{"id":6173,"date":"2011-06-07T23:25:42","date_gmt":"2011-06-07T15:25:42","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/06\/kabinet-pru-ke-13-pas-diterima-rakyat\/"},"modified":"2011-06-07T23:25:42","modified_gmt":"2011-06-07T15:25:42","slug":"kabinet-pru-ke-13-pas-diterima-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kabinet-pru-ke-13-pas-diterima-rakyat\/","title":{"rendered":"Kabinet PRU ke-13 PAS diterima rakyat?"},"content":{"rendered":"<p>Kali ini agak lama saya tidak menulis dalam akhbar Siasah ini. Jika  saya menulis, tentu saya tidak akan lari dari menyentuh tentang  pemilihan PAS. Seingat saya, hanya satu artikel sahaja saya menulis  tentang Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 dan Pemilihan PAS secara sepintas  lalu sahaja.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"alignleft\" src=\"https:\/\/media1-cdn.malaysiakini.com\/266\/d57a5b578e81844294261101e84f6a18.jpg\" border=\"0\" width=\"450\" height=\"275\" style=\"float: left;\" \/>Sekarang  ini semua pihak termasuk semua parti-parti politik mula sibuk membuat  ramalan bilakah tarikh pilihanraya umum ke-13 akan diadakan. Malah  sesetengah parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang telah  menangguhkan pemilihan pucuk pimpinan parti masing-masing kecuali PKR  (akhir tahun 2010) dan PAS (pada 3-5 Jun, 2011) untuk membuat persiapan  menghadapi pilihanraya tersebut.<\/p>\n<p>Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengiyakan atau  menafikan akan mengadakan PRU ke-13 pada 11.11.11 tapi masih berlegar  kepada permainan angka seolah-olah dia cuba bermain teka-teki  berdasarkan angka-angka tertentu mengenai tarikh Pilihan Raya Umum (PRU)  ke-13 nanti.<\/p>\n<p>Najib dalam temubual dengan sebuah rangkaian radio tempatan yang  disiarkan secara langsung baru-baru ini menceritakan signifikan angka 11  dalam hidupnya. Katanya, nombor itu timbul dalam beberapa peristiwa  penting dalam hidupnya.<\/p>\n<p>Diantaranya Najib menjadi Menteri Besar Pahang yang ke-11 (1982-1986)  dan merupakan Orang Kaya Indera Shah Bandar yang ke-11. Sementara,  ayahandanya, Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922, ibunya Tun Rahah  Noah lahir pada 11 Jun 1933, hari lahir anak pertama beliau juga pada 11  haribulan, dan Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946.<\/p>\n<p><strong>Analisa Pemilihan PAS<\/strong><\/p>\n<p>Pasca Pemilihan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  memberitahu media ketika diminta mengulas tentang keputusan pemilihan  PAS 2011 bahawa beliau telah mendapat kabinet pilihanraya.\u00a0 Kita akan  lihat sama ada kabinet PAS kali ini yang penuh dengan professional  menggantikan ulamak akan memaukau rakyat atau tidak untuk memilih PAS  menggantikan UMNO dalam PRU-13 nanti untuk menuju ke Putrajaya?<\/p>\n<p>Seperti dilaporkan dalam HarakahDaily, \u201cTengok kepada AJK PAS Pusat,  lapan di kalangan ulamak,\u00a0 dua doktor, dan selebihnya jurutera dan  pemimpin masyarakat,\u201d katanya yang ditemani timbalan presiden yang baru,  Mohammad Sabu dan tiga Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam  Musa dan Salahuddin Ayub.<\/p>\n<p>Dalam pemilihan kali ini, satu kejutan telah dilakukan oleh  perwakilan PAS bilamana mereka menobatkan Hj. Mohamad Sabu sebagai  Timbalan Presiden PAS yang secara tidak langsung memecah rekod  kepimpinan PAS apabila beliau menjadi timbalan presiden pertama dari  kalangan bukan ulama selepas konsep kepimpinan ulama diperkenalkan PAS  pada tahun 1983.<\/p>\n<p>Mohamad menang pada pemilihan kali ini apabila mendapat 420 undi  berbanding Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399) dan Nasharudin Mat Isa  (224). Pada pemilihan 2009, Nasharudin mendapat 480 undi diikuti Husam  dengan 281 undi dan Mohamad 261 undi.<br \/> Jika dilihat pada kedua-dua keputusan pertandingan Timbalan Presiden  ini, ternyata Husam seorang strategis politik yang hebat, bila kawasan  Kubang Kerian yang dipimpinnya mencalonkan Mohamad Sabu, saingannya  untuk kerusi Timbalan Presiden pada 2009 sebagai calon Timbalan Presiden  pada kali ini dan beliau hanya bertanding Naib Presiden di saat-saat  akhir.