{"id":5513,"date":"2011-04-22T10:36:57","date_gmt":"2011-04-22T02:36:57","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/04\/kepimpinan-adalah-tanggungjawab-dan-amanah\/"},"modified":"2011-04-22T10:36:57","modified_gmt":"2011-04-22T02:36:57","slug":"kepimpinan-adalah-tanggungjawab-dan-amanah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kepimpinan-adalah-tanggungjawab-dan-amanah\/","title":{"rendered":"Kepimpinan adalah tanggungjawab dan amanah"},"content":{"rendered":"<div class=\"ii gt\">\n<div>\n<div class=\"ii gt\">\n<div>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/IMG_1715.JPG\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/IMG_1715.JPG\" style=\"float: left;\" \/><strong>ALQIADAH : TAKLIF LAA TASYRIF <\/strong><\/p>\n<p>Kepimpinan  adalah institusi  terpenting bagi sebuah organisasi. Tidak ketinggalan  bagi sebuah Gerakan  Islam seperti Parti Islam Semalaysia (PAS).<\/p>\n<p>Justeru  itu , ia  mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi  memastikan  dasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan  menepati objektif  serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai  dengan cemerlang.<\/p>\n<p>Menjawat  atau menyandang status sebagai  seorang pemimpin dipelbagai peringkat  parti mestilah dengan segala  keupayaan dan kelayakkan yang diiktiraf  oleh syara&#8217; , berpandukan  petunjuk <span id=\"lw_1303468550_0\" class=\"yshortcuts\" style=\"border-bottom: 2px dotted #366388; cursor: pointer;\">Al &#8211; Quran<\/span> dan As &#8211; <span id=\"lw_1303468550_1\" class=\"yshortcuts\">Sunnah<\/span>.<\/p>\n<p style=\"color: #cc0000;\"><strong>Kepimpinan ( Al Qiadah ) bukanlah satu kemuliaan atau kebanggaan (tasyrif) tetapi ia adalah tanggungjawab dan amanah (taklif). <\/strong><\/p>\n<p>\u0639\u0646   \u0623\u0628\u0649 \u0630\u0631\u0651 \u0642\u0627\u0644: \u0642\u0644\u062a \u064a\u0627 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0623\u0644\u0627 \u062a\u0633\u062a\u0639\u0645\u0644\u0646\u0649 \u0641\u0636\u0631\u0628 \u0628\u064a\u062f\u0647 \u0639\u0644\u0649 \u0645\u0646\u0643\u0628\u064a \u062b\u0645 \u0642\u0627\u0644:  &#8221;  \u064a\u0627 \u0623\u0628\u0627 \u0630\u0631\u0625\u0646\u0643 \u0636\u0639\u064a\u0641 \u0648\u0625\u0646\u0647\u0627 \u0623\u0645\u0627\u0646\u0629 \u0648\u0625\u0646\u0647\u0627 \u064a\u0648\u0645 \u0627\u0644\u0642\u064a\u0627\u0645\u0629 \u062e\u0632\u064a \u0648\u0646\u062f\u0627\u0645\u0629 \u0625\u0644\u0627 \u0645\u0646  \u0623\u062e\u0630\u0647\u0627  \u0628\u062d\u0642\u0647\u0627 \u0648\u0623\u062f\u0651\u0649 \u0627\u0644\u0630\u064a \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0641\u064a\u0647\u0627.<\/p>\n<p><em>Maksudnya: Daripada  Abu Zar katanya:  Aku bertanya: \u201cWahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau  melantikku?\u201d.  Baginda menepuk bahuku dan bersabda: \u201cWahai Abu Zar,  Sesungguhnya engkau  ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia  pada <span id=\"lw_1303468550_2\" class=\"yshortcuts\" style=\"border-bottom: 2px dotted #366388; cursor: pointer;\">hari akhirat<\/span> nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa  yang mengambilnya  dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi  tuntutannya.&#8221; <\/em><\/p>\n<p>(Riwayat Muslim)<\/p>\n<p>Berasaskan  realiti ini ,<strong> <span style=\"color: #cc0000;\">janganlah sesiapa dikalangan ahli parti memanjat tangga  kepimpinan ini dengan gopoh dan rakus<\/span><\/strong>.  