{"id":5804,"date":"2011-05-10T23:45:03","date_gmt":"2011-05-10T15:45:03","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/05\/isu-royalti-pm-pelawok-dan-cakap-menipu-2\/"},"modified":"2011-05-10T23:45:03","modified_gmt":"2011-05-10T15:45:03","slug":"isu-royalti-pm-pelawok-dan-cakap-menipu-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/isu-royalti-pm-pelawok-dan-cakap-menipu-2\/","title":{"rendered":"Isu Royalti; PM pelawok dan cakap menipu"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/03\/sidangdun.JPG\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2010\/03\/sidangdun.JPG\" width=\"238\" height=\"112\" style=\"float: left;\" \/><strong>KUALA TERENGGANU<\/strong> &#8211;\u00a0 Pemimpin negara khususnya Perdana Menteri, Dato\u2019 Seri Najib Tun Razak sendiri telah hilang \u2018integriti\u2019 serta \u2018reputasi\u2019 dalam menyelesaikan masalah ekonomi negara dan negeri. <\/p>\n<p>Timbalan Pesuruhjaya PAS,\u00a0 Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata negara menghadapi krisis keyakinan yang \u201cparah\u201d sehingga rakyat sudah tidak mempercayai kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata rakyat hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap cara urus-tadbir pemimpin negeri dan negara.<\/p>\n<p>\u201cRakyat hendak yakin macam mana, Perdana Menteri (Najib) sendiri boleh \u2018pelawok\u2019 (bohong) dan cakap menipu dalam isu royalti,\u201d tegasnya selaku Ahli Dewan Undngan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap membahas titah ucapan Ahli Majlis Perwakilan Pemangku Raja Terengganu, Tengku Sri Bendahara Raja, Tengku Mustafa Kamel Sultan Mahmud pada Persidangan Yang Keempat Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu Ke-12, di Wisma Darul Iman, 10 Mei lalu. <\/p>\n<p>Menurutnya, mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah berjanji akan menyerah kembali hak royalti minyak Terengganu.<\/p>\n<p>Bahkan, Dato\u2019 Seri Najib yang ketika itu Timbalan PM dan Menteri Kewangan pernah menyerahkan \u2018mock cheque\u2019 (replika) berjumlah RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu.<\/p>\n<p>\u201cNajib sewaktu dia jadi Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan waktu itu, mari (datang) berkempen pilihan raya kecil Kuala Terengganu. <\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/05\/wahidbahas.JPG\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/www.buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/05\/wahidbahas.JPG\" style=\"float: right;\" \/>\u201cPada 13 Disember 2008, di Stadium Negeri dan buat satu majlis penyerahan royalti \u2018mock cheque\u2019 separuh kedua kepada Menteri Besar Terengganu berjumlah RM408.6 juta. <\/p>\n<p>\u201cItu (mock cek) RM408.6 juta yang diterima oleh Ahmad (Menteri Besar), itu pun tipu. Ketua Audit Negara dalam laporannya mengatakan bahawa itu ialah baki bayaran \u2018dana khas\u2019 untuk tahun 2007,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Katanya, fakta tersebut yang tidak boleh dinafikan sekali pun dengan menggunakan slogan \u201cgagasan merakyatkan pentadbiran dan pembangunan\u201d. <\/p>\n<p>Hakikatnya, kata Abdul Wahid gagasan tersebut merupakan cerita lama yang dikitar, dikisar dan ditayangkan semula. <\/p>\n<p>\u201cHilang rugi duit adalah suatu yang tidak baik tetapi hilang integriti dan reputasi adalah lebih parah. <\/p>\n<p>\u201cKrisis yang berlaku sekarang ini dan dipersoalkan oleh rakyat walau pun kita bercakap soal slogan merakyatkan pentadbiran dan pembangunan,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu berlangsung selama empat hari bermula 9 hingga 12 Mei 2011.<\/p>\n<p>[<a href=\"http:\/\/buletinonline.mypodcast.com\/2011\/05\/Sidang_DUN_Mei_2011_Wahid_bahas_titah_perasmian-349448.html\">Dengar ucapan perbahasan titah perasmian Haji Wahid Endut di Buletinonline Radio<\/a>]<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=asx5suflmBI&amp;feature=channel_video_title<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211;\u00a0 Pemimpin negara khususnya Perdana Menteri, Dato\u2019 Seri Najib Tun Razak sendiri telah hilang \u2018integriti\u2019 serta \u2018reputasi\u2019 dalam menyelesaikan masalah ekonomi negara dan negeri. Timbalan Pesuruhjaya PAS,\u00a0 Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata negara menghadapi krisis keyakinan yang \u201cparah\u201d sehingga rakyat sudah tidak mempercayai kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini. Beliau berkata [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5804"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5804"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5804\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5804"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5804"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5804"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}