{"id":56578,"date":"2017-04-27T21:47:49","date_gmt":"2017-04-27T13:47:49","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=56578"},"modified":"2017-04-28T01:20:33","modified_gmt":"2017-04-27T17:20:33","slug":"siasah-syariyah-bukan-mengejar-matlamat-kemenangan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/siasah-syariyah-bukan-mengejar-matlamat-kemenangan\/","title":{"rendered":"Siasah Syar&#8217;iyah Bukan Mengejar Matlamat Kemenangan"},"content":{"rendered":"<p>ALOR SETAR &#8211; Siasah syar&#8217;iyah adalah wasilah untuk menegakkan perintah Allah dan bukannya mengejar matlamat kemenangan semata-mata.<\/p>\n<p>Allah menjadikan manusia sebagai khalifah untuk mentadbir muka bumi ini bagi menjalankan segala perintah dan laranganNya.<\/p>\n<p>Penegasan itu dibuat oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Yang Amat Berhormat Dato&#8217; Bentara Kanan, Ustaz Haji Ahmad Yakob.<\/p>\n<p>&#8220;Sheikh Said Hawa menyatakan bahawa matlamat mewujudkan khalifah bukan untuk memberi kuasa kepada manusia tetapi  untuk memberi kekiasaan kepada Islam yang dilaksanakan oleh manusia,<\/p>\n<p>&#8220;Sebab itu kita (PAS) berusaha melalui kuasa politik yang ada pada kita dalam sistem negara demokrasi yang ada ini untuk mendapatkan kuasa bagi membolehkan tuntutan Allah dapat dilaksanakan sepenuhnya,&#8221; kata beliau.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat kali ke-56 yang diadakan di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU), Kedah disini pada Khamis 27 April.<\/p>\n<p>Menurutnya, senario politik Malaysia yang banyak dipengaruhi oleh fahaman sekularisme, nasionalisme dan juga sosialisme telah menyempitkan ruang bagi pemahaman sistem pemerintahan, untuk kita memahami syariat Islam dalam konteks yang sebenar. <\/p>\n<p>&#8220;Dalam Islam agama dan politik atau urusan pemerintahan tidak boleh dipisahkan,<\/p>\n<p>&#8220;fahaman yang memisahkan agama dan urusan pemerintahan yang digelar sekularisme amat bertentangan dengan fitrah dan akidah Islam itu sendiri,&#8221; jelasnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, Mufti terakhir kerajaan Uthmaniah Sheikh Mustaffa Sobri telah menegaskan bahawa pemisahan agama dan politik adalah jalan pintas untuk seseorang menjadi kufur.<\/p>\n<p>&#8220;Disinilah kita (PAS) memerlukan tenaga para ulama yang tinggi kesedarannya terhadap pembangunan negara berteraskan panduan syariat,&#8221; tegas beliau.<\/p>\n<p>Malah katanya, jika ditinjau kepada sejarah lampau Khulafah ar-Rasyidin adalah pemerintah awal Islam yang bertaraf ulama.<\/p>\n<p>Begitu juga dalam era kerajaan Bani Umaiyyah, Bani Abbasiyyah dan kerajaan Turki Uthmaniah, kata beliau, juga terdapat pemerintah yang majoritinya adalah ulama.<\/p>\n<p>Ustaz Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar Kelantan menerangkan, ulama yang dimaksudkan ialah yang faham ilmu dan beramal dengan Islam.<\/p>\n<p> &#8220;sesungguhnya orang yang alim ialah orang yang beramal dengan ilmunya,&#8221; kata beliau memetik ucapan Khalifah keempat, Syaidina Ali bin Abu Talib.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ALOR SETAR &#8211; Siasah syar&#8217;iyah adalah wasilah untuk menegakkan perintah Allah dan bukannya mengejar matlamat kemenangan semata-mata. Allah menjadikan manusia sebagai khalifah untuk mentadbir muka bumi ini bagi menjalankan segala perintah dan laranganNya. Penegasan itu dibuat oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Yang Amat Berhormat Dato&#8217; Bentara Kanan, Ustaz Haji Ahmad Yakob. &#8220;Sheikh Said Hawa menyatakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":56580,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":56580,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1922,"height":1162,"file":"2017\/04\/IMG_20170427_214722.jpg","filesize":180192,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":null,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/04\/IMG_20170427_214722.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/56578"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=56578"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/56578\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/56580"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=56578"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=56578"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=56578"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}