya temui adalah rakan atau kenalan dan sebahagian besarnya mengenali saya kerana Pak Yusof Rawa. Itulah uniknya orang Melayu Pulau Pinang mungkin kerana mereka minoriti mereka tidak sangat dipisahkan dengan \u201cpolitical divide\u201d mereka lebih berminat untuk memikirkan survival Melayu Pulau Pinang di mana semua PAS dan Umno bersetuju secara dasarnya masalah ini perlu ditangani bersama. Dengan sebab itu juga Pak Yusof Rawa walaupun tokoh PAS, tetapi disanjungi sebagai orang Melayu Pulau Pinang yang berjaya dan prihatin kepada nasib orang Melayu Pulau Pinang. Saya menumpang keadaan itu, sebab itu pada awal lagi saya sudah tahu parameter saya dalam berwacana nanti.<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Saya juga tahu masalah Melayu Pulau Pinang yang saya kuasai sejak dulu lagi kerana saya anak jati Pulau Mutiara cuma saya bukan anak mami saja, anak keturunan Rao atau Rawa yang merantau sejak Tok Wan saya, saya generasi ke 3, perantau dari Rawa, Sumatra. Orang PAS pun ramai yang datang, tetapi masing-masing seperti saya kenal mengenali antara satu sama lain, walaupun janggal untuk berada dalam dewan yang penuh dengan bendera Umno, tapi orang PAS tak kisah, mereka nak dengar apa pemmpin mereka akan kata dalam wacana ini. Lalu saya diperkenalkan dengan ustaz Affendi Mohd Yusof, Exco Pemuda Umno, Pengerusi Biro Agama, anak muda yang berpendidikan agama dari Jordan dengan pakaian tipical Pemuda Umno, songkok dan baju putih tangan pendek. Saya berpakaian batik merah dan kopiah putih kain keras (kupiah ustaz Fadhil), tipikal PAS dan suasana dewan berdebar kerana ini kali pertama PAS dengan Umno bersemuka, walaupun bukan pada tahap tinggi, tetapi cukup untuk \u201cmeletup\u201d dengan isu-isu yang terpendam lama selama ini antara PAS dengan Umno. Oh ya, YB Khairy Jamaludin dan YB Shahabudin tidak hadir kerana berkempen di Manek Urai, itu menurut penganjur.<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Tajuk \u201cKesatuan Ummah, retorik atau survival\u201d, Raja Munir jadi moderator (takkan Dr Suhaimi yang sepatutnya moderator, pergi Manek Urai jugak\u2026). Saya diberi pembicara yang pertama, lalu saya mulakan dengan ayat-ayat Al Quran yang menganjurkan perpaduan dan kesatuan, saya turut membawa buku-buku rujukan atas alasan tidak mahu tersasar tajuk dan bercakap atas hawa nafsu. Buku yang saya bawa, Unsur Kekuatan dalam Islam, Syed Sabiq, Mengapa Umat Islam DiLanda Perpecahan? Oleh Drs Munawwar Khalis, Min Fiqh Daulah oleh Qaradhawi dan dua buku Jameelah Abu Bakar tentang Melayu Pulau Pinang.<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Alhamdulillah suasana pembentangan saya terkawal kerana disandarkan kepada ayat-ayat Al Quran dan petikan buku. Saya terlalu cermat dengan masa kerana menghormati majlis, maklumlah PAS dijemput, jadi saya terpaksa beradab dan berhati-hati. Lagipun saya mesti menunjukkan keterampilan kepimpinan PAS di hadapan orang Umno dan orang PAS sendiri.<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Tiba giliran Ustaz Affendi yang pada 5 minit pertama sahaja menyetujui point-point saya, kemudian daripada itu semuanya menyerang peribadi dan kata-kata Tuan Guru Nik Aziz seolah-olah dia berada di Manek Urai berkempen. Saya melihat orang Umno pun tercengang kerana ucapan berdalilkan Al Quran dan petikan buku dijawab dengan serangan-serangan kepada pemimpin tertinggi saya, Mursyidul Am PAS. Pengalaman di Kelantan\u00a0 dibawa dengan kata-kata sinis yang pedih ditujukan kepada PAS. Dalam hati saya, ini bukan ilmiyah, ini kempen politik yang layak untuk berhibur sahaja, kita sedang mencari jalan atau sekuang-kurangnya melihat masa depan, bukan membebel politik.