{"id":5857,"date":"2011-05-13T18:13:41","date_gmt":"2011-05-13T10:13:41","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/05\/memperingati-13-mei-hishammuddin-patut-cantas-utusan\/"},"modified":"2011-05-13T18:13:41","modified_gmt":"2011-05-13T10:13:41","slug":"memperingati-13-mei-hishammuddin-patut-cantas-utusan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/memperingati-13-mei-hishammuddin-patut-cantas-utusan\/","title":{"rendered":"Memperingati 13 Mei; Hishammuddin  patut cantas Utusan"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/05\/utusanpenghasut.gif\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/05\/utusanpenghasut.gif\" width=\"340\" height=\"149\" style=\"float: right;\" \/>Hari ini merupakan genap Peristiwa 13 Mei yang ke-42 tahun. Ia  merupakan peristiwa hitam di dalam sejarah negara kita. Peristiwa ini  berlaku disebabkan beberapa faktor. Salah satu faktor adalah penyebaran  maklumat palsu bagi menyemarakkan perasaan tidak puas hati di antara  kaum hingga menimbulkan perasaan takut, marah dan akhirnya berlaku  kemusnahan harta benda dan kematian.<\/p>\n<p>Bagi mengelak peristiwa hitam ini dari berulang, Kerajaan mesti  tegas mengeluarkan kenyataan iaitu mereka yang menyebarkan maklumat  palsu, yang memecah-belahkan Malaysia yang terdiri daripada berbilang  kaum dan agama mesti berhenti berbuat demikian.<\/p>\n<p>Oleh itu, saya menggesa pihak Kerajaan untuk mengambil tindakan  yang keras terhadap Utusan Malaysia kerana menyebarkan fitnah dan  maklumat palsu dengan penerbitan laporan &#8220;Kristian agama rasmi&#8221; di muka  depan akhbar yang tidak bertanggungjawab itu.<\/p>\n<p>Utusan Malaysia yang dimiliki oleh UMNO itu amatlah keji kerana  sanggup menerbitkan cerita rekaan sebegini berdasarkan tuduhan menggila  dua orang blogger UMNO yang tidak mempunyai sebarang bukti langsung.  Sehingga kini, UMNO tidak dikenakan sebarang hukuman oleh Menteri Dalam  Negeri Hishammuddin Hussein yang juga merupakan Naib Presiden UMNO.<\/p>\n<p>Surat amaran yang dikeluarkan kepada Utusan Malaysia oleh  Hishammuddin itu bukanlah hukuman yang setimpal dengan kesalahan Utusan  yang menerbitkkan fitnah demi melaga-lagakan orang Islam dengan orang  Kristian di negara ini.<\/p>\n<p>Saya ingin mengingatkan Hishammuddin bahawa Menteri Dalam Negeri  mempunyai track rekod mengambil tindakan yang jauh lebih keras terhadap  penerbitan lain yang sebelum ini telah melakukan kesalahan yang lebih  ringan.<\/p>\n<ol>\n<li>\n<p>Pada 2006, China Press telah dipaksa memecat dua orang  penyunting atasannya setelah mereka tersalah melaporkan kewarganegaraan  wanita yang terlibat di dalam peristiwa &#8220;ketuk-ketampi bogel&#8221; sebagai  warganegara Cina.<\/p>\n<\/li>\n<li>\n<p>Pada 2006, lesen penerbitan Sarawak Tribune telah digantung kerana menerbitkan lakaran yang menghina Nabi Muhammad.<\/p>\n<\/li>\n<li>\n<p>Pada 2006, edisi petang Guang Ming juga telah digantung selama dua minggu atas kesalahan yang sama<\/p>\n<\/li>\n<li>\n<p>Pada 2007, Makkal Osai telah digantung selama sebulan kerana menerbitkan imej yang menghina Nabi Isa.<\/p>\n<\/li>\n<li>\n<p>Pada 2008, pemberita Sin Chew, Tan Hoon Cheng telah  ditahan di bawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), bukan kerana  sebarang kesalahan tetapi kerana melaporkan perkara benar bahawa Ketua  Bahagian UMNO Datuk Ahmad Ismail telah mengambil warga Malaysia  keturunan Cina sebagai pendatang di Malaysia.<\/p>\n<\/li>\n<li>\n<p>Pada 2008, saya sendiri menjadi mangsa kewartawanan Utusan  Malaysia yang tidak bertanggungjawab apabila ia memfitnah bahawa saya  telah melarang laungan azan oleh masjid di kawasan Kinrara sehingga saya  juga ditahan di bawah ISA<\/p>\n<\/li>\n<li>\n<p>Pada 2010, Ketua Penyunting China Press, Teoh Yang Koon  telah digantung kerja selama dua minggu kerana tersilap lapor bahawa  Ketua Polis Tan Sri Musa Hassan telah meletak jawatan.<\/p>\n<\/li>\n<\/ol>\n<p>Oleh itu, Hishammuddin tidak harus berat sebelah di dalam hukuman  yang patut dikenakan ke atas Utusan Malaysia yang sudah berkali-kali  membuat laporan palsu dengan tujuan keji. Hukuman surat amaran sahaja  tidak memadai.<\/p>\n<p>Hishammuddin harus menarik balik lesen penerbitan Utusan Malaysia  sebagai mesej kepada semua bahawa kewartawanan sedemikian amatlah keji,  tidak boleh diterima, dan bertentangan dengan konsep 1Malaysia yang  kononnya disokong oleh Kerajaan. Sekiranya Hishammuddin mengambil  tindakan tersebut, rakyat Malaysia akan dibebaskan dari provokasi Utusan  Malaysia yang keji itu.<\/p>\n<p>Hishammuddin harus mengambil satu langkah lagi sebagai Naib  Presiden UMNO dengan membuang kerja para penyunting Utusan Malaysia.  Hishammuddin sememangnya mempunyai keupayaan, kuasa dan pengaruh untuk  mengarahkannya kerana Utusan Malaysia dimiliki oleh UMNO.<\/p>\n<p>Jika tidak, nampaknya kerajaan Barisan Nasional sebenarnya tidak  ikhlas di dalam mahu mencegah Peristiwa 13 Mei dari berulang. Kerajaan  BN lebih suka mempergunakan Peristiwa  13 Mei dari masa ke semasa untuk  menakut-nakutkan rakyat Malaysia, melagakan warga Malaysia sesama  sendiri demi melindungi kepentingan politik sendiri, tanpa mengira  kesannya kepada keamanan dan keselamatan negara kita.<\/p>\n<p>***<span style=\"font-family: Times New Roman;\"><em>Kenyataan media oleh Teresa Kok Suh Sim di Shah Alam pada hari Jumaat, 13<sup>hb<\/sup> Mei 2011<\/em><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Hari ini merupakan genap Peristiwa 13 Mei yang ke-42 tahun. Ia merupakan peristiwa hitam di dalam sejarah negara kita. Peristiwa ini berlaku disebabkan beberapa faktor. Salah satu faktor adalah penyebaran maklumat palsu bagi menyemarakkan perasaan tidak puas hati di antara kaum hingga menimbulkan perasaan takut, marah dan akhirnya berlaku kemusnahan harta benda dan kematian. Bagi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5857"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5857"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5857\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5857"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5857"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5857"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}