{"id":6070,"date":"2011-05-29T09:08:21","date_gmt":"2011-05-29T01:08:21","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/05\/3-sebab-mengapa-barisan-nasional-bn-tidak-meneruskan-cadangan-pemotongan-subsidi-untuk-petrol-diesel-dan-lps\/"},"modified":"2011-05-29T09:08:21","modified_gmt":"2011-05-29T01:08:21","slug":"3-sebab-mengapa-barisan-nasional-bn-tidak-meneruskan-cadangan-pemotongan-subsidi-untuk-petrol-diesel-dan-lps","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/3-sebab-mengapa-barisan-nasional-bn-tidak-meneruskan-cadangan-pemotongan-subsidi-untuk-petrol-diesel-dan-lps\/","title":{"rendered":"3 sebab mengapa BN tidak kurangkan subsidi petrol, diesel dan LPS"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/1.bp.blogspot.com\/-cWaTG9yqjnA\/TcF0XzYSvkI\/AAAAAAAADdU\/l1wFi-PFDDw\/s400\/minyak%2Bnaik%2B01.jpg\" border=\"0\" width=\"400\" height=\"283\" style=\"float: left;\" \/>PR semestinya telah menyebabkan timbulnya rasa takut kepada  kepimpinan kerajaan BN yang telah mendorong BN untuk membatalkan  cadangan pemotongan subsidi malah turut mengumumkan tiada kenaikan harga  minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) untuk ketika ini.  Namun subsidi diesel untuk kapal penangkap ikan laut dalam dan 9 kelas  kenderaan komersial masih akan dihapuskan bermula 1 Jun, mengurangkan  bebanan subsidi yang ditanggung Kerajaaan Persekutuan sehingga mencecah  RM886.1 juta setiap tahun.<\/p>\n<p>Ada 3 alasan mengapa BN menukar dan memutuskan untuk tidak  meneruskan cadangan kenaikan harga barangan. Pertama, PR berkemampuan  untuk memobilisasi hampir keseluruhan dalam usaha membantah kenaikan  harga barangan dengan mendedahkan ketidak adilan yang wujud dalam  syarikat besar seperti IPP yang dilindungi daripada pemotongan subsidi  sebanyak RM19 bilion setahun sementara 27 juta rakyat Malaysia biasa  yang tidak berkemampuan terpaksa membayar sejumlah wang dengan harga  yang tinggi.<\/p>\n<p>Kedua, BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan  harga yang berat sebelah ini tidak bersependapat dengan para pengundi.  Ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa PR sehingga BN takut untuk  meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka  kehilangan sokongan rakyat.<\/p>\n<p>Walau bagaimanapun, sebelum rakyat berpesta dengan pengekalan harga  beberapa barangan kawalan, kerajaan BN masih belum menyerah kalah untuk  menaikkan harga dengan pengurangan subsidi. Ini adalah berikutan dengan  kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam  yang menyatakan bahawa kajian semula dasar subsidi  adalah perlu kerana  kerajaan berdepan dengan bebanan subsidi dua kali ganda iaitu dari  RM10.32 bilion kepada RM20.58 bilion untuk tahun ini.<\/p>\n<p>Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk  Seri Ismail Sabri Yaakob menolak untuk menyatakan berapa lama kerajaan  akan mengekalkan harga semasa. Dalam erti kata lain, sebaik BN memenangi  pilihan raya umum yang akan datang, tiada siapa yang akan dapat  menghalang BN untuk menghapuskan subsidi dan menaikkan harga barang.<\/p>\n<p>Selain itu, penjana tenaga bebas (IPP) sekali lagi akan terlepas  daripada sebarang pemotongan subsidi gas seperti yang dinyatakan melalui  sokongan padu kepada IPP daripada kedua- dua Presiden MCA Datuk Seri  Chua Soi Lek dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter  Chin Fah Kui. Peter Chin menegaskan bahawa RM19 bilion setahun yang  dinikmati oleh penjana tenaga bebas (IPP) dan TNB itu bukanlah dalam  bentuk subsidi tetapi keuntungan yang dilepaskan oleh Petronas berikutan  penjualan gas sebanyak 25 peratus daripada harga pasaran. Sementara  itu, Chua menyatakan bahawa subsidi gas kepada IPP tidak boleh  dihapuskan kerana terikat dengan perjanjian.<\/p>\n<p>Peter Chin ternyata sedang bermain dengan kata- kata kerana  akhirnya IPP (60 %) dan TNB (40%) akan menikmati faedah daripada RM19  bilion subsidi tahunan. Chua pula harus menjelaskan mengapa kerajaan BN  termasuk dirinya, menyokong dan menjeratkan diri mereka dalam perjanjian  yang ternyata bertentangan dengan kepentingan 27 juta rakyat Malaysia.<\/p>\n<p>Tiada cara lain untuk mencapai 5.4 peratus deficit fiscal tanpa  lanjutan pemotongan subsidi melainkan kerajaan BN mengamalkan dasar  anti\u00a8Crasuah. Menteri- menteri BN sendiri mengaku bahawa kos rasuah  Negara melibatkan sekurang- kurangnya RM28 bilion setahun dan ada yang  menganggarkan sebanyak USD 100 bilion kehilangan secara kumulatif akibat  rasuah sejak tahun 1980-an.<\/p>\n<p>Dasar anti- rasuah tidak mungkin dilaksanakan kerana kerajaan BN  menolak untuk mengamalkan sistem tender terbuka, ketelusan prosedur dan  akauntabiliti awam dalam proses pembelian dan kontrak kerajaan. Atas  alasan tersebut, hanya sokongan anti-rasuah yang dilaksanakan PR akan  dapat menyelamatkan rakyat &#8211; bak kata pepatah &#8220;bunuh dua ekor burung  dengan seketul batu&#8221; (pepatah barat &#8216;kill two birds with one stone&#8217;)  dengan tidak hanya membanteras amalan rasuah tetapi juga akan  menghentikan kenaikan harga barang.<\/p>\n<p>***<span style=\"font-family: Times New Roman;\"><em>Kenyataan media oleh Lim Guan Eng <br \/><\/em><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PR semestinya telah menyebabkan timbulnya rasa takut kepada kepimpinan kerajaan BN yang telah mendorong BN untuk membatalkan cadangan pemotongan subsidi malah turut mengumumkan tiada kenaikan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) untuk ketika ini. Namun subsidi diesel untuk kapal penangkap ikan laut dalam dan 9 kelas kenderaan komersial masih akan dihapuskan bermula [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6070"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6070"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6070\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6070"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6070"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6070"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}