<\/p>\n<p>Ternyata percaturan Husam dan Mat Sabu berjaya kali ini berbanding  dengan pemilihan 2009. Pada saya tidak susah untuk perwakilan untuk  mengembalikan beliau semula kepada salah satu daripada 3 kerusi Naib  Presiden dan meletakkan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden, bila  perwakilan kerana mereka \u201ckeliru\u201d sama ada untuk memilih Nasharuddin Mat  Isa atau Tuan Ibrahim untuk meneruskan tradisi yang dipegang sebelum  ini.<\/p>\n<p>Subky Latif, seorang pengamat politik terkenal tanahair ketika  mengulas perkara ini menyebut,\u00a0 Mohamad Sabu umpama akar selepas rotan  (ulama yang sesuai) tidak ada tetapi \u2018akar ini akar tunjang yang  menjalar merata\u2019. Katanya, \u201cUlama tak menang kerana tidak ada yang  sesuai umpama rotan tidak ada, jadi akar yang menjadi pilihan\u2026tetapi  Mohamad Sabu ini umpama akar tunjang yang cabangnya merayap merata,\u201d<\/p>\n<p>Bagi kerusi Naib Presiden pula, Salahudin Ayub mendapat 753 undi,  Husam Musa (660), Mahfuz Omar (616), Idris Ahmad (491), Nik Mohd Amar  (321) dan Nizar Jamaluddin (217). Kehadiran Ustaz Idris Ahmad, Ketua  Penerangan PAS\u00a0 dan Mohd Amar Nik\u00a0 Abdullah (Exco Kerajaan Kelantan)  serta Mohd Nizar Jamaluddin (bekas Menteri Besar Perak)\u00a0 tidak cukup  untuk menyakin perwakilan bagi meletakkannya sebagai Naib Presiden PAS.<\/p>\n<p>Mohd Amar juga tidak bernasib baik kerana masih ada Husam Musa juga  calon dari Kelantan. Beliau dilihat masih dibelakang Husam bagi politik  PAS peringkat nasional. Jika tiada Husam,yang turut bertanding kerusi  Naib Presiden, peluang beliau mungkin lebih baik.<\/p>\n<p>Walaupun Idris Ahmad seorang ulamak muda yang dinamik serta dilihat  seorang yang \u2018perfom\u2019 sebagai Ketua Penerangan PAS, beliau gagal untuk  mengikut jejak bekas Ketua Penerangan PAS apatah lagi bagi menyaingi  kewibawaan Datuk Mahfuz Omar, yang mempertahankan kedudukan Naib  Presiden bagi penggal kedua.<\/p>\n<p>Sementara Sallehuddin Ayub pula dilihat sebagai\u00a0 \u2018Mr nice guy\u2019 yang  berjaya memukau perwakilan PAS setelah Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat  tidak dapat mempertahankan prinsip awalnya untuk tidak bertanding kerusi  Timbalan Presiden dan hanya mempertahankan kerusi Naib Presiden yang  telah disandangnya.<\/p>\n<p>Pemerhati politik melihat, Ir Nizar telah melepaskan peluang  keemasannya untuk mencuba kerusi menjadi Naib Presiden PAS ketika  popularitinya memuncak pada pemilihan 2009. Pada tahun itu, jika beliau  menyertainya, peluangnya adalah lebih baik dari pada 2011 ini ketika  ahli PAS telah melupai kehebatan bekas Menteri Besar Perak tersebut.<\/p>\n<p>Sementara bagi 18 kerusi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2011-2013  tiada muka baru kecuali Abdul Wahid Endut, Ahli Parlimen Kuala  Terengganu dan Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam serta Ustazah  Nuridah Salleh, bekas Ketua Muslimat PAS. Keputusan penuh adalah seperti  berikut :1) Mazlan Aliman (804), 2) Dr Mohd Hatta Md Ramli (765), 3)  Datuk Kamarudin Jaafar (739), 4) Hanipa Maidin (735), 5) Datuk Seri  Azizan Abdul Razak (721), 6) Dr Zulkefly Ahmad (702), 7) Dr Mujahid  Yusof Rawa (651), <img decoding=\"async\" class=\"wp-smiley\" src=\"https:\/\/s0.wp.com\/wp-includes\/images\/smilies\/icon_cool.gif?m=1300800257g\" border=\"0\" alt=\"8)\" \/> Khalid Samad (643), 9) Abdul Ghani Shamsuddin (579), 10) Amiruddin  Hamzah (576), 11) Abdul Wahid Endut (556), 12) Abu Bakar Chik (527), 13)  Datuk Mohd Amar Abdullah (470), 14) Dr Siti Mariah Mahmud (445), 15)  Datuk Mahfodz Mohamed (449), 16) Datuk Hassan Ali (437), 17) Abdul Ghani  Abd Rahman (430), 18) Nuridah Salleh (416)<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kali ini agak lama saya tidak menulis dalam akhbar Siasah ini. Jika saya menulis, tentu saya tidak akan lari dari menyentuh tentang pemilihan PAS. Seingat saya, hanya satu artikel sahaja saya menulis tentang Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 dan Pemilihan PAS secara sepintas lalu sahaja. Sekarang ini semua pihak termasuk semua parti-parti politik mula sibuk membuat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6173"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6173"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6173\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6173"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6173"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6173"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}