<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Ustaz Affendi juga turut menuduh PAS sudah ada unsur rasuah dalam pemilihannya! Semasa pembentangan Umno suasana jadi panas, kedengaran suara orang-orang PAS berbisik sesama mereka sambil menjeling marah kepada wakil Umno, tidak kurang wajah moderator dan Pengerusi Umno Tanjung, Datuk Ahmad Ibni Hajar menunjukkan ketidakselesaan sambil mencuri pandangan kepada saya untuk melihat reaksi saya. Saya senyum dan sesekali serius mencatit apa yang \u201cdihemburkan\u201d oleh ustaz kita.<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Selesai ucapan saya diberi peluang untuk menjawab dan membuat penjelasan atas soalan apakah peranan kita sebagai orang bawahan menentukan masa depan kesatuan ummah selain orang pemimpin. Saya memulakan dengan melahirkan sikap kesal saya kepada apa yang diutarakan oleh wakil Umno dan meminta supaya kita fokus kepada tajuk dan saya secara sinis menyindir: \u201cKalau nak kempen simpan nanti di Manek Urai, bukan di sini, kami tak ada masalah permusuhan seperti yang disebut di Kelantan!\u2019 sindiran saya mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin termasuk orang Umno.<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Kedua saya tegaskan bahawa saya di sini bukan untuk membantai pemimpin Umno, tidak seperti wakil Umno yang membantai Tok Guru Nik Aziz yang menjadi pemimpin No. 1 PAS. Saya turut menyindir kepada ustaz kita, adalah tidak cerdik menuduh seseorang sedangkan dia tidak ada di hadapan melainkan ia dianggap fitnah untuk memburukkan keadaan! Sekali lagi tepukan dari para hadirin\u2026 tentang rasuah dalam PAS, saya menegaskan bahawa sebagai AJK PAS Pusat saya tidak tahu adanya aduan rasmi, yang ada ialah Ketua Dewan Ulamak PAS memberi peringatan kepada calon-calon bukan menuduh rasuah, tetapi yang pasti Ketua Pemuda Umno dan Ketua Menteri Melaka memang disabitkan kesalahannya kerana rasuah dalam pertandingan Umno baru-baru ini, seluruh dunia mengetahuinya! Kali ini tepukan lebih gemuruh.<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Saya turut menyebut tentang apa yang Umno buat untuk orang Melayu di Pulau Pinang? Saya juga menegaskan saya Melayu, saya Islam tetapi saya mengidamkan Melayu yang bermoral dan Islam yang beramal dan saya mengidamkan parti saya adalah parti yang disegani kerana moralnya bukan parti yang terpalit dengan rasuah! Saya sekadar menjawab \u201cserangan\u201d yang dimulakan tetapi dalam nada yang penuh kawalan dan suara yang slumber, itu memberi kelebihan kepada saya untuk menguasai keadaan.<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Saya turut menghulurkan tawaran untuk menjadikan isu Melayu Pulau Pinang dijadikan agenda penting Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan semua pihak harus menyokong usaha murni ini tanpa terikat dengan kepentingan parti masing-masing. Saya mencadangkan isu-isu segera ditangani bersama seperti isu kubur di Jelutung, Isu kampong Melayu di Tanjong Tokong di bawah UDA. Begitu juga isu sejarah orang Melayu di Pulau Pinang yang tidak disebut sebagai orang pertama yang sudah membuka dan meneroka tanah di Pulau, mereka hanya menyebut Francis Light sebagai orang yang membuka Pulau Pinang. Saya menegaskan ini perlu ditangani bersama oleh semua pihak dan saya menjaminkan bahawa PAS akan menegaskan kecelaruan sejarah ini. Sebenarnya isu ini memang sudah lama diperjuangkan di Pulau Pinang dan seperti suis lampu, apabila saya menyentuhnya tenggelamlah karut marut serangan ke atas PAS dalam ucapan wakil Umno tadi.<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Semasa sesi soal jawab beratur peserta untuk ambil bahagian dari kedua belah pihak, anehnya dalam soal jawab itu orang Umno turut mempertikaikan peranan Umno selama ini di Pulau Pinang, malah untuk kepentingan Melayu\u00a0 dan Islam di Pinang Pinang mereka menyarankan supaya hari ini sebagai kerajaan biarlah orang Melayu di Pulau Pinang, Umno atau PAS berada di bawah pimpinan Dr Mujahid.