{"id":59661,"date":"2017-08-02T10:25:26","date_gmt":"2017-08-02T02:25:26","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=59661"},"modified":"2017-08-02T10:25:26","modified_gmt":"2017-08-02T02:25:26","slug":"perniagaan-seiring-dakwah-menanti-sebuah-daulah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/perniagaan-seiring-dakwah-menanti-sebuah-daulah\/","title":{"rendered":"Perniagaan Seiring Dakwah, Menanti \u2018Sebuah Daulah\u2019"},"content":{"rendered":"<p>Sabasun satu nama sektor peruncitan yang amat dekat dengan orang ramai negeri Terenggan denga slogannya \u2018Murah Sokmo\u2019.<\/p>\n<p>Ia merupakan gedung \u2018Hyperruncit\u2019 yang tidak asing lagi terutamanya bagi buat penduduk sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.<\/p>\n<p>Bangunannya tersergam \u2018gah\u2019 berwarna merah di dua lokasi strategik iaitu di pinggir bandar Kuala Terengganu dan di Gong Badak berhampiran Stadium Sultan Zainal Abidin.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-full wp-image-17292\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/11\/sabasun-2.jpg\" alt=\"\" width=\"1435\" height=\"806\" \/><\/p>\n<p>Che Salmi Che Ibrahim yang merupakan Pengarah Urusan di syarikat Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd. Yang juga pelopor kepada syarikat terbabit telah memulakan perniagaan pada 2 April 1995.<\/p>\n<p>Sebelum menceburkan diri dalam dunia perniagaan, beliau adalah seorang pensyarah sepenuh masa di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) yang sekarang ini dikenali sebagai UniSZA telah berkhidmat selama 5 setengah tahun di institusi pengajian tinggai itu.<\/p>\n<p>Dengan tekad dan keazaman yang tinggi, Che Salmi telah menceburkan diri sepenuh masa dalam bidang peruncitan bermula dari tahun 1995 sehinggalah ke saat ini, yang sudah memakan masa lebih dari 22 tahun.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/sabasun-lama.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-17325 aligncenter\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2013\/12\/sabasun-lama.jpg\" alt=\"\" width=\"640\" height=\"401\" \/><\/a>Menurutnya, pada ketika awal mula menceburkan diri dalam bidang berkaitan, terus terang beliau katakana, beliau tidak mempunyai pengalaman ataupun mempunyai ilmu-ilmu yang lengkap untuk menjalankan perniagaan runcit.<\/p>\n<p>Namun, sunnah nabi SAW sendiri, yang termaktub dengan jelas memulakan \u2018karier\u2019 Baginda sebagai peniaga sedangkan Muhammad adalah seorang \u2018ummi\u2019, tidak tahu membaca dan menulis.<\/p>\n<p>\u201cTak pernah pergi Universiti\u2026\u2026..Tak pernah belajar pasal \u2018business study\u2019\u2026\u2026..tetapi Baginda telah berjaya membuktikan bahawa Baginda merupakan seorang usahawan yang sangat berjaya,\u201d ujar beliau ketia ditemu bual pada Sabtu, 29 Julai.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/Salmi-Ibrahim.png\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-full wp-image-59663\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/Salmi-Ibrahim.png\" alt=\"\" width=\"967\" height=\"576\" \/><\/a>Bertitik tolak dari situlah maka perjalanan perniagaan ini bermula dengan \u2018try and error\u2019, beliau mencuba sesuatu yang salah dan kemudian memperbetulkan dan terus belajar dari masa ke semasa.<\/p>\n<p>Kerana sesungguhnya menurut beliau, dalam bidang perniagaan 60% keputusan yang dibuat adalah logic yang tidak semestinya kita kena ada Ilmu.<\/p>\n<p>\u201c60% tu logik dan 40% tu ilmu yang mana kita dapat cari kemudian,<\/p>\n<p>\u201cKita dapat \u2018gain\u2019(memperolehi ilmu) kemudian dalam perjalanan perniagaan kita. Kalau kita lihat dalam perniagaan ini kita lalui seharian yang akan hanya melibatkan pengiraan campur tolak darab dan bahagi,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/Sallimna-Sabasun.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-full wp-image-59664\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/Sallimna-Sabasun.jpg\" alt=\"\" width=\"1600\" height=\"911\" \/><\/a>Dan ia adalah sangat \u2018simple\u2019 sebenarnya, kerana selama tempoh 20 tahun perniagaan Sabasun yang bermula dengan lima orang pekerja dan dibantu ahli keluarga sehinggalah pada hari ini, Sabasun telah berjaya menawarkan 330 pekerjaan kepada kepada, semuanya anak tempatan 100%.<\/p>\n<p>Cukup menarik kerana Sabasun digerakkan dengan tidak menggunakan tenaga luar, samada \u2018Bangla\u2019 atau \u2018 Nepal\u2019 kerana Che Salmi, percaya bahawa peluang kerja yang ada ni sepatutnya diberikan anak tempatan terlebih dahulu daripada orang asing.