{"id":5968,"date":"2011-05-20T18:43:22","date_gmt":"2011-05-20T10:43:22","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/05\/harga-makanan-naik-dua-kali-ganda-berbanding-dunia-2\/"},"modified":"2011-05-20T18:43:22","modified_gmt":"2011-05-20T10:43:22","slug":"harga-makanan-naik-dua-kali-ganda-berbanding-dunia-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/harga-makanan-naik-dua-kali-ganda-berbanding-dunia-2\/","title":{"rendered":"Harga makanan naik dua kali ganda"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/05\/anwaribrahim.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/05\/anwaribrahim.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Pakatan Rakyat (PR) memberi khuatir kadar  kenaikan harga makanan sekarang jika tidak dikawal akan menyebabkan  rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih tinggi berbanding enam tahun  lalu dan berulangnya situasi 2008.<\/p>\n<p>\u201cPada kadar kenaikan harga makanan, dijangka pada akhir 2011 (tahun  ini), rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih dari harga kos setiap  jenis makanan berbanding 2005.<\/p>\n<p>\u201cSepanjang enam tahun tersebut harga makanan telah naik sebanyak 30  peratus sedangkan kenaikan upah di negara ini puratanya sekitar 2.6  peratus dari tahun 2001 sehinggga 2010,\u201d kata Ketua Umum PR Datuk Seri  Anwar Ibrahim<strong><\/strong><\/p>\n<p>Anwar, bekas menteri kewangan berkata, statistik inflasi terbaru  dikeluarkan Bank Negara untuk empat bulan antara Januari dan April lalu  begitu membimbangkan.<\/p>\n<p>\u201cSaya prihatin dengan kenaikan sebanyak 4.9 peratus harga makanan dan  minuman tidak beralkohol dari bulan Januari sehingga bulan April tahun  ini sekiranya dibandingkan dengan harga makanan serta minuman tidak  beralkohol untuk jangka masa yang sama tahun lepas,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kata beliau, jika kenaikan itu tidak dibendung dan kekal untuk bulan  seterusnya, tahun ini akan mencatatkan kenaikan harga makanan kedua  tertinggi semenjak 2006.<\/p>\n<p>\u201cKenaikan ini akan menambah derita rakyat sepertimana pada tahun 2008  lalu apabila harga makanan naik sehingga 8.8 peratus, akibat kenaikan  mendadak harga minyak dan petrol\u201d kata beliau lagi.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan itu, kata Anwar, harga makanan di Malaysia naik dua  kali ganda jika dibandingkan dengan harga makanan seluruh dunia  sepanjang empat bulan pertama tahun ini.<\/p>\n<p>Katanya, perbandingan antara Indeks Harga Pengguna (CPI) dilaporkan  oleh Organisasi Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  dengan statistik dikeluarkan Bank Negara menunjukkan ramai rakyat  Malaysia bakal terkesan dengan tindakan terburu buru kerajaan  merasionalisasi subsidi.<\/p>\n<p>Malah kata Anwar, PR yakin wujudnya kaitan akibat dari penarikan  subsidi buat rakyat Malaysia dengan kenaikan harga makanan sebagaimana  yang dicatatkan sepanjang empat bulan pertama tahun ini.<\/p>\n<p>Oleh itu kata Ketua Pembangkang di Parlimen, alasan kerajaan untuk  menarik kembali subsidi atas alasan boleh meringankan beban defisit  belanjawan ternyata lemah.<\/p>\n<p>\u201cJelasnya rakyat yang terkesan akibat daripada program rasionalisasi  tersebut sedangkan pembaziran serta ketirisan yang mengakibatkan defisit  tidak pula diatasi sesegera mungkin.<\/p>\n<p>\u201cRakyat mula muak dengan tatakelola ekonomi yang lemah oleh BN  apabila mereka terpaksa menanggung derita sedangkan kroni dan mereka  yang dekat dengan pemerintah mendapat keuntungan yang bukan sedikit  malah tidak pula dihukum,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Permatang Pauh ini berkata, PR telah merangka langkah  yang jelas dan beriltizam untuk mengurangkan defisit belanjawan negara  serta berusaha memastikan upaya itu tidak membebankan rakyat sebagaimana  terkandung dalam Buku Jingga.<\/p>\n<p>\u201cLangkah ini termasuklah menarik kembali subsidi korporat berjumlah  RM19 bilion yang diberikan kepada elit serta syarikat yang dekat dengan  pemerintah termasuklah syarikat IPP.<\/p>\n<p>\u201cKita juga akan berusaha menghapuskan rasuah yang telah merugikan  kerajaan persekutuan sekitar RM28 bilion setiap tahun,\u201d katanya lagi.- TheMalaysianInsider<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Rakyat (PR) memberi khuatir kadar kenaikan harga makanan sekarang jika tidak dikawal akan menyebabkan rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih tinggi berbanding enam tahun lalu dan berulangnya situasi 2008. \u201cPada kadar kenaikan harga makanan, dijangka pada akhir 2011 (tahun ini), rakyat terpaksa membayar 30 peratus lebih dari harga kos setiap jenis makanan berbanding 2005. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5968"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5968"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5968\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5968"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5968"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5968"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}