{"id":56422,"date":"2017-04-24T16:19:53","date_gmt":"2017-04-24T08:19:53","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=56422"},"modified":"2017-04-24T16:23:52","modified_gmt":"2017-04-24T08:23:52","slug":"sudah-sudahlah-drb","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/sudah-sudahlah-drb\/","title":{"rendered":"Sudah&#8230;.sudahlah&#8230;&#8230;DRB&#8230;."},"content":{"rendered":"<p>Terus terang, saya sangat tidak berminat untuk menulis tentang hal yang berkaitan dengan Pengerusi PAN Terengganu merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang keluar PAS dan membawa lari kerusi PAS bersamanya. Kalau lah tidak kerana isu yang di bawa oleh beliau itu berkaitan dengan PAS Kuala Terengganu dan nama saya juga dipetik sama seperti dalam laporan Sinar Harian hari ini bertajuk <a href=\"http:\/\/www.sinarharian.com.my\/edisi\/terengganu\/saya-jiwai-ilmu-tok-guru-1.664190\" target=\"_blank\">Saya Menjiwai Ilmu Tok Guru Nik Aziz<\/a> yang merujuk kepada DRB, sudah tentu saya tidak berselera untuk menyentuhnya.<\/p>\n<p>Seingat saya, selepas DRB keluar PAS, saya tidak ada menyentuh hal beliau melainkan sekali saya membuat posting di Fb mendoakan kesembuhan beliau ketika beliau dilaporkan jatuh sakit di luar negara tempohari.<\/p>\n<p>Apabila DRB membuat kenyataan dalam tulisan beliau yang di siarkan oleh Malaysiakini pada 12 april 2017 bertajuk Usaha Padam Legasi Nik Aziz, saya membaca dan saya menggelengkan kepala secara spontan kerana tulisan itu jelas terlalu jauh lari dari kebenarannya. Spontan hati saya berkata Lupakah DRB ni akan tujuan utama perbincangan yang hanya saya, beliau dan Hj Ahmad Amzad Hashim terlibat, atau mengapa beliau tergamak membuat tuduhan jahat dan fitnah bahawa PAS Kuala Terengganu berusaha untuk memadamkan legasi Tok Guru Nik Aziz?<\/p>\n<p>Saya telah meminta kepada Tuan Haji Ahmad Amzad atas sifat beliau sebagai antara yang hadir dalam pertemuan itu dan atas sifatnya sebagai Ketua Penerangan PAS KT untuk menjawab dan membuat pembetulan fakta bohong oleh DRB.<\/p>\n<p>Malangnya DRB sekali lagi berkeras menafikan fakta tujuan pertemuan itu diadakan dalam surat terbukanya yang sekali lagi disiarkan oleh Malaysiakini.<\/p>\n<p>Hari ini, keluar pula berita dari Sinar Harian susulan dari isu yang sama.<\/p>\n<p>Saya ingin menegaskan kepada DRB yang mungkin sudah lupa atau beliau ada tujuan dan niat yang jahat terhadap PAS KT, bahawa tujuan sebenar pertemuan itu ialah untuk membuat teguran secara berhikmah kepada DRB tanpa melibatkan ramai orang atas kedudukannya sebagai seorang pemimpin dan kami pada masa itu sangat sayang kepadanya dan mahu beliau maju lebih tinggi lagi dalam politik tanahair melalui PAS.<\/p>\n<p>Saya membuat teguran kepadanya atas tulisan beliau yang tidak setuju apabila UMNO BN membuat bayangan untuk tidak bertanding dalam PRK Dun Cempaka ekoran kematian Almarhum Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat.<\/p>\n<p>Saya kata, kita sepatutnya membiarkan sahaja hasrat UMNO BN itu menjadi kenyataan, kerana sekiranya UMNO BN tidak meletakkan calon dalam PRK itu, ia adalah lebih baik kerana semua mengetahui apabila berlaku PRK, maka semua jentera di seluruh negara akan tertumpu kepadanya dan operasi rutin PAS di semua peringkat di seluruh negara akan tertangguh.<\/p>\n<p>Komitmen kewangan juga sangat besar. Masa juga banyak di habiskan di kawasan PRK. PAS sudah pasti akan meletakkan calon di Dun Cempaka kerana ia adalah kawasan PAS, maka sekiranya kita boleh menang tanpa bertanding jika UMNO BN tidak meletakkan calonnya maka itu lebih baik dan banyak perkara lain dan komitmen lain yang kita boleh lakukan di Kawasan masing masing. Maka mencabar UMNO BN ketika itu untuk bertanding adalah tidak kene pada tempatnya dan salah!