{"id":5996,"date":"2011-05-23T06:22:30","date_gmt":"2011-05-22T22:22:30","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/05\/kekal-jawatan-hadi-bukti-bukan-liabiliti\/"},"modified":"2011-05-23T06:22:30","modified_gmt":"2011-05-22T22:22:30","slug":"kekal-jawatan-hadi-bukti-bukan-liabiliti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kekal-jawatan-hadi-bukti-bukan-liabiliti\/","title":{"rendered":"Kekal jawatan, Hadi bukti bukan liabiliti"},"content":{"rendered":"<p><strong> <img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/06\/UHT.jpg\" border=\"0\" width=\"285\" height=\"192\" style=\"float: left;\" \/>KUALA TERENGGANU<\/strong> \u2013 Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi  Awang membuktikan beliau bukan bebanan kepada parti, sebaliknya terus  dipercayai ahli apabila kekal menerajui parti itu kerana tidak dicabar  pemimpin lain dalam pemilihan Muktamar Pas, bulan depan.  <\/p>\n<p>Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib berkata, ia sekali gus  \u2018memperlekehkan\u2019 komentar-komentar pahit yang dibuat individu tertentu  sebelum ini bahawa Abdul Hadi menjadi liabiliti kepada parti.  <\/p>\n<p>\u201cPresiden Pas (Abdul Hadi) bukan beban dan orang Pas masih  menyokong kepimpinan Hadi dengan mengekalkan beliau sebagai Presiden.  Beliau tidak perlu ditandingi,\u201d katanya semalam.  <\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai laporan Sinar  Harian 18 Mei lalu melalui kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan  Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang  mengekalkan jawatannya sebagai Presiden Pas setelah menang tanpa  bertanding bagi jawatan itu.  <\/p>\n<p>Abdul Hadi kekal menerajui parti itu sekurang-kurangnya sehingga  2013, iaitu penggal kelima buatnya apabila tidak dicabar pemimpin lain  pada pemilihan, Jun ini.  <\/p>\n<p>Sementara itu, Harun ketika mengulas mengenai enam calon yang  diumumkan layak bertanding bagi jawatan timbalan presiden hanya  mengucapkan \u2018selamat bertanding\u2019 kepada pemimpin yang berminat merebut  jawatan itu.  <\/p>\n<p>\u201cBertanding ramai biar rakyat menentukan pemimpin pilihan  mereka. Ia akan memberi peluang kepada ahli dan calon untuk menentukan  khidmat dalam kepimpinan Pas penggal akan datang,\u201d katanya.- SH<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU \u2013 Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuktikan beliau bukan bebanan kepada parti, sebaliknya terus dipercayai ahli apabila kekal menerajui parti itu kerana tidak dicabar pemimpin lain dalam pemilihan Muktamar Pas, bulan depan. Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Harun Taib berkata, ia sekali gus \u2018memperlekehkan\u2019 komentar-komentar pahit yang dibuat individu tertentu sebelum ini [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5996"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5996"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5996\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5996"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5996"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5996"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}