Perhatikan bilah bilah anak  tangga dengan teliti dan cermat serta  melangkahlah dengan tertib agar  tidak termengah dan mencederakan diri  sendiri mahupun orang lain .<\/p>\n<p>Apatah  lagi dalam keadaan  permukaan anak tangga yang licin dan mudah  tergelincir. Kesabaran dan  kematangan dalam mengambil langkah dan  memutuskan sikap adalah dua  elemen penting yang dilihat mampu  memperkasakan institusi kepimpinan  ini.<\/p>\n<p>\u0639\u0646 \u0623\u0628\u0649 \u0645\u0648\u0633\u0649 \u0642\u0627\u0644: \u062f\u062e\u0644\u062a \u0639\u0644\u0649  \u0627\u0644\u0646\u0628\u0649 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645  \u0623\u0646\u0627 \u0648\u0631\u062c\u0644\u0627\u0646 \u0645\u0646 \u0628\u0646\u064a \u0639\u0645\u064a \u0641\u0642\u0627\u0644 \u0623\u062d\u062f\u0647\u0645\u0627: \u064a\u0627 \u0631\u0633\u0648\u0644  \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0623\u0645\u0631\u0646\u0627 \u0639\u0644\u0649 \u0628\u0639\u0636 \u0645\u0627 \u0648\u0644\u0627\u0643  \u0627\u0644\u0644\u0647, \u0648\u0642\u0627\u0644 \u0627\u0644\u0623\u062e\u0631 \u0645\u062b\u0644 \u0630\u0644\u0643 \u0641\u0642\u0627\u0644 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0627\u0644\u0635\u0644\u0627\u0629  \u0648\u0627\u0644\u0633\u0644\u0627\u0645<\/p>\n<p>&#8220;\u0625\u0646\u0651\u064e\u0627 \u0648\u0627\u0644\u0644\u0647 \u0644\u0627 \u0646\u0648\u0644\u0651\u0650\u0649 \u0647\u0630\u0627 \u0627\u0644\u0639\u0645\u0644 \u0623\u062d\u062f\u0627 \u0633\u0623\u0644\u0647 \u0623\u0648 \u0623\u062d\u062f\u0627 \u062d\u0631\u0635 \u0639\u0644\u064a\u0647<\/p>\n<p><em>Maksudnya   : Dari Abu Musa RA, Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki  dari  sepupuku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah,  angkatlah  kami sebagai pemimpin atas sebahagian wilayah kekuasaanmu  yang telah  diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata  seperti itu.  Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah, kami tidak akan  mengangkat  seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini  dan tidak juga  seorang yang tamak utk memperolehinya . <\/em><\/p>\n<p>(Riwayat <span id=\"lw_1303468550_3\" class=\"yshortcuts\">Bukhari<\/span>, Muslim dan Ahmad)<\/p>\n<p>Janganlah   kita menjawat atau menyandang status kepimpinan dengan pengaruh pidato   atau populariti , begitu juga tidak dengan pengaruh senioriti dan   downline . Sebaliknya <strong>sandanglah melalui thiqah atau kepercayaan yang  diberikan oleh ahli parti berasaskan kelayakan dan keupayaan syari&#8217;e<\/strong>.<\/p>\n<p>Thiqah   ini pula bukan dibina melalui penonjolan imej dan pembiayaan  komunikasi  kita dengan ahli ( kerana ia boleh dilakunkan aksinya  menjelang  muktamar yang ada pemilihan ) tetapi <strong style=\"color: #cc0000;\">thiqah lahir  dari kesungguhan berjuang dan  keikhlasan berkorban . Bertunjang pula di  atas ketaqwaan yang tinggi  dan Himmah yang berwibawa<\/strong><span style=\"color: #cc0000;\">.<\/span><\/p>\n<p>Memberi  laluan kepada yang layak  memimpin dalam keadaan kita adalah calon  popular adalah jauh lebih  bermaruah daripada kita terus menandingi  jawatan kepimpinan tersebut.  Tidak memegang jawatan bukanlah bermakna  kita tidak boleh menyumbang  kepada Islam dan parti yang  memperjuangkannya.<\/p>\n<p>Demikian juga  mengambil tanggungjawab  sebagai seorang pemimpin setelah mendapat thiqah  dari ahli dan jamaah  adalah mempamerkan ia sebagai seorang pemimpin  yang ada kesungguhan  berjuang dan himmah yang berwibawa.<\/p>\n<p>Muktamar  parti adalah  medan untuk bermuhasabah , mengatur strategi ,  memperkasakan dalaman  parti , membina kader dan memberi amanah kepada  yang berhak dan layak .  