{"id":6146,"date":"2011-06-05T09:39:10","date_gmt":"2011-06-05T01:39:10","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/06\/syaitan-pun-tak-respect-mereka\/"},"modified":"2011-06-05T09:39:10","modified_gmt":"2011-06-05T01:39:10","slug":"syaitan-pun-tak-respect-mereka","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/syaitan-pun-tak-respect-mereka\/","title":{"rendered":"Syaitan pun &#8216;tak respect&#8217; mereka&#8230;&#8230;&#8230;&#8230;&#8230;&#8230;"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/05\/logomuktamar57.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/05\/logomuktamar57.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Fitnah menggunakan video seks memperlihatkan bagaimana teruknya Barisan Nasional berpolitik, namun PAS seharusnya menjadikan ia satu peluang untuk menonjolkan kehebatan Islam.<\/p>\n<p>AJK Pusat PAS Hanipa Maidin, ketika menyokong usul &#8220;Mengutuk Fitnah Menggunakan Video&#8221; yang dibawa Dewan Ulamak, menerangkan bagaimana UMNO-BN cuba &#8220;solehkan, hiaskan video dengan sumpah&#8221;, kerana sedar bahawa ia tidak akan berkesan jika sekadar menggunakan video seks.<\/p>\n<p>Maka, sumpah itu dijalankan, pertama, atas nama Allah; kedua, dengan al-Quran; dan ketiga, dalam masjid, dan mungkin orang akan tertanya-tanya, &#8220;Takkanlah tak betul?&#8221;<\/p>\n<p>&#8220;Kita berlawan dengan satu golongan yang mereka ini &#8230; Saya rasa syaitan pun respect mereka.&#8221;\u00a0 Kata-kata Hanipa Maidin ini menggelakkan perwakilan dalam dewan.<\/p>\n<p>Sebelum ini, beliau menyentuh paparan Utusan Malaysia pada hari ini, dengan tajuk &#8220;Ulama Tersingkir&#8221; di muka surat depan.\u00a0 Hanipa mempersoalkan sejak bila Utusan dan UMNO suka ulama, &#8220;Kita dalam PAS, kita profesional ganding, kawan dengan ulama; dalam UMNO, ulama kawan dengan penyangak!&#8221;<\/p>\n<p>Hanipa Maidin juga memetik ayat untuk menjelaskan rasional mengapa Islam mensyaratkan empat orang saksi dalam tuduhan berzina.\u00a0 &#8220;Kenapa Allah memperbanyakkan jumlah kesaksian dalam kes zina, tidak seperti gejala lain?\u00a0 Kerana Allah amat suka untuk kita melindungi, menyembunyikan apa saja rahsia hamba-nya, atau mahkluk.&#8221;<\/p>\n<p>Sebelum ini, terdapat perwakilan yang turut menyokong usul ini kerana mendapati dirinya sukar untuk menjelaskan apa itu &#8220;liwat&#8221; kepada anaknya, yang membaca liputannya melalui Utusan Malaysia.<\/p>\n<p>Usul Mengutuk Fitnah Menggunakan Video yang dibawa Dewan Ulamak berbunyi:<\/p>\n<p><em><strong>Menyedari bahawa fitnah adalah salah satu daripada dosa besar yang dikutuk oleh Allah SWT kerana ia melibatkan maruah dan jati diri seorang.<\/p>\n<p>Menyedari bahawa tindakan ini adalah tindakan yang tidak bermoral setelah tidak mampu berhadapan dengan hujah fakta dan data.<\/p>\n<p>Menginsafi bahawa tindakan menggunakan video dan media baru sebagai saluran untuk menyebarkan fitnah untuk kepentingan politik adalah lambang keruntuhan tamaddun sebuah negara dan bangsa.<\/p>\n<p>Maka Muktamar Parti Islam Semalaysia Pas Kali 57 yang bersidang di Dewan Dato&#8217; Fadhil Mohd Noor Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohammad (KUIZIM) pada1 hingga 3 Rejab 1432H bersamaan 3 hingga 5 Jun 2011<\/p>\n<p>Mengutuk tindakan kerajaan BN yang membenarkan video lucah di dalam televisyen dan media cetak seolah-olah penayangan ini dilesenkan oleh kerajaan.<\/p>\n<p>Mengutuk sikap membisu di kalangan ulamak rasmi kerajaan yang tidak tegas mengutuk tindakan yang tidak berakhlak, seolah-olah penayangan video ini mendapat restu daripada mereka<\/strong><\/em>.-Merdeka Review<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Fitnah menggunakan video seks memperlihatkan bagaimana teruknya Barisan Nasional berpolitik, namun PAS seharusnya menjadikan ia satu peluang untuk menonjolkan kehebatan Islam. AJK Pusat PAS Hanipa Maidin, ketika menyokong usul &#8220;Mengutuk Fitnah Menggunakan Video&#8221; yang dibawa Dewan Ulamak, menerangkan bagaimana UMNO-BN cuba &#8220;solehkan, hiaskan video dengan sumpah&#8221;, kerana sedar bahawa ia tidak akan berkesan jika sekadar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6146"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6146"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6146\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6146"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6146"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6146"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}