{"id":59975,"date":"2017-08-12T10:37:35","date_gmt":"2017-08-12T02:37:35","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=59975"},"modified":"2017-08-12T10:37:35","modified_gmt":"2017-08-12T02:37:35","slug":"tolong-selamatkan-orang-zalim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tolong-selamatkan-orang-zalim\/","title":{"rendered":"Tolong Selamatkan Orang Zalim"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : KAM<\/p>\n<p>MARANG &#8211; Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam agar tidak melampau dalam sebarang perselisihan pendapat dan perbalahan.<\/p>\n<p>Malah, katanya terdapat hadis Nabi (Muhammad SAW) yang menggesa agar menolong orang kena zalim dan orang yang melakukan kezaliman.<\/p>\n<p>\u201cOleh sebab itu, bermusuh dengan orang berpada-pada. Sebab itu, kita disuruh buat baik kepada orang. Sama ada orang baik, orang jahat\u2026(kita kena) buat baik.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-full wp-image-59989\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/kam4093d-tolong4.jpg\" alt=\"\" width=\"864\" height=\"576\" \/><\/p>\n<p>\u201cNabi (Muhammad) SAW kata, tolonglah saudaramu yang buat zalim dan yang kena zalim. Maka seorang laki-laki berkata: wahai Rasulullah tolong orang kena zalim kami faham tapi menolong orang berbuat zalim, bagaimana?<\/p>\n<p>\u201cRasulullah menjawab menghalangi atau mencegahnya dari kezaliman, begitulah cara menolongnya.<\/p>\n<p>\u201cHalang orang yang buat zalim itu, makna tolong orang yang buat zalim. Tolong selamatkan dia supaya dia bertaubat dan balik ke pangkal jalan. Itu cara menolongnya,\u201d jelas Ustaz Abdul Hadi.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Mingguan Pagi Jumaat buat kali keduanya di Masjid Rusila, Marang, hari ini.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/kam4093c-tolong3.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-full wp-image-59990\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/kam4093c-tolong3.jpg\" alt=\"\" width=\"740\" height=\"690\" \/><\/a>Dato\u2019 Seri Abdul Hadi sebelum ini berehat dari sebarang aktiviti ceramah sejak lebih dua bulan selepas menjalani pembedahan injap jantungnya di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Menurutnya, apa yang berlaku hari ini melalui perbalahan dalam akhbar, televisyen dan facebook melampaui batas.<\/p>\n<p>\u201cApa yang berlaku dalam dunia hari ini, dalam surat khabar, dalam televisyen, dalam facebook\u2026berbalah terlajak. Sehingga hendak marah kepada orang \u2018terkam\u2019 habis-habis.<\/p>\n<p>\u201cDia tidak tahu suatu hari nanti akan berubah. Orang yang dia kasih, sayang suatu hari jadi lawan dan orang yang dia lawan suatu hari jadi kawan. Ini dunia berubah, kita kena faham.<\/p>\n<p>\u201cBeri nasihat dan cakap dengan baik. Bergaul dengan orang dengan percakapan yang baik, jangan kasar,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/kam4093g-tolong7.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-full wp-image-59987\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/kam4093g-tolong7.jpg\" alt=\"\" width=\"1024\" height=\"576\" \/><\/a>Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang turut merujuk kepada suatu ungkapan kata-kata yang menepati kehendak al-Quran.<\/p>\n<p>\u201cHadis Nabi (Muhammad SAW) dan ada ulama\u2019 berpendapat ini kata-kata Saidina Ali r.a tetapi maknanya menepati al-Quran.<\/p>\n<p>\u201cMaksudnya, Kasihlah kepada orang yang kamu kasih dengan kadar yang berpatutan, boleh jadi suatu hari dia buat perkara yang tidak molek. Marah kepada orang jangan terlajak (kena ada batas), boleh jadi suatu hari dia jadi orang yang kamu kasih kepada dia. Dengan sebab itu, berbalah dengan orang jangan terlajak,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Menurutnya, pendekatan kasih sayang dan berhemah itu merupakan perintah Allah SWT kepada para Nabi-nabi dalam berdakwah kepada kaum masing-masing.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : KAM MARANG &#8211; Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan umat Islam agar tidak melampau dalam sebarang perselisihan pendapat dan perbalahan. Malah, katanya terdapat hadis Nabi (Muhammad SAW) yang menggesa agar menolong orang kena zalim dan orang yang melakukan kezaliman. \u201cOleh sebab itu, bermusuh dengan orang berpada-pada. Sebab itu, kita [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":59988,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":59988,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1024,"height":576,"file":"2017\/08\/kam4093h-tolong8.jpg","filesize":235175,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"1502522078","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":null,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/kam4093h-tolong8.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/59975"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=59975"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/59975\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/59988"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=59975"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=59975"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=59975"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}