{"id":5545,"date":"2011-04-23T15:04:42","date_gmt":"2011-04-23T07:04:42","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/04\/prn-sarawak-mengapa-yang-menang-gusar-kepada-yang-kalah\/"},"modified":"2011-04-23T15:04:42","modified_gmt":"2011-04-23T07:04:42","slug":"prn-sarawak-mengapa-yang-menang-gusar-kepada-yang-kalah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/prn-sarawak-mengapa-yang-menang-gusar-kepada-yang-kalah\/","title":{"rendered":"PRN Sarawak; mengapa yang menang gusar kepada yang kalah?"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/PRN%20SARAWAK.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/PRN%20SARAWAK.jpg\" style=\"float: right;\" \/>Benar BN telah memenangi pilihanraya negeri (PRN)Sarawak. Benar,  kerajaan BN di bawah kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud, telah mengekalkan  kuasa 2\/3 majoriti mereka di Dewan Undangan Negeri Sarawak.<\/p>\n<p>Namun euporia dan gegak gempita keseronokan seperti malam 16 April  hari Sabtu lalu tampak tidak mampu bertahan lama. Kerajaan Barisan  Nasional Sarawak kembali diselubungi iklim cemas, rimas bercampur suram  sesekali terkejut semacam orang baru kebah atau baik demam. Igauan ngeri  takut kalah masih menghantui perasaannya dan psikologi-psike mereka  rapuh.<\/p>\n<p>Masakan tidak takut. Mengikut informasi risik pihak kerjaan BN  sendiri sehingga ke saat akhir di garis penamat, dikatakan PBB dan  parti-parti komponen BN akan kehilangan 2\/3 majoriti. Bahkan tidak  kurang yang berharap untuk menyaksikan pemerintahan baru di bumi  kenyalang itu.<\/p>\n<p>Penulis ketika mengendalikan satu Sidang Akhbar Jentera Pilihanraya  PAS Sarawak, di Markaz Besar pada hari Rabu 13 April (seperti dilaporkan  oleh Harakahdaily.net), telah membuat ramalan yang kurang disenangi  pemerhati politik, khususnya pemimpin dan penyokong tegar Pakatan  sendiri.<\/p>\n<p>Meramalkan senario terbaik buat Pakatan hanya dengan memenangi 17  kerusi, sementara umum sedang menyaksikan bahawa sambutan program-progam  Pakatan adalah luar dugaan merupakan kenyataan yang menongkah arus.  Tidak popular. Lebih tidak wajar dikeluarkan oleh pimpinan PAS Pusat.  Ada sebab mengapa penulis terpaksa berpada dengan sebutan tersebut.<\/p>\n<p>Namun hari ini, penulis masih mampu mangangkat kepalanya.  Berkebetulan hampir tepat ramalannya dengan pengumuman pada malam 16  April. BN memenangi 55 kerusi sementara pembangkang mendapat 16 kerusi,  termasuk satu dari bebas selainnya Pakatan.<\/p>\n<p>Telah banyak yang diperkatakan dan ditulis tentang keputusan PRN  Sarawak semcam malas pulak untuk menambah lagi. Namun seperti biasa,  penulis bukan sekadar terpaksa mengatakan sesuatu tetapi punya sesuatu  untuk diperkatakan.<\/p>\n<p>Andainya tidak diambil kesempatan ini, peluang untuk menyebutnya  tepat dan jitu pada ketika dan waktu ia diambil perhatian pembaca akan  sekali lagi terlucut.<\/p>\n<p>Inilah maudhu\u2019 sentral penulisan ini. Ia adalah beberapa pengamatan  kritis penulis mengapa Pakatan gagal menyingkir Barisan Nasional dan  khususnya Taib Mahmud dalam PRN Sarawak lalu. Kebobrokan perjalanan  P\/raya oleh SPR tidak akan disinggung termasuk salah laku membeli undi  oleh BN.<\/p>\n<p>Lebih penting adalah supaya \u2018penegasan-keinsafan\u2019 nanti bakal menjadi  \u2018ingatan sempadan\u2019 agar kesilapan tidak diulangi dalam berdepan dengan  cabaran PRU ke-13 akan datang!<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/blog.drdzul.com\/2011\/04\/22\/mengapa-najib-taib-yang-menang-gusar-kepada-pakatan-yang-kalah\/#more-3182\">Baca lagi&gt;&gt;<\/a><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Benar BN telah memenangi pilihanraya negeri (PRN)Sarawak. Benar, kerajaan BN di bawah kepimpinan Tan Sri Taib Mahmud, telah mengekalkan kuasa 2\/3 majoriti mereka di Dewan Undangan Negeri Sarawak. Namun euporia dan gegak gempita keseronokan seperti malam 16 April hari Sabtu lalu tampak tidak mampu bertahan lama. Kerajaan Barisan Nasional Sarawak kembali diselubungi iklim cemas, rimas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5545"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5545"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5545\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5545"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5545"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5545"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}