{"id":57106,"date":"2017-05-24T09:16:20","date_gmt":"2017-05-24T01:16:20","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=57106"},"modified":"2017-05-24T09:16:20","modified_gmt":"2017-05-24T01:16:20","slug":"zainab-al-ghazali-inspirasi-mujahidah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/zainab-al-ghazali-inspirasi-mujahidah\/","title":{"rendered":"Zainab al-Ghazali; Inspirasi Mujahidah"},"content":{"rendered":"<p>Seorang tokoh pendakwah wanita terkenal, Zainab al-Ghazali al-Jubaily (1917 \u2013 2005 M) telah kembali ke rahmatullah pada 3 Ogos 2005. Dalam usia mencecah 88 tahun, beliau telah berkecimpung dalam bidang dakwah selama 53 tahun bersama dengan gerakan Jama\u2019at al-Sayyidaat al-Muslimat, salah satu sayap pergerakan kaum muslimat di dalam gerakan lkhwan al-Muslimin, Mesir. Beliau merupakan tulang belakang kepada gerakan muslimat yang merentasi beberapa buah negara Arab dan Islam sepanjang perjalanannya sebagai pendakwah.<\/p>\n<p>Zainab al-Ghazali yang dilahirkan pada 2 Januari 1917\/ bersamaan 8 Rabiul Awal 1335 H, di sebuah perkampungan al-Buhairah (utara Kaherah), adalah terdiri daripada keluarga yang berpegang kuat kepada ajaran Islam. Bapanya adalah salah seorang ulama al-Azhar yang cukup berpengaruh dan bertanggungjawab mentarbiyahnya dengan ilmu-ilmu agama agar beliau sentiasa berpegang kepada kebenaran. Bapanya memanggil beliau dengan panggilan Nusaibah Binti Ka\u2019ab, iaitu salah seorang sahabat wanita yang mempertahankan Rasulullah \ufdfa di dalam medan Uhud.<\/p>\n<p>Pada peribadi Zainab al-Ghazali tercanai kukuh sifat-sifat gigih dan berani hasil didikan ayahnya yang menginginkan beliau menjadi seorang yang hebat. Bapanya sering membawa beliau bersama ke masjid dan menghadiri majlis-majlis ta\u2019alim bersama beberapa ulama\u2019 al-Azhar. Beliau sering diperingatkan agar sentiasa menunaikan solatnya pada awal waktu dan membentuk jati diri mujahidah dengan sering menceritakan kisah para sahabiyah terulung dan meniupkan semangat untuk mencontohi perjuangan mereka dalam membela agama Islam.<\/p>\n<p>Selain mendidik, bapanya juga merupakan usahawan kapas di Mesir. Selepas bapanya meninggal dunia ketika Zainab al-Ghazali berusia 10 tahun, beliau dibawa ibu dan saudaranya berpindah ke Kaherah bagi meneruskan kehidupannya di sana. Di Kaherah, beliau aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan pernah menganggotai salah sebuah pertubuhan wanita yang dipimpin oleh Huda Sya\u2019arawi pada tahun 1923. Pandangan pertubuhan berkenaan, sering mendapat kritikan hebat daripada para ulama al-Azhar kerana membawa agenda westernisasi feminisme dan liberalisme.<\/p>\n<p>Pandangan ahli pertubuhan yang dipimpin Huda Sya\u2019rawi itu disifatkan al-Azhar menyeleweng daripada nas-nas Islam yang sebenar, sehingga menyebabkan akhirnya sebarang aktiviti pertubuhan itu dilarang untuk bergerak di Mesir. Huda Sya\u2019rawi terkenal dengan kelantangannya menuntut dan memperjuangkan hak-hak wanita, malah pernah melantik Zainab al-Ghazali dalam bahagian pentadbiran dengan harapannya agar gadis yang dilihatnya sangat berpotensi itu bakal menggantikannya memimpin kumpulan memperjuangkan hak wanita tersebut.<\/p>\n<p>Namun, selepas sekian lama Nusaibah Binti Ka\u2019ab kurun ke-20 ini bersama pergerakan pimpinan Huda Sya\u2019arawi, Zainab al-Ghazali meninggalkan pertubuhan wanita yang songsang itu dan menubuhkan satu pertubuhan muslimat yang menumpukan perhatian kepada penyebaran dakwah di kalangan kaum wanita pada tahun 1936. Implikasi penglibatan beliau tersebut pada masa yang sama dapat menghakis prejudis terhadap Islam yang kononnya sentiasa menghalang atau menyekat kebebasan wanitanya daripada turut menyumbang kepada kepimpinan masyarakat dan negara.