{"id":6130,"date":"2011-06-04T05:28:14","date_gmt":"2011-06-03T21:28:14","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/06\/polis-peguam-negara-perlu-jelaskan-2\/"},"modified":"2011-06-04T05:28:14","modified_gmt":"2011-06-03T21:28:14","slug":"polis-peguam-negara-perlu-jelaskan-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/polis-peguam-negara-perlu-jelaskan-2\/","title":{"rendered":"Polis \/ Peguam Negara Perlu Jelaskan"},"content":{"rendered":"<p><strong><\/p>\n<div><span style=\"font-weight: normal;\"><em><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/mynewshub.my\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/Ahmad-Sarbani-Kastam.jpg\" border=\"0\" width=\"300\" height=\"200\" style=\"float: left;\" \/>&#8211; Kegagalan Memberi Jawapan Dalam Kes Allahyarham Sarbani<\/em><br \/>Kami  merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah  Kuala Lumpur, Ku Chin Wah pada 2 Jun di mana polis akan memohon sebuah  inkues dibentuk bagi kes kematian pegawai kanan Kastam Allahyarham Ahmad  Sarbani Mohamed. Turut dilaporkan Peguam Negara telah bersetuju agar  sebuah inkues dibentuk.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: normal;\">Kami melihat keputusan mengejut  oleh PDRM dan Peguam Negara ini sebagai sesuatu yang meragukan, tidak  sesuai dan tidak tepat dalam konteks undang-undang.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: normal;\">Sebuah inkues tidak boleh  ditubuhkan sewenangnya apabila pendakwaan kes jenayah lebih sesuai  dijalankan. Sarbani adalah seorang individu berkeluarga yang sempurna  akal dan sihat tubuh badan yang secara sukarela datang ke Pejabat SPRM  untuk membantu siasatan; tiada bukti konkrit beliau membunuh diri, dan  telah terbukti bahawa beliau tidak mengumpul kekayaan di luar keupayaan  dan kemampuan beliau. Motif bunuh diri adalah sangat tidak munasabah dan  tidak wujud sekelumit pun.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: normal;\">Beberapa fakta yang wujud secara  jelas dan tegas membuktikan kewujudan salahlaku yang membawa kepada  kematian Sarbaini, khususnya apa yang diperincikan oleh balu Allahyarham  di dalam laporan polis yang dibuat pada 2 Mei 2011, di mana pegawai  penyiasat SPRM telah mengakui bahawa &#8216;orang mereka&#8217; bertanggungjawab  atas kematian tersebut.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: normal;\">Sekiranya terdapat keraguan yang  serius mengenai punca kematian, pihak PDRM dan Peguam Negara seharusnya  mengarahkan pembentukan inkues pada kadar segera sejurus selepas  kematian berlaku.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: normal;\">Adalah sangat mengejutkan dan  menimbulkan persoalan yang sangat besar mengapa inkues hendak ditubuhkan  hanya selepas dua bulan berlalu.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: normal;\">Lebih  memelikkan, sejak kematian berlaku, pihak polis telah memberikan  gambaran seolah-olah proses siasatan berjalan lancar dan keluarga  Allahyarham serta sekalian rakyat akan mendapat penjelasan lanjut  berhubung punca kematian Allahyarham.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: normal;\">Apakah gambaran ini diberikan hanya semata-mata untuk meredakan kemarahan rakyat yang bangkit berikutan kematian tragis ini?<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: normal;\">Pada  pertengahan April, pihak polis telahpun menyatakan proses siasatan  telah masuk ke fasa akhir. Kini, terbukti segala bentuk siasatan yang  dibuat adalah &#8216;pemanis mulut&#8217; semata-mata dan sebuah inkues terpaksa  diwujudkan.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: normal;\">Mengapa rakyat diselewengkan daripada fakta sebenar dalam hal ini?<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: normal;\">Lebih  menjengkelkan, pengumuman mengejut mengenai penubuhan inkues ini  berlaku sehari selepas KEADILAN menyerahkan memorandum kepada Ketua  Polis Negara yang mempersoalkan kelompongan PDRM dalam mengendalikan kes  ini.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: normal;\">Ini mengundang kepada kesimpulan  mudah bahawa tujuan inkues itu ditubuhkan ialah untuk melengah-lengahkan  kes ini dan membuatkan rakyat terus senyap.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: normal;\">Kami mendesak agar sebarang bentuk  hasil dan kesimpulan siasatan polis di dalam kes kematian Allahyarham  Sarbani didedahkan kepada umum.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: normal;\">Rakyat  dan keluarga Allahyarham mempunyai hak untuk tahu kenapa masih tiada  sebarang jawapan mengenai punca kematian Allahyarham. Pihak PDRM dan  Peguam Negara perlu menjelaskan sebab musabab mereka menyarankan  penubuhan inkues dan mengapa siasatan mereka gagal memperuntukkan  sebarang jawapan kepada kes ini.<\/span><\/p>\n<p><span style=\"font-weight: normal;\">Kami juga melihat wujud keperluan  mendesak agar satu siasatan dan pendakwaan dibuat kepada semua yang  terlibat atau bertanggungjawab ke atas kematian Allahyarham.<\/span><\/p>\n<p><\/div>\n<div>N SURENDRAN<br \/>NURUL IZZAH ANWAR<\/div>\n<p><\/strong><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8211; Kegagalan Memberi Jawapan Dalam Kes Allahyarham SarbaniKami merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Ku Chin Wah pada 2 Jun di mana polis akan memohon sebuah inkues dibentuk bagi kes kematian pegawai kanan Kastam Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed. Turut dilaporkan Peguam Negara telah bersetuju agar sebuah inkues dibentuk. Kami melihat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6130"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6130"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6130\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6130"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6130"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6130"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}