{"id":59642,"date":"2017-08-01T17:38:52","date_gmt":"2017-08-01T09:38:52","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=59642"},"modified":"2017-08-01T17:38:52","modified_gmt":"2017-08-01T09:38:52","slug":"pas-parti-islam-terulung-menang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pas-parti-islam-terulung-menang\/","title":{"rendered":"PAS Parti Islam Terulung Menang"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : KAM<\/p>\n<p>SETIU &#8211; Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang ditubuhkan pada tahun 1951 merupakan sebuah parti jamaah Islam yang terulung menang di seluruh dunia.<\/p>\n<p>Pencapaian itu bagi PAS suatu kejayaan yang besar di Malaysia, kata Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan taujihat ringkasnya di Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno (Harap-PGU) 3.7, di Pengkalan Atap, Batu Rakit, Setiu pada Sabtu 29 Julai.<\/p>\n<p>\u201cAlhamdulillah, PAS telah mencapai suatu kejayaan yang besar di Malaysia ini. Kebetulannya, PAS adalah parti Islam yang ulung menang di seluruh dunia, yang memerintah.<\/p>\n<p>\u201cKebetulannya, tahun 1959 negeri Terengganu negeri yang pertama PAS menang. Tahun 1959, PAS menang di Terengganu dahulu dari Kelantan.<\/p>\n<p>&nbsp;<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/Hadi-Harap-3.7f.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-full wp-image-59644\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/Hadi-Harap-3.7f.jpg\" alt=\"\" width=\"2170\" height=\"1423\" \/><\/a>\u201cTetapi, kemenangan kita di Terengganu hanya (setakat) tahun 1961 sahaja kerana kita telah dikepung, kita telah disekat. Kita telah dihalang dan ada wakil rakyat kita dibeli pada masa itu.<\/p>\n<p>\u201cMenyebabkan kerajaan kita jatuh di Terengganu. Di Kelantan, kita (PAS) menang selepas daripada itu. Kita (Kelantan) boleh bertahan hingga tahun 1978,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Namun, katanya kerajaan PAS Kelantan juga menerima nasib yang sama dikepung, disekat bagi menjatuhkan penguasaan parti itu.<\/p>\n<p>Menurutnya, Umno yang satu bangsa dengan PAS bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/Hadi-Harap-3.7a.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-full wp-image-59645\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/Hadi-Harap-3.7a.jpg\" alt=\"\" width=\"2117\" height=\"1491\" \/><\/a>\u201cKelantan pun kena kepung juga, kena sekat jatuh di Kelantan. Dan yang tukang \u2018belasah\u2019 bukan orang lain, saudara-saudara kita orang Umno.<\/p>\n<p>\u201cSaya sebut saudara-saudara kita orang Umno yang semasa dengan kita, sekaum dengan kita, sepuak dengan kita yang menghalang perjuangan kita.<\/p>\n<p>\u201cKita ajak orang-orang Melayu khususnya yang beragama Islam supaya mendukung perjuangan kita (Islam). Jangan halang perjuangan kita, jangan sekat perjuangan kita,\u201d tegasnya yang juga Ahli Parimen Marang.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, kata Dato\u2019 Seri Abdul Hadi, orang bukan Islam yang berbilang kaum di Malaysia hendaklah memberi peluang kepada Islam memerintah.<\/p>\n<p>\u201cDalam masa yang sama, kita minta orang bukan Islam juga beri peluang kepada Islam. Orang bukan Islam, orang Kristian, orang Hindu, orang Budha\u2026beri peluang kepada Islam untuk memerintah.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/Hadi-Harap-3.7.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-full wp-image-59646\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/Hadi-Harap-3.7.jpg\" alt=\"\" width=\"2156\" height=\"1373\" \/><\/a>\u201cMacam mana Islam memerintah. Jangan sekat, jangan halang. Kalau tak sekat, tak halang pun kerajaan kita di Kelantan, kerajaan kita di Terengganu. Kita pernah memerintah Kedah, di mana kerajaan kita (PAS) bersih dari salah-laku, bersih dari rasuah.<\/p>\n<p>\u201cKita memerintah Kelantan bersih walaupun alam keadaan miskin, dalam keadaan susah kerana dalam Islam itu ada aspek rohani. Aspek dosa dan pahala, aspek beriman kepada Allah dan hari akhirat. Perkara ini tidak ada dalam ideologi-ideologi yang lain,\u201d jelasnya dihadapan ribuan peserta Harap-PGU 3.7 tersebut.<\/p>\n<p>Himpunan Harap-PGU 3.7 itu telah dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Hashim Jasin. Hadir sama pada majlis tersebut veteran PAS, Dato\u2019 Mustafa Ali dan Dato\u2019 Wan Abdul Mutalib Embong.<\/p>\n<p>Pada himpunan mega PAS Terengganu itu, lima lagi tawaran awal manifesto pilihan raya diumum dan menjadikan 15 agenda manifesto PRU14 telah diistiharkannya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : KAM SETIU &#8211; Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang ditubuhkan pada tahun 1951 merupakan sebuah parti jamaah Islam yang terulung menang di seluruh dunia. Pencapaian itu bagi PAS suatu kejayaan yang besar di Malaysia, kata Presiden PAS, Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan taujihat ringkasnya di Himpunan Harapan Semua-PAS Ganti Umno [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":59643,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":59643,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":3044,"height":1952,"file":"2017\/08\/Hadi-Harap-3.7e.jpg","filesize":1042321,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"5.6","credit":"","camera":"NIKON D300S","caption":"","created_timestamp":"1501326492","copyright":"","focal_length":"11","iso":"159","shutter_speed":"0.003125","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":59642,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/08\/Hadi-Harap-3.7e.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/59642"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=59642"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/59642\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/59643"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=59642"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=59642"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=59642"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}