{"id":6081,"date":"2011-05-29T19:11:39","date_gmt":"2011-05-29T11:11:39","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/05\/mat-said-bakal-jadi-dj-manis-fm-2\/"},"modified":"2011-05-29T19:11:39","modified_gmt":"2011-05-29T11:11:39","slug":"mat-said-bakal-jadi-dj-manis-fm-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/mat-said-bakal-jadi-dj-manis-fm-2\/","title":{"rendered":"Mat Said bakal jadi DJ Manis FM selepas PRU-13"},"content":{"rendered":"<div class=\"post-body entry-content\"><a href=\"http:\/\/4.bp.blogspot.com\/-3sB4gXWZGcE\/TeKaYq1ZgMI\/AAAAAAAAChc\/gV9fSTNDi8c\/s1600\/mat%2Bsaid%2Bdi%2Bradio1.jpg\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/4.bp.blogspot.com\/-3sB4gXWZGcE\/TeKaYq1ZgMI\/AAAAAAAAChc\/gV9fSTNDi8c\/s400\/mat%2Bsaid%2Bdi%2Bradio1.jpg\" border=\"0\" style=\"float: left; margin: 0pt 10px 10px 0pt; cursor: pointer; width: 270px; height: 235px;\" \/><\/a>Pada  Persidangan Mesyuarat Yang Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan  Negeri (Dun) Terengganu Ke-12, yang berlangsung selamat empat hari  bermula dengan perasmiannya pada 9 Mei hingga 12 Mei 2011 pelbagai aksi  ahli dewan serta cerita \u2018pelik\u2019 diperolehi.<\/p>\n<p>Berkebetulan pula,  kawan Awang adalah seorang WARTAWAN yang mempunyai hubungan baik+rapat  dengan rakan-rakannya wartawan yang lain.<\/p>\n<p>Dan berkebetulan  pulanya, salah seorang dari rakan-rakan kawan Awang pula yang juga  seorang WARTAWAN dari agensi surat khabar \u201carus perdana\u201d itu adalah  terlibat secara langsung dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan  Kampung (JKKK).<\/p>\n<p>Mungkin dia adalah Pengerusi JKKK atau Setiausaha  JKKK atau Bendahari JKKK atau Ketua Penerangan JKKK atau mungkin orang  \u2018kuat\u2019 Umno diperingkat cawangan dan bahagian Kuala Terengganu.<\/p>\n<p>Awang  diberitahu, rakan kepada kawan itu telah membisik-bisikkan tentang  suatu perangai \u2018pelik\u2019 Menteri Besar Terengganu, Dato\u2019 Seri Ahmad Said  yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu.<\/p>\n<p>Kata  mereka (kawan) MB \u2018Mat Said\u2019 buat kerja \u201cGILA\u201d. Kata mereka (kawan)  mungkin masa depan untuk \u2018Mat Said\u2019 kekalkan kuasa sebagai MB Terengganu  sudah berada dipenghujungnya.<\/p>\n<p>Rakan kepada kawan Awang itu,  memaklumkan bahawa dalam satu Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Terengganu  bulan lalu \u2018Mat Said\u2019 dikatakan telah membuat satu keputusan besar tanpa  perbincangan dengan Ahli Exco-nya.<\/p>\n<p>Terdapat di kalangan Ahli  Exco Kerajaan Terengganu sendiri yang \u201cANTI Mat Said\u201d, yang \u201cMELUAT\u201d  dengan perangai Mat Said terkejut \u201cBERUK\u201d apabila diberitahu yang  kerajaan negeri telah \u201cmembeli\u201d stesen radio Manis FM.<\/p>\n<p>Maklumat  itu, dijelaskan sendiri oleh Exco Kerajaan Mat Said yang \u2018terkilan\u2019  apabila keputusan untuk membeli stesen radio berkenaan langsung tidak  pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu yang  diadakan setiap hari RABU.<\/p>\n<p>Mat Said sendiri memberitahu  rakan-rakan Ahli Exconya ketika selesai mesyuarat bahawa, \u201cKita telah  beli stesen radio Manis FM dengan harga RM7 juta dan kita telah bayar  deposit RM4 juta\u201d, ujarnya.<\/p>\n<p>Apakah dengan keputusan peribadi Mat  Said selaku MB boleh berbelanja RM7 juta untuk penyiaran Manis FM itu  tepat dan tidak perlu dibawa berbincang dalam Mesyuarat Exco.<\/p>\n<p>Dalam  keadaan rakyat susah dan masih banyak yang miskin, tiba-tiba boleh  seorang yang bergelar Ketua Eksekutif Menteri Besar Terengganu sanggup  \u201cBERBELANJA LEBIH\u201d.<\/p>\n<p>Namun begitu, ada pandangan nakal rakyat  membuat andaian bahawa berkemungkinan besar Mat Said sedang mencari  tapak dan peluang yang baik selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.