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/return-of-the-pharaoh-1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter size-full wp-image-57502\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/return-of-the-pharaoh-1.jpg\" alt=\"\" width=\"831\" height=\"1200\" \/><\/a>Selain berkhidmat dalam pergerakan sosial, Zainab al-Ghazali turut tidak mengecualikan dirinya untuk terus mempelajari ilmu-ilmu agama daripada beberapa orang guru al-Azhar secara tidak formal antaranya seperti Syaikh Ali Mahfuz, Syaikh Muhammad Sulaiman al-Najjar dan Syaikh Majid al-Labban. Hal ini kerana pengajian bagi syahadah di Universiti al-Azhar hanya dibuka secara rasmi kepada siswi bermula pada tahun 1961. Oleh kerana itu, beliau menyusun pelbagai kegiatan ilmu di antaranya menubuhkan pusat dakwah bagi melahirkan para pendakwah di kalangan wanita.<\/p>\n<p>Dari masa ke semasa, pertubuhan muslimat yang diasaskannya mengadakan kerjasama dengan gerakan lkhwan al-Muslimin pimpinan Hassan al-Banna pada tahun 1948, sebelum konspirasi pembunuhan terhadapnya berlaku. Sepanjang pengenalan Zainab al-Ghazali dengan Hassan al-Banna, beliau giat memperkenalkan pertubuhan muslimat sebagai salah satu anggota sayap bagi gerakan lkhwan al-Muslimin khusus bagi kaum wanita. Zainab al-Ghazali menerajui gerakan yang dinamakan Jama\u2019at al-Sayyidaat al-Muslimat dengan jumlah keanggotaan seramai 3 juta orang.<\/p>\n<p>Apabila berlaku pembunuhan Mursyidul Am Ikhwan al-Muslimin iaitu Hassan al-Banna, Zainab al-Ghazali terus beristiqamah di dalam gerakan Islam dan berbai\u2019ah kepada Hassan al-Hudhaibi, pengganti Hassan al-Banna itu untuk terus berbakti dalam perjuangan menegakkan Islam. Beliau terus mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pimpinan-pimpinan Ikhwan al-Muslimin, mendengar pandangan-pandangan mereka dan mengambil pengajaran daripada mereka.<\/p>\n<p>Namun, gerakan lkhwan al-Muslimin sering menerima tribulasi sehingga ramai di kalangan pimpinannya ditangkap atas arahan Perdana Menteri ketika itu, Mustafa al-Nuhas Basha (1879 \u2013 1965 M). Zainab al-Ghazali memainkan peranan penting menghubungi isteri-isteri pimpinan Ikhwan yang ditangkap dan membantu kebajikan mereka. Tekanan demi tekanan terus diterima, walaupun setelah pemerintahan Raja Farouk (silsilah raja terakhir dalam keluarga Muhammad Ali Pasha) digulingkan dalam revolusi 23 Julai 1952 yang dipimpin Jamal Abd al-Nasir.<\/p>\n<p>Di zaman Jamal Abd al-Nasir, Zainab al-Ghazali dipaksa memimpin sayap wanita Parti Sosialis Mesir yang diasaskan oleh Salama Moussa (1887 \u2013 1958 M), tetapi beliau menolaknya dengan keras. Salama Moussa yang beragama Kristian Koptik merupakan pemikir sosialis pertama di Mesir. Salama sangat terpengaruh dengan fabianisme ketika belajar di Lincoln\u2019s Inn Society, England dan pernah menjadi anggota \u201cThe Fabian Society\u201d pada Julai 1909. Pada tahun 1913, Salama kembali ke Mesir dan berusaha untuk menyebarkan dasar sosialisme bersama Farah Antoun (1874 \u2013 1922 M).<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/zaimnb.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-57501 alignright\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/zaimnb.jpg\" alt=\"\" width=\"234\" height=\"320\" \/><\/a>Keengganan Zainab al-Ghazali untuk menyertai parti sosialis Salama Moussa menyebabkan Jamal Abd al-Nasir mengeluarkan arahan agar pertubuhan muslimat diharamkan, segala penerbitannya dilarang. Beliau ditangkap pada Ogos 1965 dan dipenjarakan di penjara wanita al-Qanatir selama enam tahun atas tuduhan sebagai penentang revolusi. Penderitaannya dalam penjara dirakamkan dalam karya yang berjudul \u201c\u0623\u064a\u0627\u0645 \u0645\u0646 \u062d\u064a\u0627\u062a\u064a\u201d, bermaksud hari-hari dalam hidupku. Buku tersebut telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh al-Marhum Ustaz Hj. Mohd Tahir Daeng Mengati.<\/p>\n<p>Akhirnya dengan perantaraan dan campur tangan Raja Arab Saudi, Raja Faisal Abd al-Aziz (1904 \u2013 1975 M), Zainab al-Ghazali telah dibebaskan di zaman pemerintahan Anwar Sadat pada Ogos 1971. Setelah beliau dibebaskan, beliau terus memperlihatkan kesungguhannya dalam bidang dakwah tanpa pudar dan terus istiqamah sehingga membuatnya terpanggil menyebarkan Islam bukan sahaja dalam negara asalnya di Mesir, malah ke beberapa buah negara Arab dan Islam. Beliau juga semakin aktif dalam bidang penulisan yang dikaitkannya dengan amalan dakwah.