{"id":59183,"date":"2017-07-20T08:56:50","date_gmt":"2017-07-20T00:56:50","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=59183"},"modified":"2017-07-20T09:00:29","modified_gmt":"2017-07-20T01:00:29","slug":"20-ribu-peluang-kerja-daripada-sumber-halal-dan-bersih","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/20-ribu-peluang-kerja-daripada-sumber-halal-dan-bersih\/","title":{"rendered":"20 Ribu Peluang Kerja Daripada Sumber Halal Dan Bersih"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : Khairul Nizam Abdullah<\/p>\n<p>KUALA TERENGGANU \u2013 Sekiranya diberi mandat untuk memerintah, PAS Terengganu yakin bukan sahaja dapat mewujudkan peluang pekerjaan, bahkan yang lebih penting, ianya dijana dari bidang-bidang ekonomi yang halal dan bersih.<\/p>\n<p>Timbalan Pesuruhjaya II, YB Dr. Alias Razak berkata, ia bertepatan dengan tema manifesto PAS, yang mahu menjadikan Terengganu ini negeri Berkat, Maju dan Sejahtera.<\/p>\n<p>\u201cSemua orang sudah arif dan maklum bahawa Terengganu ini antara negeri yang masih mundur dalam negara kita dengan kedudukkannya baik sikit daripada Sabah dan Sarawak,<\/p>\n<p>\u201cKita dikategorikan negeri yang masih ketinggalan dari sudut pembangunan , ekonomi , , pendidikan, kesihatan dan pelbagai lagi,<\/p>\n<p>\u201cWalaupun Terengganu dianugerahkan sumber yang begitu banyak antaranya sumber petroleum,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/SAM_7353.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-full wp-image-59186\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/SAM_7353.jpg\" alt=\"\" width=\"3956\" height=\"2646\" \/><\/a>Beliau berkata demikian ketika ditemu bual, mengulas tawaran Manifesto Awal PRU14 PAS Terengganu, \u2018Mewujudkan 20 Ribu Peluang Pekerjaan dalam masa 4 tahun\u2019 di Studio Harap TV, disini, semalam.<\/p>\n<p>Katanya, walaupun pelbagai usaha boleh dibuat untuk meningkatkan peluang kerja, tetapi ia mesti bertepatan dengan pegangan PAS, yang berpanduan Al-Quran dan As Sunnah, Ijma Ulamak serta Qias.<\/p>\n<p>\u201cMaka kita juga kena ambil kira perkara dosa dan pahala\u2026..tak boleh tiru orang sehingga kita dah melampaui dan melebihi had yang ditetapkan agama Islam,<\/p>\n<p>\u201cDan yang penting juga memastikan ianya memberi kesejahteraan bukan kaya melampau tapi tidak ada kesejahteraan dalam hidup\u2026\u2026.ita mahu mereka hidup dalam sejahtera,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/IMG-20170712-WA0071.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-full wp-image-59187\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/IMG-20170712-WA0071.jpg\" alt=\"\" width=\"1080\" height=\"767\" \/><\/a>Menurutnya, rakyat pada hari ini merasa cukup tertekan kerana kenaikan harga barang yang telah menjadi satu beban yang terpaksa ditanggung semua, apabila GST dilaksanakan.<\/p>\n<p>Oleh itu tegas beliau, mengurangkan beban ekonomi rakyat adalah antara perkara yang diutamakan, apabila PAS memerintah negeri Terengganu.<\/p>\n<p>\u201cKita mungkin tidak mampu untuk mengurangkan harga barang\u2026\u2026.nak hapus cukai diperingkat negeri kerana itu bukan bidang kuasa kerajaan negeri,<\/p>\n<p>\u201cTapi kita mungkin mampu memberi peluang ataupun pekerjaan kepada golongan yang menganggur agar mereka ada pendapatan dan dapat mengatasi bebanan harga barang mahal dan dengan pendapatan yang tinggi insya Allah mereka boleh berjaya,\u201d jelasnya lagi.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/IMG-20170712-WA0070.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-full wp-image-59189\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/IMG-20170712-WA0070.jpg\" alt=\"\" width=\"1080\" height=\"767\" \/><\/a>Beliau berkata, berdasarkan maklumat data asas negeri Terengganu seramai 14, 800 orang rakyat Terengganu yang menganggur pada tahun 2014.<\/p>\n<p>\u201cTahun 2015\u2026\u2026statistik yang terakhir yang saya dapat temui dalam laman web (kerajaan) adalah 17,500 bermakna Terengganu masih ada penganggur yang begitu ramai,<\/p>\n<p>\u201cDi negeri (ini) dengan jumlah rakyat 1.16 juta (orang) lebih kurang penganggurnya ada 17, 500 dan kadar pengangguran adalah 4.2 peratus,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Ia adalah, kata beliau, antara negeri mempunyai kadar pengangguran yang tinggi dan menjadi focus PAS untuk menyelesaikan masalah tersebut.