<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Datuk Ahmad Ibnu Hajar dan Raja Munir tersenyum termasuklah saya memandangkan wakil Umno yang berucap itu terlalu bersemangat mahukan kesatuan. Sesi soal jawab berakhir dengan ucapan sinikal, geli hati dan ada dari wakil Umno yang marah kepada penganjur kerana tidak meletakkan bendera PAS dalam dewan dan backdrop pentas sambil bertanya \u201cmacamana nak bersatu?\u201d Panas dan menarik majlis sehingga saya membatalkan jamuan teh petang di rumah Gabenor pada pukul 5 petang sempena Hari Kelahiran Tun Dr Abbas Abdul Rahman. Majlis berakhir pukul 7 malam dan saya sempat jadi \u201cselebriti\u201d kejap apabila buku saya yang saya bawa bersama minta di tulis otograf saya, ramai yang membelinya dari Umno, tak kurang mencuri peluang bergambar dengan ahli panel dan saya sebagai orang PAS yang datang ke majlis Umno Tanjung.<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Hari itu saya terlalu letih kerana setelah selesai wacana, saya bergegas untuk kuliah Maghrib di Masjid Hashim Yahya, Kampong Dodol dan kerana hujan lebat sejak petang Kampong Dodol, P. Ramlee dan Kampong Makam banjir. Setelah selesai kuliah saya turun melihat banjir dan dibawa oleh Pertahanan Awam untuk naik bot melihat dan meninjau banjir di Jalan P. Ramlee.<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Hujan terus lebat sehingga basah kuyup dibuatnya. Isteri saya turut mengharungi banjir di Kampong Makam untuk melihat mangsa dan kedengaran bunyi suara: \u201ckalau isteri pemimpin Umno, tak sudilah nak harung banjir jumpa orang kampong!\u201d saya senyum, isteri saya lagilah senyum lebar. Malam itu saya berehat di rumah saya di Telok Kumbar. Saya betul-betul letih, hanfon saya tak henti SMS tetapi saya abaikan sahaja. Esoknya bangun untuk kuliah subuh di mesjid Gelugor, saya sempat melihat kebanyakan SMS mengucap tahniah tentang debat dengan Umno ada yang berbunyi: \u201cPemimpin PAS lebih jauh berpandangan dan mampu berhujah dengan nas dan bukti yang kuat, Umno dan PAS bagai langit dengan bumi\u201d.<\/font><\/p>\n<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\">Itulah kisah pada 11 Julai. Pada 12 Julai selesai kuliah subuh di masjid Gelugor saya bersiap sedia pula untuk kuliah bulanan saya di Tabung Haji Bayan Lepas di mana beratus anak murid saya sedang menunggu untuk kuliah Sirah yang saya sudah mulakan sejak 3 tahun yang lalu. Sesungguhnya tugasan lebih besar daripada peruntukan masa yang ada\u2026 MalaysianInsider<br \/><\/font><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><font face=\"arial,helvetica,sans-serif\"><strong>Beberapa bulan selepas kemenangan PR<\/strong>, kedengaran Umno begitu berminat untuk berbincang dengan PAS. Orang-orang Umno lebih lunak dalam serangan politiknya kepada PAS berbanding dengan rakan-rakan PR yang lain dari DAP dan PKR. PKR Umno \u201cbelasah\u201d dengan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tak habis-habis manakala DAP mereka serang dengan serangan berbau \u201cperkauman\u201d supaya orang Melayu terus kekal benci kepada parti \u201cchauvinist\u201d Cina itu.<\/font><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/618"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=618"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/618\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=618"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=618"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=618"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}