{"id":6003,"date":"2011-05-23T11:47:14","date_gmt":"2011-05-23T03:47:14","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/05\/kaji-konsesi-ipp-bukan-naik-tarif-elektrik\/"},"modified":"2011-05-23T11:47:14","modified_gmt":"2011-05-23T03:47:14","slug":"kaji-konsesi-ipp-bukan-naik-tarif-elektrik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kaji-konsesi-ipp-bukan-naik-tarif-elektrik\/","title":{"rendered":"Kaji konsesi IPP, bukan naik tarif elektrik"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/05\/ceramahkeadibuluh%20002.jpg\" border=\"0\" style=\"float: left;\" \/>Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pentadbiran Najib mengkaji balik konsesi pengeluar  tenaga bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar tidak  membebankan rakyat.<\/p>\n<p>Kenyataan beliau dibuat berdasarkan beberapa kenyataan Menteri berkenaan kemungkinan kerajaan menaikkan tarif elektrik pada bulan  Jun depan.<\/p>\n<p>Anwar sudah sekian lama menegaskan sekitar RM22 bilion subsidi gas  yang diberi kepada IPP tidak memberi makna kepada rakyat, sebaliknya ia  hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni rapat dengan  pemerintah.<\/p>\n<p>\u201cSudah sekian lama negara kita dirompak jumlah wang yang besar, yang  mampu digunakan untuk membendung inflasi serta membangun model industri  lebih baik untuk rakyat.<\/p>\n<p>\u201cBerdasarkan perspektif ini, saya menggesa kerajaan pusat berlaku  adil dengan menyemak semula harga dikenakan IPP ke atas Tenaga Nasional  Berhad, termasuklah menggugurkan elemen harga tetap seumpama harga  kapasiti bersedia dan kapasiti tetap yang mengakibatkan kos elektrik  meningkat,\u201d kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.<\/p>\n<p>Anwar berkata, isu kenaikan tarif elektrik negara ini berkait rapat  dengan perjanjian berat sebelah dipaksa ke atas TNB untuk dimeterai  bersama dengan IPP terutamanya dengan pengeluar tenaga swasta generasi  pertama.<\/p>\n<p>Dalam kenyataannya, Anwar berkata bekas ketua pegawai eksekutif TNB  Tan Sri Dr Ani Arope telah menyatakan kepada umum bahawa beliau tidak  bersetuju dengan harga terlalu mahal dikenakan oleh IPP ke atas TNB di  mana harga yang dicatatkan iaitu 13.7 sen sehingga 15.5 sen per  kilowatt.<\/p>\n<p>\u201cHarga yang dikenakan IPP ke atas TNB adalah harga lebih mahal dari harga yang dihasilkan sendiri oleh TNB.<\/p>\n<p>\u201cIni bermakna TNB dipaksa membeli elektrik pada harga yang tak  sepatutnya. Malahan harga tersebut ditetapkan sebagaimana dalam  perjanjian, sepanjang membekalkan tenaga tersebut, harga yang dikenakan  ke atas TNB berubah menuruti kadar terdahulu sekali gus membolehkan IPP  mengaut keuntungan yang besar lebih awal,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Bekas menteri kewangan itu berkata, perjanjian antara IPP dan TNB  juga telah direka untuk memastikan IPP dilindungi daripada sebarang  risiko kenaikan harga bahan api seumpama gas asli, diesel dan arang batu  manakala jika berlaku kenaikan harga pada bahan api tersebut, maka TNB  yang terpaksa menanggung beban.<\/p>\n<p>\u201cAkibat daripada perjanjian ini telah menyebabkan Petronas terpaksa  mengeluarkan dan membeli gas asli pada harga yang lebih mahal dan  kemudiannya menjualnya pula pada kadar harga subsidi yang tetap.<\/p>\n<p>\u201cHakikatnya kos subsidi gas ini telah melonjak kepada RM22 bilion setahun.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, dari perjanjian yang rumit dan berat sebelah inilah rakyat Malaysia terpaksa membayar tarif elektrik tinggi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kata Anwar lagi, kos harga tenaga elektrik terpaksa dibayar TNB  kepada IPP dan pengambilan untung pada kadar masa yang cepat oleh pihak  berkenaan ternyata membebankan rakyat sama ada secara menaikkan tarif  elektrik atau kerana kerugian kewangan akibat subsidi gas.<\/p>\n<p>\u201cMalangnya, sedangkan negara kita yang sememangnya memberi subsidi  kepada sektor pengeluar tenaga melalui gas asli yang murah, itupun jika  dibandingkan dengan negara jiran seumpama Thailand, tarif elektrik  Malaysia ternyata masih tinggi, sungguhpun negara jiran itu membeli gas  asli pada kadar harga semasa (pada masa ini harga semasa tersebut tiga  kali lebih tinggi dari harga gas asli yang disubsidikan di Malaysia),\u201d  katanya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pentadbiran Najib mengkaji balik konsesi pengeluar tenaga bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar tidak membebankan rakyat. Kenyataan beliau dibuat berdasarkan beberapa kenyataan Menteri berkenaan kemungkinan kerajaan menaikkan tarif elektrik pada bulan Jun depan. Anwar sudah sekian lama menegaskan sekitar RM22 bilion subsidi gas yang diberi kepada IPP tidak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6003"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=6003"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/6003\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=6003"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=6003"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=6003"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}