<\/p>\n<p>Terdapat beberapa kitabnya yang mendapat pengiktirafan ilmuwan Islam antaranya seperti karya \u201c\u0646\u062d\u0648 \u0628\u0639\u062b \u062c\u062f\u064a\u062f\u201d dan \u201c\u0646\u0638\u0631\u0627\u062a \u0641\u064a \u0643\u062a\u0627\u0628 \u0627\u0644\u0644\u0647\u201d. Sesungguhnya penjara dan seksaan, tidak mematahkan tekad Zainab al-Ghazali bahkan membuatkannya lebih kuat. Beliau meninggalkan warisan berupa perjuangan membela Islam dan reputasinya sebagai aktivis muslimat yang tanpa ragu melawan ideologi-ideologi songsang dan menggantikannya dengan nilai-nilai Islam.<\/p>\n<p>Zainab al-Ghazali meyakini bahawa syariat Islam tidak melarang kaum wanita untuk bermasyarakat, berusaha pada bidang perekonomian atau apapun kegiatan demi menunjang perkembangan sosial Muslim. Keistimewaan ini tidak diberi oleh mana-mana agama ataupun perundangan lain kerana dalam Islam peranan wanita diiktiraf sebahagian daripada tonggak dalam masyarakat. Wanita berhak bergerak dalam dunia politik serta mengungkapkan gagasan-gagasannya, kerana masa depan kepada perkembangan semasa dan jatuh bangun sesuatu kebangkitan bermula dengan wanita.<\/p>\n<p>Walaupun usaha yang dilakukan oleh muslimat tidak seperti sumbangan kaum muslimin, tetapi tanggungjawab untuk menyebarkan risalah dakwah adalah tanggungjawab bersama. Malah mereka di kurniakan keistimewaan khusus di mana pengaruhnya dapat meresap ke dalam jiwa individu, keluarga, masyarakat dan ummah seluruhnya. Tanpa adanya gabungan tenaga antara muslimin dan muslimat maka kejayaan penyebaran misi risalah agung ini tidak tercapai dan terlaksana. Firman Allah :<\/p>\n<p>\u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u064f\u0648\u0646\u064e \u0648\u064e\u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0624\u0652\u0645\u0650\u0646\u064e\u0627\u062a\u064f \u0628\u064e\u0639\u0652\u0636\u064f\u0647\u064f\u0645\u0652 \u0623\u064e\u0648\u0652\u0644\u0650\u064a\u064e\u0627\u0621\u064f \u0628\u064e\u0639\u0652\u0636\u064d \u06da \u064a\u064e\u0623\u0652\u0645\u064f\u0631\u064f\u0648\u0646\u064e \u0628\u0650\u0627\u0644\u0652\u0645\u064e\u0639\u0652\u0631\u064f\u0648\u0641\u0650 \u0648\u064e\u064a\u064e\u0646\u0652\u0647\u064e\u0648\u0652\u0646\u064e \u0639\u064e\u0646\u0650 \u0627\u0644\u0652\u0645\u064f\u0646\u0643\u064e\u0631\u0650<br \/>\n\u201cDan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar&#8230;\u201d (surah al-Taubah, ayat 71)<\/p>\n<p>Zainab al-Ghazali tetap berpendirian bahawa tugas utama seorang wanita adalah menjadi ibu yang baik bagi anak-anak dan menjadi isteri yang taat bagi suaminya. Jangan ada apapun yang menghalangi kaum wanita untuk tidak menjalankan tugas ini. Tidak dapat dinafikan bahawa penglibatan Zainab al-Ghazali di dalam gerakan dakwah telah menjadi inspirasi kepada muslimah di zaman moden ini. Akhirnya pada tanggal 3 Ogos 2005, beliau dijemput pulang ke pangkuan Ilahi dan disolatkan di masjid Rabia\u2019t al-Adawiyyah, Medinat Nasr.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Seorang tokoh pendakwah wanita terkenal, Zainab al-Ghazali al-Jubaily (1917 \u2013 2005 M) telah kembali ke rahmatullah pada 3 Ogos 2005. Dalam usia mencecah 88 tahun, beliau telah berkecimpung dalam bidang dakwah selama 53 tahun bersama dengan gerakan Jama\u2019at al-Sayyidaat al-Muslimat, salah satu sayap pergerakan kaum muslimat di dalam gerakan lkhwan al-Muslimin, Mesir. Beliau merupakan tulang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":57500,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":57500,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":560,"height":372,"file":"2017\/05\/zaynab-ghazali.jpg","filesize":84588,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":57106,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/05\/zaynab-ghazali.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/57106"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=57106"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/57106\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/57500"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=57106"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=57106"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=57106"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}