{"id":56454,"date":"2017-04-25T08:11:29","date_gmt":"2017-04-25T00:11:29","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=56454"},"modified":"2017-04-25T12:51:02","modified_gmt":"2017-04-25T04:51:02","slug":"jumlah-rakyat-miskin-membimbangkan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/jumlah-rakyat-miskin-membimbangkan\/","title":{"rendered":"Jumlah Rakyat Miskin Membimbangkan"},"content":{"rendered":"<p>KUALA NERUS &#8211; PAS menyifatkan jumlah 30 peratus penduduk yang masih dikategorikan sebagai golongan miskin dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir adalah sesuatu yang membimbangkan.<\/p>\n<p>Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS kawasan tersebut Ustaz Zakaria Dagang berkata, jumlah itu amat mengejutkan kerana Seberang Takir didakwa sebuah kawasan yang kian pesat membangun .<\/p>\n<p>Apatah lagi, kata beliau, kawasan yang diwakili oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga Menteri Besar Terengganu, Dato\u2019 Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.<\/p>\n<p>\u201cAngka 30 peratus itu adalah besar dalam suasana kemajuan dan pembangunan yang semakin pesat di negeri ini khususnya,<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/Zakaria-Dagang-2.png\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-37127\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2015\/08\/Zakaria-Dagang-2.png\" alt=\"\" width=\"653\" height=\"391\" \/><\/a>\u201cApatah lagi sepanjang sudah hampir sepenggal wakil rakyat di DUN Seberang Takir ini menjawat jawatan sebagai Menteri Besar, bahkan sebelum itu sudah sepenggal sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco),\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika mengulas dapatan daripada kajian bertajuk, \u2018Miskin Bergenerasi dan Mobiliti Kemiskinan di Seberang Takir\u2019 yang dilakukan oleh sekumpulan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tahun lalu.<\/p>\n<p>Menurut beliau, antara punca kemiskinan yang disenaraikan dalam kajian itu adalah sumber pendapatan terutama kepada sebahagian besar penduduk yang masih bergantung hidup sebagai nelayan.<\/p>\n<p>\u201cKekurangan kemahiran dan teknologi di kalangan anak-anak Seberang Takir dan kesihatan serta penyakit juga merupakan faktor kepada putaran kemiskinan yang disebut dalam kajian itu,<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/04\/xDSC_4003.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"aligncenter wp-image-56460\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/04\/xDSC_4003.jpg\" alt=\"\" width=\"578\" height=\"359\" \/><\/a>\u201cKorupsi juga dinyatakan sebagai punca penyumbang kepada kemiskinan\u2026\u2026\u2026akibat masalah korupsi yang banyak di kalangan pemimpin negara,\u201d ujar beliau.<\/p>\n<p>Katnya, pembangunan negara akan bermasalah dan akibatnya negara tidak akan maju dan menjadi sebuah negara mundur.<\/p>\n<p>\u201cKesannya (negatif) juga dirasai oleh rakyat\u2026\u2026.sebab itu, walaupun pelbagai usaha didakwa diambil oleh parti pemerintah,<\/p>\n<p>\u201chakikatnya rakyat di bawah masih dalam tahap yang sama, tetap dalam kesusahan,\u201d jekas beliau.<\/p>\n<p>Justeru itu, berdasarkan kepada situasi tersebut, beliau berkata, ia dilihat seolah-olah Umno-BN gagal menyelesaikan masalah kemiskinan rakyat di kawasan pemimpin utama mereka.<\/p>\n<p>Artikel berkait;<br \/>\n<a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/hampir-30-peratus-penduduk-seberang-takir-miskin\/\">Hampir 30 Peratus Penduduk Seberang Takir Miskin?<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA NERUS &#8211; PAS menyifatkan jumlah 30 peratus penduduk yang masih dikategorikan sebagai golongan miskin dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir adalah sesuatu yang membimbangkan. Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS kawasan tersebut Ustaz Zakaria Dagang berkata, jumlah itu amat mengejutkan kerana Seberang Takir didakwa sebuah kawasan yang kian pesat membangun . Apatah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":56459,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":56459,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":914,"height":533,"file":"2017\/04\/miskin-seberang-takir.jpg","filesize":249518,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"1493107161","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":56454,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/04\/miskin-seberang-takir.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/56454"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=56454"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/56454\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/56459"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=56454"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=56454"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=56454"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}