{"id":54948,"date":"2017-03-11T12:24:47","date_gmt":"2017-03-11T04:24:47","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=54948"},"modified":"2017-03-11T18:49:23","modified_gmt":"2017-03-11T10:49:23","slug":"tiru-manifesto-pas-cadangan-exco-jadi-bahan-lelucon-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/tiru-manifesto-pas-cadangan-exco-jadi-bahan-lelucon-rakyat\/","title":{"rendered":"Tiru Manifesto PAS; Cadangan Exco Jadi Bahan \u2018Lelucon\u2019 Rakyat"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : MNA<\/p>\n<p>Satu laporan berita yang disiarkan oleh portal milik Umno berkenaan cadangan kerajaan Negeri Terengganu mahu mengurniakan lot tanah dan bantuan membina rumah kepada rakyat Terengganu menjadi &#8216;jenaka tular&#8217;.<\/p>\n<p>Kenyataan itu datang melalui Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohd yang berkata sebanyak kira-kira 500 lot tanah di dua kawasan yang masih dirahsiakan.<\/p>\n<p>Tambah beliau lagi, mereka yang dicadangkan layak ialah mesti anak Terengganu, berusia 21 tahun ke atas dan sudah berkahwin serta belum lagi mempunyai tanah serta rumah sendiri.<\/p>\n<p>Lebih menggembirakan dakwa beliau ialah lot tanah tersebut mungkin dijadikan tanah pertanian untuk membantu mereka menjana pendapatan.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah.<\/p>\n<p>Namun cadangan Nawi itu pada mulanya diharap menjadi tular bagi menggembirakan rakyat Terengganu, sebaliknya menjadi bahan lawak jenaka rakyat yang jelas tidak langsung mempercayai janji Umno itu.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/03\/IMG-20170310-WA0095.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-54950 aligncenter\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/03\/IMG-20170310-WA0095.jpg\" alt=\"\" width=\"720\" height=\"654\" \/><\/a>Lebih seribu komen dari pembaca portal tersebut, dengan hampir semuanya menyatakan ketidak percayaan mereka terhadap janji-janji Umno.<\/p>\n<p>Mereka mempertikaikan kenapa cadangan ini baharu diperkenalkan setelah umum mengetahui yang PRU akan berlangsung tidak lama lagi.<\/p>\n<p>Ada juga mempersoalkan kenapa tidak diberikan setelah kali terakhir kemudahan mendapat tanah lot kediaman berlaku pada sekitar tahun 1999- 2004 ketika zaman pemerintahan PAS yang kemudiannya dirampas kembali menggunakan pelbagai alasan.<\/p>\n<p>Akan tetapi paling menarik, jawapan daripada Adun Tepuh, YB Ustaz Hishamuddin Abdul Karim apabila ditanya, beliau optimis ianya akan dilaksanakan oleh kerajaan kerana menurut beliau, inilah yang diperjuangkan oleh PAS.<\/p>\n<p>Ianya juga termasuk di dalam lima manifesto awal PAS yang baru-baru ini diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, YB Ustaz Satiful Bahari Mamat di Program HARAP 3.5 di Besut minggu lalu.<\/p>\n<p>Sekaligus menurut YB Ustaz Hishamuddin, membuktikan bahawa manifesto PAS adalah signifikan dan realistik, disebalik cacian dan kutukan ketika permulaan pengumumannya itu.<\/p>\n<p>Beliau juga berharap agar kerajaan tidak hanya pandai berjanji, tetapi mestilah melaksanakannya untuk rakyat serta adil dalam pembahagian lot-lot itu tanpa mengira parti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : MNA Satu laporan berita yang disiarkan oleh portal milik Umno berkenaan cadangan kerajaan Negeri Terengganu mahu mengurniakan lot tanah dan bantuan membina rumah kepada rakyat Terengganu menjadi &#8216;jenaka tular&#8217;. Kenyataan itu datang melalui Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohd yang berkata sebanyak kira-kira 500 lot tanah di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":54949,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"video","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":54949,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":2048,"height":1228,"file":"2017\/03\/Screenshot-738.jpg","filesize":410504,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":54948,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/03\/Screenshot-738.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/54948"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=54948"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/54948\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/54949"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=54948"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=54948"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=54948"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}