<br \/>\n<strong><br \/>\nBerdakwah Satu Kewajipan<\/strong><\/p>\n<p>Justeru, Sabasun Hyper Runcit telah membuktikan bahawa anak Terengganu boleh duduk sama rendah, dan boleh berdiri sama tinggi, boleh bersaing sama maju dengan bangsa lain serta perniagaan runcit asing.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/Che-Salmi-Sabasun.png\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-full wp-image-59665\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/Che-Salmi-Sabasun.png\" alt=\"\" width=\"768\" height=\"432\" \/><\/a>Selain berjaya dalam bidang perniagaan, Che Salmi juga aktif dalam bidang dakwah terutamanya kepada \u2018orang asal, disamping sering menyertai misi-misi bantuan antarabangsa dan domestik.<\/p>\n<p>Menurut berliau, masyarakat orang asli di seluruh Malaysia sangat ramai dengan kedudukan mereka bertebaran terutamanya di muka bumi yang luas seperti di negeri Sarawak , Sabah dan tidak ketinggalan di negeri Terengganu sendiri, serta seperti di negeri-negeri lain semenanjung.<\/p>\n<p>Dalam masa yang sama, Jabatan Agama dengan kerjasama pegawai- pegawai agama yang sedia ada tidak mencukupi untuk buat \u2018follow up\u2019 menyantuni semua masyarakat \u2018orang asal\u2019 yang ada.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/air-mata-palestin-sabasun1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-full wp-image-59666\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/air-mata-palestin-sabasun1.jpg\" alt=\"\" width=\"448\" height=\"329\" \/><\/a>\u201cMaka dengan itu NGO-NGO bergerak\u2026\u2026 seperti Yayasan Amal, Muslim Care dan sebagainya telah mengambil peranan ini untuk sama-sama menampung dimana kekurangan yang patut dilakukan oleh pihak berwajib,<\/p>\n<p>\u201cKami cuba untuk menampungnya dengan cara menggemblengkan semua tenaga yang ada di bawah NGO-NGO yang telah sedia ada dan terus menjalankan kerja-kerja misi dakwah dan juga kemanusian,<\/p>\n<p>\u201cbagi membantu meringankan beban hidup masyarakat orang asli dalam masa yang sama bagi menambahkan lagi ilmu yang sedia ada dalam bidang feqah dan sebagainya,\u201d ujar Che Salmi<\/p>\n<p>Beliau berpendirian dakwah adalah merupakan tanggungjawab bagi setiap seorang yang bergelar muslim.<\/p>\n<p>Ia adalah suatu kewajipan, tidak kira kepada yang kaya ataupun miskin kerana Rasullullah SAW telah bersabda menngarahkan umat untuk menyampaikan Islam kepada sesiapa sahaja, walaupun dengan sepotong ayat.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/Che-Salmi-Sabasun.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-full wp-image-59662\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/Che-Salmi-Sabasun.jpg\" alt=\"\" width=\"1032\" height=\"774\" \/><\/a>Di dalam Al-quran juga, Allah Ta\u2019ala berkali-kali memberi peringatan ataupun memberi motivasi kepada dengan perintah dakwahnya, jika sesorang Islam menolong membantu agamaNya maka Allah Taala akan memudahkan segala urusan individu itu diatas muka bumi ini.<\/p>\n<p>\u201cInsya Allah maka oleh sebab itu kita rasa sama-sama terpanggil untuk membina masyarakat Islam yang lebih madani untuk bersedia menghadapi sebuah negara (Daulah) Islam yang sebenarnya pada suatu hari nanti,\u201d tambah beliau.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Sabasun satu nama sektor peruncitan yang amat dekat dengan orang ramai negeri Terenggan denga slogannya \u2018Murah Sokmo\u2019. Ia merupakan gedung \u2018Hyperruncit\u2019 yang tidak asing lagi terutamanya bagi buat penduduk sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Bangunannya tersergam \u2018gah\u2019 berwarna merah di dua lokasi strategik iaitu di pinggir bandar Kuala Terengganu dan di Gong Badak berhampiran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":59668,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"video","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":59668,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":480,"file":"2017\/08\/sddefault-1.jpg","filesize":92621,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":59661,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/sddefault-1.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/59661"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=59661"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/59661\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/59668"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=59661"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=59661"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=59661"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}