<\/p>\n<p>Kata mereka, Mat Said juga bakal menjadi \u201cDJ\u201d untuk sebuah stesen radio Manis FM yang lahir di Kelantan, Darul Naim..???<\/p>\n<p>Jika  Mat Said menjadi \u201cDJ Manis FM\u201d sudah pasti kerja-kerja penerangan dan  kerja \u2018memfitnah\u2019 menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan.<\/p>\n<p>Jadi di  manakah kepentingan rakyat diutamakan? Jika sekadar slogan sahaja itu  tidak memadai dan rakyat terus-menerus menjadi \u2018mangsanya\u2019 Umno dan  kerajaan Barisan Nasional (BN).<\/p>\n<p>Di SINI\u2026 Awang cuba jelaskan insan manakah yang menjadi peneraju serta pengasas kepada sebuah Stesen Radio Manis FM tersebut?<\/p>\n<p>TAN  SRI DATO\u2019 HJ. HUSEIN AHMAD yang juga \u2018Orang Kuat Umno\u2019 ialah insan di  belakang Manis FM. Beliau ialah Pengerusi Eksekutif HUSA Network Sdn  Bhd, organisasi yang mengendalikan stesen radio ini.<\/p>\n<p>Memulakan kerjayanya sebagai seorang guru, kemudian seorang wakil rakyat, ahli peniagaan, dan sekarang penggiat penyiaran.<\/p>\n<p>Suatu  ketika, radio pernah dibayangkan akan melalui zaman malap, namun  setelah masa beredar ternyata ia masih mendapat tempat sebagai medium  hiburan dan maklumat.<\/p>\n<p>Sebagai veteran Umno, Hussein mengaku  mewujudkan Manis FM atas rasa kasih dan semangat setia kawan dengan  bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.<\/p>\n<p>&#8221;Hubungan yang  rapat dalam parti mendorong saya menghulurkan bantuan kepada Dr.  Mahathir melalui kemampuan yang ada untuk menjadi sebahagian telinga  kepada pimpinan negara, lantas saya jadikan Manis FM medium antara  pendengar dengan perkhidmatan agensi kerajaan.<\/p>\n<p>&#8221;Komunikasi dua  hala menerusi segmen yang diperkenalkan iaitu berkaitan dengan aduan  rakyat menghidupkan Manis FM pada awal kemunculan kerana si pemanggil  mendapat maklum balas dengan pantas daripada agensi kerajaan di studio  rakaman kerana disiarkan secara langsung,&#8221; ujarnya.<\/p>\n<p>Dan berbalik  kepada isu Mat Said beli Manis FM tadi. Maka, banyaklah suara-suara  sumbang yang keluar dari mulut pimpinan Umno Terengganu termasuk di  kalangan Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri dan Wakil-wakil Rakyat BN.<\/p>\n<p>Bahkan,  cerita terbaru yang kedengaran dari cakap-cakap \u2018orang atasan\u2019 bahawa  Jamaah Istana sudah \u2018reject\u2019nama Ahmad Said sebagai Menteri Besar  Terengganu dari 12 orang nama-nama yang bakal dicalonkan.<\/p>\n<p>Mereka  adalah Dato\u2019 Mohamed Awang Tera, Dato\u2019 Seri Ahmad Said, Dato\u2019 Ahmad  Sabry Chik, Dato\u2019 Yahya Khatib Mohamad, Dato\u2019 Tengku Putera Tengku  Awang, Dato\u2019 Nasir Ibrahim Fikri, Dato\u2019 Abdul Rahin Said, Dato\u2019 Jailani,  Dato\u2019 Wan Farid Dato\u2019 Wan Salleh, Dato\u2019 Din Adam.<\/p>\n<p>Dikatakan juga  dari 12 pencalonan tersebut kini hanyalah tiga orang yang bakal  dipertimbangkan oleh Jamaah Istana dan siapakah mereka itu? <\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/apaorangkata.blogspot.com\/2011\/05\/mat-said-bakal-jadi-dj-manis-fm.html\">Baca dari sumber&gt;&gt;<\/a><\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pada Persidangan Mesyuarat Yang Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-12, yang berlangsung selamat empat hari bermula dengan perasmiannya pada 9 Mei hingga 12 Mei 2011 pelbagai aksi ahli dewan serta cerita \u2018pelik\u2019 diperolehi. Berkebetulan pula, kawan Awang adalah seorang WARTAWAN yang mempunyai hubungan baik+rapat dengan rakan-rakannya wartawan yang lain. Dan berkebetulan pulanya, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6081"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6081"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6081\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6081"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6081"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6081"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}