{"id":5923,"date":"2011-05-18T06:28:53","date_gmt":"2011-05-17T22:28:53","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/05\/kalau-benar-bn-kuat-segerakan-pilihan-raya\/"},"modified":"2011-05-18T06:28:53","modified_gmt":"2011-05-17T22:28:53","slug":"kalau-benar-bn-kuat-segerakan-pilihan-raya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kalau-benar-bn-kuat-segerakan-pilihan-raya\/","title":{"rendered":"Kalau benar BN kuat; segerakan pilihan raya !"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/05\/Ust%20Nik%20Mohd%20Zawawi2.JPG\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/05\/Ust%20Nik%20Mohd%20Zawawi2.JPG\" style=\"float: left;\" \/><strong>KUALA TERENGGANU<\/strong> \u2013 PAS cabar kerajaan supaya  menyegerakan pilihan raya sekiranya benar Barisan Nasional (BN) mampu  merampas empat negeri pembangkang pada pilihan raya akan datang.  <\/p>\n<p>Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh  berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar yang memetik  bahawa kerajaan BN diyakini mampu mengekalkan kemenangan besar termasuk  merampas kembali empat negeri yang dikuasai pembangkang pada Pilihan  Raya Umum ke-13 nanti.  <\/p>\n<p> \u201cKalau BN boleh mengambil negeri pembangkang, kita cabar pilihan raya  disegerakan untuk membuktikan perkara itu,\u201d katanya kepada Sinar Harian  ketika dihubungi, semalam.  <\/p>\n<p>Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar  yang memetik bahawa kerajaan BN diyakini mampu mengekalkan kemenangan  besar termasuk merampas kembali empat negeri yang dikuasai pembangkang  pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.  <\/p>\n<p> Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal  berkata, kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak  melakukan proses transformasi dan reformasi telah membuahkan hasil dan  ia diterima dengan baik oleh rakyat.  <\/p>\n<p> Nik Zawawi berkata, perkembangan politik perlu dilihat kepada realiti  semasa yang berlaku ketika ini termasuk keputusan pilihan raya kecil dan  pilihan raya Sarawak yang lalu.  <\/p>\n<p>Beliau turut memetik semula kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun  Dr Mahathir Mohamed baru-baru ini yang menasihatkan supaya pilihan raya  tidak berlaku pada tahun ini.  <\/p>\n<p> Menurutnya, kenyataan Tun Mahathir itu menunjukkan kebimbangan beliau  bahawa potensi Pakatan Rakyat (PR) untuk mentadbir negara pada pilihan  raya akan datang memang besar.  <\/p>\n<p>\u201cKita kena tengok pada orang paling lama. Tun adalah orang yang lama dalam politik berbanding Shafie,\u201d katanya.   <\/p>\n<p>Di pihaknya, Nik Zawawi yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama  Pas yakin perubahan demi perubahan yang berlaku di beberapa kawasan  sebelum ini akan memberi keuntungan kepada pembangkang.  <\/p>\n<p>Berdasarkan kajian di peringkat Pas Pusat, pihaknya turut  mengenal pasti negeri tertentu di bawah pentadbiran BN dijangka mampu  dirampas pembangkang, namun enggan mendedahkan nama negeri tersebut.  <\/p>\n<p>\u201cBukan itu sahaja, kita juga yakin kerusi yang masih dipegang BN  di negeri yang ditadbir pembangkang juga mampu dirampas kesemuanya.  <\/p>\n<p>\u201cKita yakin, kita mampu mengubah kerajaan yang ada pada Pilihan  Raya Umum ke-13 dan keyakinan dengan izin Allah, Pakatan Rakyat dapat  merampas Malaysia,\u201d katanya-SH<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU \u2013 PAS cabar kerajaan supaya menyegerakan pilihan raya sekiranya benar Barisan Nasional (BN) mampu merampas empat negeri pembangkang pada pilihan raya akan datang. Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar yang memetik bahawa kerajaan BN diyakini mampu mengekalkan kemenangan besar termasuk merampas kembali [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5923"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5923"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5923\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5923"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5923"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5923"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}