{"id":5865,"date":"2011-05-13T18:49:24","date_gmt":"2011-05-13T10:49:24","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/05\/21-kes-curi-balak-dikesan-di-terengganu-sejak-2006-2\/"},"modified":"2011-05-13T18:49:24","modified_gmt":"2011-05-13T10:49:24","slug":"21-kes-curi-balak-dikesan-di-terengganu-sejak-2006-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/21-kes-curi-balak-dikesan-di-terengganu-sejak-2006-2\/","title":{"rendered":"21 kes curi balak dikesan di Terengganu sejak 2006"},"content":{"rendered":"<div id=\"contentPic\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/www.sinarharian.com.my\/imagesSH\/9082299.jpg\" border=\"1\" width=\"121\" height=\"169\" style=\"float: left;\" \/><\/div>\n<p><strong> KUALA TERENGGAN<\/strong>U &#8211; Sebanyak 21 kes kecurian kayu balak  telah dapat dikesan di negeri ini dari 2006 hingga Mac 2011.  <\/p>\n<p>Kerajaan Negeri dalam jawapan bertulis kepada soalan Wan Hassan Mohd  Ramli (Pas-Sura) itu menjelaskan, kes kecurian balak adalah bersabit  kesalahan yang melanggar Seksyen 15 Akta Perhutanan Negara 1984, iaitu  mengambil hasil hutan termasuk kayu balak tanpa kebenaran dari kawasan  Hutan Simpanan Kekal dan tanah kerajaan.  <\/p>\n<p> Menurut Kerajaan Negeri, pada 2006, sebanyak dua kes dikesan dengan  tangkapan sembilan orang, 2007 pula tiga kes (dua tangkapan), manakala  2008 pula, terdapat empat kes (dua tangkapan) dan pada 2009, sebanyak  tiga kes dikesan (dua tangkapan). Sebanyak sembilan kes dikesan dengan  jumlah tangkapan seramai 10 orang pada 2010.  <\/p>\n<p>\u201cDaripada 21 kes kecurian balak ini, hanya lima kes kesalahan  itu adalah kesalahan hutan yang telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan  Pendakwa raya untuk diambil tindakan.  <\/p>\n<p>\u201cSehingga kini belum ada kes yang dibuat pertuduhan di mahkamah  kerana kelima-lima kes ini masih dalam penelitian Timbalan Pendakwa  raya. Antara faktor menyebabkan bilangan kes kecil adalah kesukaran  mendapat bukti dan saksi bagi disabitkan suspek dalam kejadian ini,\u201d  katanya.  <\/p>\n<p>Sementara itu, Wan Hassan turut mengemukakan soalan bertulis  mengenai berapa banyak sejadah untuk kegunaan umat Islam menunaikan  solat yang telah dibeli Kerajaan Negeri dan siapa pembekalnya serta  berapakah kos yang terlibat.  <\/p>\n<p>Menurut Kerajaan Negeri, syarikat yang membekal sejadah ialah  BIBI HAWA &amp; SONS yang beralamat di Pulau Pinang dengan kos sebanyak  RM999,460.   <\/p>\n<p>Sejadah itu masih disimpan di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala  Terengganu sementara menunggu untuk diagihkan kepada masjid seluruh  Terengganu &#8211; SH<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Sebanyak 21 kes kecurian kayu balak telah dapat dikesan di negeri ini dari 2006 hingga Mac 2011. Kerajaan Negeri dalam jawapan bertulis kepada soalan Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Sura) itu menjelaskan, kes kecurian balak adalah bersabit kesalahan yang melanggar Seksyen 15 Akta Perhutanan Negara 1984, iaitu mengambil hasil hutan termasuk kayu balak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5865"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5865"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5865\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5865"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5865"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5865"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}