<\/p>\n<p>Saya juga disamping itu bercakap berkenaan perkara perkara lain seperti yang telah <a href=\"https:\/\/www.facebook.com\/dmpnterengganu\/posts\/1283974178376461:0\">dinyatakan oleh Hj Ahmad Amzad dalam tulisannya.<\/a><\/p>\n<p>Tidak ada langsung dalam pertemuan itu saya menyebut atau membayangkan PAS KT mahu memadamkan legasi TOK GURU NIK AZIZ.<\/p>\n<p>Mengapa kami perlu memadamkan segala sumbangan, jasa dan ketokohan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat?<\/p>\n<p>Sedarkah DRB bahawa Almarhum Tok Guru meninggal dalam keadaan menjawat jawatan sebagai Mursyidul Am PAS?<\/p>\n<p>Sedarkah DRB bahawa Almarhum Tok Guru meninggal dalam keadaan menjadi Wakil Rakyat PAS?<\/p>\n<p>Sedarkah DRB bahawa Almarhum Tok Guru meninggal dalam keadaan menjadi Ahli PAS?<\/p>\n<p>DRB kata mahu menjiwai Ilmu Tok Guru Nik Aziz . Tak cukup menjiwai saja tapi kene ikut seperti apa yang Tok Guru Nik Aziz lakukan dan buktikan dengan ilmunya semasa hayatnya.<\/p>\n<p>Sedarkah DRB, Ketika MB PAS Kelantan, Dato Hj Mohamad Nasir keluar PAS dan tubuh parti Berjasa, Almarhum Tok Guru kekal istiqamah bersama PAS<\/p>\n<p>Sedarkah DRB, Ketika Bekas Presiden PAS, Datok Asri Muda keluar PAS dan tubuh Parti Hamim, Almarhum Tok Guru kekal istiqamah bersama PAS<\/p>\n<p>Sedarkah DRB, ketika Ustaz Ustaz muda dalam PAS keluar PAS kerana tidak bersetuju dengan PAS bergabung dengan Parti Melayu Semangat 46, Almarhum Tok Guru kekal istiqamah dengan PAS<\/p>\n<p>Sedarkah DRB, ketika orang lama PAS Kelantan, Cg Musa keluar PAS dan tubuh Parti Akim, Almarhum Tok Guru kekal istiqamah bersama PAS<\/p>\n<p>Akhirnya, Sedarkah DRB semua anggota keluarga Almarhum Tok Guru Nik Aziz samaada anak menantunya termasuk Isteri Almarhum Tok Guru sendiri kekal istiqamah bersama PAS sehingga sekarang<\/p>\n<p>Jadi Ilmu Tok Guru mana yang DRB mahu menjiwai sebenarny??<\/p>\n<p>Sudah sudahlah DRB&#8230;.<\/p>\n<p>Wan Sukairi Wan Abdullah<br \/>\nYDP PAS Kuala Terengganu.<br \/>\n26 rejab 1438 \/ 23 april 2017<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Terus terang, saya sangat tidak berminat untuk menulis tentang hal yang berkaitan dengan Pengerusi PAN Terengganu merangkap Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang keluar PAS dan membawa lari kerusi PAS bersamanya. Kalau lah tidak kerana isu yang di bawa oleh beliau itu berkaitan dengan PAS Kuala Terengganu dan nama saya juga dipetik sama seperti dalam laporan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":56328,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":56328,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1562,"height":1047,"file":"2017\/04\/wAN-sUKARI-PASAR-TANI.jpg","filesize":286858,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":56327,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/04\/wAN-sUKARI-PASAR-TANI.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/56422"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=56422"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/56422\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/56328"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=56422"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=56422"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=56422"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}