{"id":59977,"date":"2017-08-12T10:31:07","date_gmt":"2017-08-12T02:31:07","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=59977"},"modified":"2017-08-12T10:34:32","modified_gmt":"2017-08-12T02:34:32","slug":"ratusan-pemuda-pas-bantah-kekejaman-israel","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/ratusan-pemuda-pas-bantah-kekejaman-israel\/","title":{"rendered":"Ratusan Pemuda PAS Bantah Kekejaman Israel"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : KAM dan Kailo<\/p>\n<p>SETIU &#8211; Ratusan anak muda menyertai Himpunan Aman Bantah Kekejaman Israel yang diadakan di dua tempat berasingan iaitu perkarangan Masjid As-Salam, Batu Rakit dan Masjid Lama Jabi, Setiu.<\/p>\n<p>Himpunan Aman itu anjuran Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Rakit yang diadakan selama hampir 40 minit selepas solat Jumaat, hari ini.<\/p>\n<p>Ketua Pemuda PAS Dun Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata himpunan aman itu sebagai tanda solidariti umat Islam dan mewakili warga penduduk di Dun Batu Rakit.<\/p>\n<p>Justeru, katanya sebagai umat Islam yang prihatin mendesak agar diadakan rundingan antara kerajaan dengan kerajaan di seluruh dunia.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/SAM_8794.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-full wp-image-59992\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/SAM_8794.jpg\" alt=\"\" width=\"876\" height=\"657\" \/><\/a>\u201cKami mewakili rakyat di Dun Batu Rakit telah menunjukkan solidariti kita. Kita mahu supaya diadakan satu rundingan antara kerajaan dengan kerajaan yang ada di seluruh dunia.<\/p>\n<p>\u201cIni penting untuk menyatakan pendirian mereka bahawa mereka juga menentang Israel terhadap apa yang rejim itu lakukan kepada penduduk di Palestin.<\/p>\n<p>\u201cSaya ucap tahniah kepada mereka yang hadir bersama bersolidariti pada tengahari ini, di bawah panas mentari mewakili rakyat di Dun Batu Rakit,\u201d ujarnya ketika berucap pada himpunan tersebut.<\/p>\n<p>Menurutnya, barang siapa mengaku Islam tetapi tidak mengambil peduli tentang nasib umat Islam lain bukan dari kalangan umat Nabi Muhammad SAW.<\/p>\n<p>\u201cBarang siapa yang tidak ambil cakna terhadap urusan umat Islam yang lain, dia bukan dari kalangan umat Nabi Muhammad SAW.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/SAM_8768.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-full wp-image-59994\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/SAM_8768.jpg\" alt=\"\" width=\"876\" height=\"657\" \/><\/a>\u201cAlhamdulillah, kita ini di kalangan umat Muhammad SAW kerana mengambil cakna terhadap apa yang berlaku kepada umat Islam yang lain,\u201d tegasnya disambut laungan takbir.<\/p>\n<p>Sementara itu, Wakil Petuuhan Lepasan Siswa-Siswi Institut Berakan (Sisbakti), Ustaz Ahmad Naim Abu Bakar yakin dengan kebenaran Islam pasti akan menang.<\/p>\n<p>Katanya, sesuatu yang batil dan salah pasti akan dikalahkan dengan kebenaran Islam kerana janji Allah SWT.<\/p>\n<p>\u201cNafas kebenaran itu walau pun kelihatan \u2018slow\u2019 (perlahan) tetapi sebenarnya ianya berpanjangan dan akan ada sambungannya.<\/p>\n<p>\u201cKebatilan apabila bertemu dengan kebenaran. Kebenaran pasti akan menang, kerana kebatilan itu bersimpang siur dan banyak kumpulan. Tetapi, kebenaran itu hanya satu kumpulan dan pasti akan menang.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/kam4094h-demo8.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-full wp-image-59991\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/kam4094h-demo8.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" \/><\/a>\u201cWalaupun nafas kebatilan itu kuat, ianya tidak akan ada penyambungnya. Tetapi, nafas kebenaran pasti akan ada penyambungnya.<\/p>\n<p>\u201cIslam pasti menang kerana itu janji Allah. Kita mahu menjadi orang yang memenangkan Islam,\u201d jelasnya ketika berucap mewakili sebuah NGO lepasan pelajar.<\/p>\n<p>Beliau yang juga seorang guru tahfiz menyelar sikap segelintir pihak tertentu yang beranggapan sia-sia menentang Yahudi dan rejim Israel.<\/p>\n<p>\u201cDi mana kita semua pada hari ini? Kita bersuara (berdemo) dikatakan Yahudi tak dengar. Kamu yang bodoh mengatakan demikian. Apa yang kamu buat untuk umat Islam yang sedang dizalimi di Palestin dan di mana-mana sahaja.<\/p>\n<p>\u201cHari ini puak Yahudi menghalang umat Islam dari masuk ke Masjidil Aqsa untuk beribadat dan menyebut nama Allah. Yahudi (sekarang) berusaha untuk meroboh rumah Allah (Masjid Al-Aqsa) itu.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/kam4094i-demo9.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-59996 aligncenter\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/kam4094i-demo9.jpg\" alt=\"\" width=\"576\" height=\"1024\" \/><\/a>\u201cOrang menjerit untuk umat Islam, orang menjerit menyatakan kebersamaan bersama dengan Palestin, kamu mengutuk dan kamu tidak bersama\u2026tetapi kamu tidur. Adakah itu diredhai oleh Allah SWT,\u201d ujarnya dengan penuh bersemangat.<\/p>\n<p>Selain Badan Bukan Kerajaan (NGO) Sisbakti, Gabungan Mahasiswa Se-Malaysia (Gamis) Cawangan Terengganu turut menghantar wakilnya berucap pada Himpunan Aman tersebut.<\/p>\n<p>Manakala, Pemuda PAS Dun Jabi, Setiu turut mengadakan bantahan yang sama selepas solat Jumaat di Masjid Lama Jabi, Setiu.<\/p>\n<p>Hampir 200 umat Islam bersolidariti dan berakhir dengan peserta demontrasi membakar bendera Israel sebagai tanda protesnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : KAM dan Kailo SETIU &#8211; Ratusan anak muda menyertai Himpunan Aman Bantah Kekejaman Israel yang diadakan di dua tempat berasingan iaitu perkarangan Masjid As-Salam, Batu Rakit dan Masjid Lama Jabi, Setiu. Himpunan Aman itu anjuran Pemuda PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Rakit yang diadakan selama hampir 40 minit selepas solat Jumaat, hari [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":59993,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":59993,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":876,"height":657,"file":"2017\/08\/SAM_8773.jpg","filesize":356940,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"2.5","credit":"","camera":"DV300 \/ DV300F \/ DV305F","caption":"","created_timestamp":"1502460864","copyright":"COPYRIGHT, 2010","focal_length":"4.5","iso":"80","shutter_speed":"0.0005","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":null,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/SAM_8773.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/59977"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=59977"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/59977\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/59993"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=59977"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=59977"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=59977"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}