{"id":6125,"date":"2011-06-03T08:53:07","date_gmt":"2011-06-03T00:53:07","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/06\/muktamar-pas-ke-57\/"},"modified":"2011-06-03T08:53:07","modified_gmt":"2011-06-03T00:53:07","slug":"muktamar-pas-ke-57","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/muktamar-pas-ke-57\/","title":{"rendered":"Sekitar Muktamar PAS Pusat kali ke-57"},"content":{"rendered":"<p><em><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/06\/IMG_4038.jpg\" border=\"0\" width=\"314\" height=\"205\" style=\"float: left;\" \/><a href=\"http:\/\/buletinonline.blogspot.com\/\">&#8211; Gambar-gambar suasana Muktamar lihat di Buletinonline blog<\/a><\/em><br \/>KUALA LUMPUR- Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa  PAS akan tetap meneruskan kerjasama dengan parti-parti Pakatan Rakyat  dalam titik persamaan iaitu merealisasikan Negara Berkebajikan. <\/p>\n<p>&#8220;Antara  kesepakatan yang dicapai dalam membentuk Negara Berkebajikan adalah  pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, tanpa meminggirkan hak kaum  bumiputera.Layanan yang adil tetap akan diberikan kepada kaum lain yang  juga miskin,&#8221; ujarnya dalam sidang media sejurus menyampaikan Ucapan  Dasar pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-57 di Dewan Kolej Universiti  Islam Zulkifli Muhammad,Taman Melewar, Gombak hari ini. <\/p>\n<p>Pakatan  Rakyat ujarnya, bersepakat bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa  kebangsaan dan menerima sepenuhnya sistem Raja Berpelembagaan seperti  sediakala tanpa sebarang isu jika ada pihak mahu merubahnya.<\/p>\n<p>\u201cApa  yang penting adalah pelaksanaan Negara Berkebajikan oleh PAS. Jika  letak jenama saja tanpa pelaksanaan, maka tiada faedah. Kita mulakan  dengan pelaksanaan negara berkebajikan berdasarkan apa termaktub di  dalam Al-Quran yang tidak menyebut negara Islam, tetapi disebut Negara  Berkebajikan yang menunjukkan ianya diiktiraf dalam Islam,&#8221; <\/p>\n<p>Oleh itu katanya, PAS lebih mementingkan perlaksanaan terlebih dahulu berbanding Negara Berkebajikan. <\/p>\n<p>Menjawab  persoalan mengenai kerjsama dengan Umno, beliau sekali lagi menegaskan  bahawa PAS tetap tidak akan bekerjasama dengan Umno dalam soal politik  walaupun beberapa kali ditawarkan.<\/p>\n<p>Menurutnya, PAS hanya  bekerjasama dengan Umno dalam menghantar misi bantuan Palestin melalui  kapal Marvi Marmara, menangani isu nuklear serta isu ekonomi dalam  negara.<\/p>\n<p>&#8220;Perpecahan tidak menjadi isu dalam PAS kerana kumpulan  ulama dan bukan ulama telah ada sejak PAS ditubuhkan sejak dahulu lagi.  Kewujudan kumpulan-kumpulan ini bukan bermaksud perpecahan telah berlaku  tetapi sebenarnya kepelbagaian latarbelakang pengkhususan pimpinan PAS  secara kolektif,&#8221; tegasnya dalam menjawab soalan isu perpecahan dalam  PAS. <\/p>\n<p>Ketika mengulas isu kenaikan harga barang, Ustaz Hadi  menyifatkan tarif elektrik yang meningkat baru-baru ini telah  menyebabkan penderitaan rakyat kerana elektrik, air bersih, pendidikan,  dan kesihatan yang baik merupakan keperluan asas yang amat diperlukan  rakyat.<\/p>\n<p>&#8220;Kerajaan sepatutnya menanggung perbelanjaan bagi  membekalkan keperluan asas ini kepada rakyat dan bukannya membebankan  rakyat,&#8221; katanya lagi.<\/p>\n<p>Menyentuh isu persiapan Pilihan Raya Umum  ke-13 pula, PAS ujarnya sedang berusaha sedaya upaya mahu memenangi undi  orang melayu mahupun bukan melayu.<\/p>\n<p>Terdahulu, dalam beberapa  pilihanraya kecil yang melibatkan kawasan yang terdiri daripada pengundi  bermaklumat samada melayu atau bukan melayu menunjukkan undian mereka  memihak kepada PAS dan Pakatan Rakyat berbanding kawasan luar bandar  yang mana sumber maklumatnya terhad.<\/p>\n<p>Sementara itu, Setiausaha  Agung PAS, Dato&#8217; Mustafa Ali mengakui pengundi melayu yang tinggal di  luar bandar masih belum mendapat maklumat sebenar mengenai PAS dan  Pakatan Rakyat, sehingga menyebabkan mereka masih mengundi BN. <\/p>\n<p>Justeru ujarnya, PAS akan bekerja dengan lebih giat bagi mengatasi masalah tersebut. <\/p>\n<p>&#8220;Maklumat  sebenar tentang PAS dan Pakatan Rakyat serta perjuangannya mesti sampai  kepada rakyat di semua peringkat sama ada\u00a0 di bandar mahupun luar  bandar. Jentera\u00a0 keseluruhannya kini akan lebih menumpukan kepada kaedah  agar maklumat dapat disampaikan secara menyeluruh kepada rakyat dan  menjadikan penduduk luar bandar sebagai sasaran terutamanya pengundi  Melayu,&#8221; ujarnya lagi. &#8211; Laman Rasmi Muktamar<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>&#8211; Gambar-gambar suasana Muktamar lihat di Buletinonline blogKUALA LUMPUR- Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS akan tetap meneruskan kerjasama dengan parti-parti Pakatan Rakyat dalam titik persamaan iaitu merealisasikan Negara Berkebajikan. &#8220;Antara kesepakatan yang dicapai dalam membentuk Negara Berkebajikan adalah pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, tanpa meminggirkan hak kaum bumiputera.Layanan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6125"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6125"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6125\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6125"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6125"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6125"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}