{"id":6167,"date":"2011-06-06T18:02:11","date_gmt":"2011-06-06T10:02:11","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/06\/yaman-mungkin-menjadi-negara-gagal\/"},"modified":"2011-06-06T18:02:11","modified_gmt":"2011-06-06T10:02:11","slug":"yaman-mungkin-menjadi-negara-gagal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/yaman-mungkin-menjadi-negara-gagal\/","title":{"rendered":"Yaman mungkin menjadi negara gagal!"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/cyberita.asia1.com.sg\/mnt\/media\/image\/launched\/2011-06-05\/BH_IMAGES_DSYEMEN.jpg\" border=\"0\" width=\"311\" height=\"207\" style=\"float: left;\" \/>Rakyat Yaman semalam meraikan apa yang mereka harapkan sebagai pemergian berkekalan Presiden Ali Abdullah Saleh.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Namun, kegembiraan itu dicemari oleh  kejadian tembak-menembak dan letupan yang kedengaran di Sanaa dan  pertempuran sengit di bandar Taiz, kira-kira 200 kilometer ke selatan  ibu kota Yaman itu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Orang ramai bimbang terhadap apa  yang akan berlaku selepas pemergian Saleh. Mereka amat bimbang terhadap  kemungkinan berlakunya satu rampasan kuasa atau persaingan kuasa dalam  pasukan tentera,&#8217; kata Encik Farouq Abdel Salam, seorang penduduk di  Aden, sebuah bandar pelabuhan di selatan Yaman.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pemangku Presiden Yaman, Encik  Abduraboo Mansur Hadi, telah bertemu dengan para komander tenteranya,  termasuk anak dan anak saudara Encik Saleh yang berkuasa, yang masih  berada di Yaman.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Encik Hadi juga bertemu dengan seorang duta besar Amerika Syarikat.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kebimbangan semakin meningkat bahawa  Yaman &#8211; yang kini sudah pun berada di ambang kemusnahan kewangan dan  menjadi tempat persembunyian cabang kumpulan militan Al-Qaeda &#8211; mungkin  menjadi negara gagal yang mengancam rantau pengeksport minyak utama  dunia dan keselamatan sejagat.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Encik Saleh telah menjengkelkan  sekutunya di Amerika Syarikat dan Arab Saudi &#8211; yang pernah melihat  beliau sebagai rakan utama dalam usaha memerangi kumpulan &#8216;Al-Qaeda di  Semenanjung Arab&#8217; yang berpangkalan di Yaman &#8211; dengan berulang kali  mengingkari satu perjanjian baginya meletak jawatan dan mendapat  imuniti, yang diusahakan oleh negara-negara Teluk, khususnya Arab Saudi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Pembantu antipengganasan Presiden  Barack Obama kelmarin bertemu dengan Encik Hadi, kata Rumah Putih tanpa  memberikan butirannya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Washington telah menggesa Encik Saleh supaya meletakkan jawatannya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sementara itu, para pembantah muda  di Yaman semalam meraikan apa yang mereka sifatkan sebagai kejatuhan  rejim negara itu yang dipimpin oleh Encik Saleh, selepas beliau  meninggalkan negara itu bagi mendapatkan rawatan perubatan di Arab  Saudi.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Hari ini (semalam), Yaman baru  dilahirkan,&#8217; kata puluhan belia di Dataran Universiti Sanaa, yang  digelar sebagai &#8216;Dataran Perubahan&#8217; kerana menjadi tempat asal  tercetusnya pemberontakan terhadap pemerintahan Encik Saleh sejak  Januari lalu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Inilah dia, rejim ini sudah jatuh,&#8217; laung yang lain.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Bagaimanapun, seorang lelaki  bersenjata dan empat askar daripada pasukan elit Pengawal Republikan  Yaman, yang dipimpin oleh anak lelaki Encik Saleh, terbunuh dalam satu  pertempuran di Taiz, semalam, kata para saksi. &#8212; Reuters, AFP.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rakyat Yaman semalam meraikan apa yang mereka harapkan sebagai pemergian berkekalan Presiden Ali Abdullah Saleh. Namun, kegembiraan itu dicemari oleh kejadian tembak-menembak dan letupan yang kedengaran di Sanaa dan pertempuran sengit di bandar Taiz, kira-kira 200 kilometer ke selatan ibu kota Yaman itu. &#8216;Orang ramai bimbang terhadap apa yang akan berlaku selepas pemergian Saleh. Mereka [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6167"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6167"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6167\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6167"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6167"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6167"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}