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/Dr-Alias2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-full wp-image-59190\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/Dr-Alias2.jpg\" alt=\"\" width=\"1032\" height=\"774\" \/><\/a>Justeru itu, beliau yang juga ADUN Bukit Tunggal berkata, PAS sudah mengenalpasti pelan tindakan dan kaedah, bagaimana untuk keluar dari masalah itu dan pelaksaannnya dapat direalisasikan apabila rakyat memberi mandat kepada PAS untuk memerintah.<\/p>\n<p>\u201cKita telah membuat beberapa kajian, kita ada pasukan kita yang telah mengkaji bagaimana kita (menjadi) sebuah kerajaan negeri (yang) mampu untuk menyediakan peluang pekerjaan yang mungkin dikira begitu besar dalam tempoh 4 tahun,<\/p>\n<p>\u201cSebenarnya UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri) sendiri telah menganggarkan juga dalam taklimat kepada kita bahawa menjelang tahun 2020\u2026\u2026\u2026tak silap saya menjangkakan peluang pekerjaan kepada Terengganu 41 ribu,<\/p>\n<p>\u201cTapi selama ini, rekod (kerajaan) Umno dan Barisan Nasional memerintah, tak pernah capai (apa) yang dijanji\u2026\u2026.lima ribu setahun pun tak capai. Dengan \u2018track\u2019 rekod yang mereka usahakan setakat ini belum berjaya,<\/p>\n<p>\u201cItu cuma perancangan mereka, tapi kita ada perancangan sendiri dan tak bergantung pada perancangan mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/temubual-Dr-Alias.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignright size-full wp-image-59185\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/temubual-Dr-Alias.jpg\" alt=\"\" width=\"1080\" height=\"607\" \/><\/a>Beliau berkata, PAS akan memberi tumpuan kepada 10 sektor yang penting yang akan yang belum dimanupulasi sepenuhnya berdasarkan sumber yang sedia ada di negeri Terengganu.<\/p>\n<p>\u201ckebanyakannya bergantung kepada sumber yang ada di negeri Terengganu\u2026.yang belum di manipulasi dan belum lagi diusahakan secara maksimum,<\/p>\n<p>\u201cdimana kita kira kalau 10 (sektor ini) diusahakan dengan maksimum \u2026\u2026.ia akan mencapai apa yang kita anggarkan (sebanyak 20,000) peluang pekerjaan,\u201d tegas beliau.<\/p>\n<p><em>*** Ikuti <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/HarapTV\/videos\/1414133285349099\/\" target=\"_blank\" rel=\"noopener\">temubual bersama ADUN Bukit Tunggal, YB Dr Alias Razak mengulas tawaran manifesto awal PRU14 PAS Terengganu, &#8220;Mewujudkan 20 Ribu Peluang Pekerjaan dalam masa 4 tahun&#8221;<\/a><\/em><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Khairul Nizam Abdullah KUALA TERENGGANU \u2013 Sekiranya diberi mandat untuk memerintah, PAS Terengganu yakin bukan sahaja dapat mewujudkan peluang pekerjaan, bahkan yang lebih penting, ianya dijana dari bidang-bidang ekonomi yang halal dan bersih. Timbalan Pesuruhjaya II, YB Dr. Alias Razak berkata, ia bertepatan dengan tema manifesto PAS, yang mahu menjadikan Terengganu ini negeri [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":59188,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":59188,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1032,"height":710,"file":"2017\/07\/Dr-Alias-1.jpg","filesize":119429,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"1500540912","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":59183,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/07\/Dr-Alias-1.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/59183"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=59183"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/59183\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/59188"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=59183"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=59183"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=59183"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}