{"id":5875,"date":"2011-05-14T23:10:00","date_gmt":"2011-05-14T15:10:00","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/05\/mca-tidak-akan-faham-islam-kerana-umno-tidak-tahu-tentang-islam\/"},"modified":"2011-05-14T23:10:00","modified_gmt":"2011-05-14T15:10:00","slug":"mca-tidak-akan-faham-islam-kerana-umno-tidak-tahu-tentang-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/mca-tidak-akan-faham-islam-kerana-umno-tidak-tahu-tentang-islam\/","title":{"rendered":"MCA tidak akan faham Islam kerana Umno"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/05\/chaihingmei2011.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/05\/chaihingmei2011.jpg\" width=\"289\" height=\"161\" style=\"float: right;\" \/><strong>KUALA TERENGGANU<\/strong> &#8211; Walaupun Dewan Undangan Negeri itu adalah &#8216;suatu dewan yang mulia&#8217; yang memberikan imuniti kepada ahli-ahlinya, namun ia tidak wajar dijadikan tempat untuk &#8216;menghina&#8217; kumpulan atau parti, apatah lagi yang tidak ada dalam dewan tersebut pada masa itu.<\/p>\n<p>Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah, bahkan tidak layak meletakkan sesuatu hukum berkaitan agama Islam kerana beliau bukan &#8216;Ustaz atau Ulamak&#8217;.<\/p>\n<p>&#8220;Dewan (Undangan Negeri Terengganu &#8211; DUN) walaupun beri imuniti kepada Yang Berhormat, ia adalah Dewan yang mulia, tidak patut dijadikan tempat menghina atau malabel parti lain, <\/p>\n<p>&#8220;Alias (Alor Limbat) bukan Ustaz atau Ulamak, untuk menuduh seseorang &#8216;Kafir al-Harbi&#8217;, mana ada wakil rakyat DAP dalam DUN, yang ad mewakili orang Cina hanya wakil MCA,&#8221;tegas Chai Hing mengulas kenyataan wakil rakyat terbabit dalam sidang DUN Terengganu baru-baru ini.<\/p>\n<p>Alias sewaktu ucapannya membahaskan titah perasmian telah menghukum DAP sebagai golongan yang boleh diperangi dan dibunuh (al-harbi) manakala Toh Chin Yaw dalam ucapannya kemudian, menyokong kenyataan tersebut.<\/p>\n<p>Menurutnya, sebab itulah MCA tidak akan faham selama-lamanya tentang Islam kerana berkawan dengan Umno yang juga tidak tahu tentang Islam, namun DAP dalam Pakatan Rakyat sudah mula memahami Islam.<\/p>\n<p>Katanya, kenyataan Karpal Singh adalah satu kenyataan yang sudah lama dan tidak lagi relevan kerana beliau telah pun mengeluarkan kenyataan lain tentang agama Islam dan negara Islam.<\/p>\n<p>Tetapi katanya, kenyataan Presiden MCA adalah satu kenyataan yang &#8216;masih segar&#8217; baru keluar daripada mulut beliau beberapa minggu yang lalu apabila Perdana Menteri, Dato&#8217; Seri Najib Razak terdesak, mengajak PAS masuk BN.<\/p>\n<p>Sehubungan itu beliau menggesa pihak bertanggungjawab supaya mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang menyebabkan suasan tegang dan mengancam keselamatan negara.<\/p>\n<p>&#8220;Ambil tindakan segera terhadap mereka yang sengaja menunjukkan satu suasana yang tegang dalam negara pada hari ini.&#8221; ujarnya ketika ditemui.<\/p>\n<p>Menurutnya, isu minta maaf tidak timbul sama sekali kerana tidak ada pun usaha daripada DAP untuk menggantikan agama rasmi negara ini daripada Islam kepad Agama Kristian.<\/p>\n<p>&#8220;itu tidak timbul, isu ini tidak timbul sama sekali ia hanya merupakan tuduhan liar daripada utusan dan juga pihak-pihak tertentu untuk memutar belit dan memburukan imej\u00a0 DAP\u00a0 di kalangan masyarakat\u00a0 melayu di negara kita . <\/p>\n<p>&#8220;ini hanya satu dakyah Umno dan Barisan Nasional untuk menakut-nakutkan masyarakat melayu supaya tidak lagi memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang,&#8221;jelasnya<\/p>\n<p>Katanya, itulah sebenarnya tujuan utama Umno-BN, kerana mereka sudah rasa kedudukan mereka tergugat ekoran masyarakat berbilang kaum termasuk Iban, Dayak dan Kadazan, mula memberi sokongan yang kuat kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini<\/p>\n<p>Beliau berkata kedua-dua negeri, Sabah dan Sarawak, bukan lagi merupakan &#8216;deposit tetap&#8217; kepada Barisan Nasional.<\/p>\n<p>Beliau yakin hanya mereka yang menyokong Umno dan BN sahaja yang akan percaya\u00a0 dengan fitnah yang dilemparkan dan menyeru seluruh masyarakat supaya tidak temakan dengan dakyah pemimpin Umno-BN yang tidak bertanggungjawab<\/p>\n<p>&#8220;saya\u00a0 menyeru seluruh masyarakat khususnya masyarakat Melayu\u00a0 supaya tidak termakan (dengan) dakyah yang dihebohkan dan diwawarkan oleh pemimpim -pemimpin Umno, kerana mereka\u00a0 ini merupakan pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab,<\/p>\n<p>&#8220;dan (mereka) sengaja mewujudkan satu suasana yang tegang di negara kita dengan tujuan untuk meraih sokongan dari masyarakat Melayu demi kepentingan politik dalam pilihan raya yang akan datang,&#8221;katanya.<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=XOEJh-0eoYY<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Walaupun Dewan Undangan Negeri itu adalah &#8216;suatu dewan yang mulia&#8217; yang memberikan imuniti kepada ahli-ahlinya, namun ia tidak wajar dijadikan tempat untuk &#8216;menghina&#8217; kumpulan atau parti, apatah lagi yang tidak ada dalam dewan tersebut pada masa itu. Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5875"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5875"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5875\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5875"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5875"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5875"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}