Muktamar jangan sekali kali dijadikan papan  percaturan politik  peribadi dan kelompok yang sangat dinilai hina oleh  syara&#8217; .<\/p>\n<p style=\"color: #3333ff;\"><strong>Perwakilan  semestinya matang menilai dan memilih saf  kepimpinan yang akan  menerajui parti mengharungi badai perjuangan  membelah episod cabaran  baru dunia global hari ini. <\/strong><\/p>\n<p>Tidak  didorong oleh  sebarang sentimen yang asing dari apa yang kita pelajari  melalui skima  pentarbiyyahan parti , yang kita timba selama ini melalui  usrah dan  kuliah haraki di pelbagai peringkat.<\/p>\n<p><strong style=\"color: #cc0000;\">Calon  kepimpinan  pula tidak meminta diundi atau dipilih dengan pelbagai  penampilan dan  lobi yang tidak berasaskan keupayaan dan kelayakkan  sebenar<\/strong>. Justeru ia  hanyalah hipokritisme yang akan merosakkan parti dan dirinya sendiri.<\/p>\n<p>\u0639\u0646   \u0639\u0628\u062f \u0627\u0644\u0631\u062d\u0645\u0646 \u0628\u0646 \u0633\u0645\u0631\u0629 \u0639\u0646 \u0631\u0633\u0648\u0644 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0635\u0644\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0647 \u0639\u0644\u064a\u0647 \u0648\u0633\u0644\u0645 &#8221; \u064a\u0627 \u0639\u0628\u062f \u0627\u0644\u0631\u062d\u0645\u0646 \u0644\u0627   \u062a\u0633\u0623\u0644 \u0627\u0644\u0625\u0645\u0627\u0631\u0629 \u0641\u0625\u0646\u0651\u064e\u0643 \u0625\u0646 \u0623\u0648\u062a\u064a\u062a\u0647\u0627 \u0639\u0646 \u0645\u0633\u0623\u0644\u0629 \u0648\u0643\u0644\u062a \u0625\u0644\u064a\u0647\u0627 \u0648\u0625\u0646 \u0623\u0639\u0637\u064a\u062a\u0647\u0627 \u0645\u0646 \u063a\u064a\u0631   \u0645\u0633\u0623\u0644\u0629 \u0623\u0639\u0646\u062a \u0639\u0644\u064a\u0647\u0627<\/p>\n<p><em>Maksudnya: Daripada Abdul Rahman bin  Samurah,  daripada Nabi SAW sabdanya: \u201cWahai \u2018Abd ar-Rahman! Jangan  engkau meminta  jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya  dengan  permintaan maka engkau dibebankan (tidak ditolong). Sekiranya  engkau  diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu (oleh Allah) <\/em><\/p>\n<p>(Riwayat Bukhari dan Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasaie dan Ahmad)<\/p>\n<p>Semoga   muktamar PAS tahun ini , yang akan berlansung di Taman Melewar Gombak   dan Shah Alam Selangor [Dewan &#8211; Dewan] akan menjanjikan satu muktamar  yang bukan sahaja  meriah pada sambutannya tetapi juga dilihat hebat dan  perkasa menggarap  perjalanan parti .<\/p>\n<p>salam perjuangan dari saya<\/p>\n<p><strong>Nasrudin bin Hj Hassan<br \/>Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.<\/strong><\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ALQIADAH : TAKLIF LAA TASYRIF Kepimpinan adalah institusi terpenting bagi sebuah organisasi. Tidak ketinggalan bagi sebuah Gerakan Islam seperti Parti Islam Semalaysia (PAS). Justeru itu , ia mestilah menjadi institusi yang paling kukuh dan mantap bagi memastikan dasar perjuangan dapat direalisasikan dengan baik dan menepati objektif serta matlamat perjuangan itu pula dapat dicapai dengan cemerlang. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5513"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5513"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5513\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5513"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5513"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5513"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}