{"id":5465,"date":"2011-04-19T02:22:45","date_gmt":"2011-04-18T18:22:45","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/04\/mingguan-rasis-gesa-hukum-pengundi-cina-sarawak-2\/"},"modified":"2011-04-19T02:22:45","modified_gmt":"2011-04-18T18:22:45","slug":"mingguan-rasis-gesa-hukum-pengundi-cina-sarawak-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/mingguan-rasis-gesa-hukum-pengundi-cina-sarawak-2\/","title":{"rendered":"Mingguan rasis gesa hukum pengundi Cina Sarawak"},"content":{"rendered":"<p><span class=\"content\"><\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/guanengkempensarawak.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/guanengkempensarawak.jpg\" style=\"float: left;\" \/>Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng,  semalam mendakwa gesaan sebuah akhbar Kumpulan Utusan agar Barisan  Nasional (BN) menghukum pengundi Cina yang tidak menyokong perikatan itu  pada pilihan raya negeri Sarawak Sabtu lalu sebagai rasis dan tidak  demokratik.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Setiausaha Agung Parti Tindakan  Demokratik (DAP) itu juga mengecam Umno, pemilik akhbar berkenaan,  kerana membolehkan pendirian sedemikian dikeluarkan, serta mempersoalkan  sama ada ia konsisten dengan slogan &#8216;1Malaysia&#8217; Datuk Seri Najib Tun  Razak, selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Gesaan terbuka Mingguan Malaysia bukan sahaja rasis, malah bertentangan dengan amalan demokrasi,&#8217; kata Encik Lim.<\/p>\n<p>(Gambar; Guan Eng ketika berkempen dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini)<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Beliau, yang juga Ahli Parlimen (AP)  Bagan, berkata jika BN mengambil tindakan tegas yang disarankan akhbar  Mingguan Malaysia terhadap pengundi bandar dan sesiapa yang menggunakan  hak demokrasi, maka apa gunanya diadakan pilihan raya.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sebuah lagi akhbar milik Umno,  Berita Harian, dalam ruangan editorialnya semalam berkata &#8216;sudah tiba  masanya BN meneliti senario kenapa pengundi Cina menolak BN, bukan saja  di Sarawak, malah di kebanyakan pilihan raya kecil lalu&#8217;.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>&#8216;Persoalannya, adakah kerana BN  tidak cukup membantu kaum Cina atau ia sekadar keyakinan mereka bahawa  pembangkang mampu membentuk kerajaan negeri seperti dilakukan DAP di  Pulau Pinang dan Selangor dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR)  dan PAS (Parti Islam SeMalaysia),&#8217; kata Encik Lim.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Kelmarin, Mingguan Malaysia menggesa  perikatan itu supaya tidak terlalu bersikap &#8216;pemurah&#8217; dalam melayan  kedudukan masyarakat Cina dalam kabinet negeri yang bakal dibentuk,  berikutan keputusan pilihan raya Sarawak Sabtu lalu.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Mingguan Malaysia berkata majoriti  pengundi Cina memihak kepada kempen Pakatan Rakyat (PR) sedangkan  masyarakat Bumiputera tetap teguh bersama BN.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>BN Sarawak, yang dipimpin Ketua  Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, memperolehi 55 kerusi dewan  negeri, manakala PR memenangi 15 kerusi dan satu lagi kerusi dimenangi  calon bebas.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Walaupun BN memperoleh majoriti  lebih dua pertiga, ia mengalami penurunan kerusi kali ini. Undian  popular yang diraih BN juga jatuh daripada 63 peratus kepada 55 peratus.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Dalam kenyataannya, Encik Lim  berkata Mingguan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bersifat &#8216;rasis  dan ekstremis&#8217; dan &#8216;apa yang mengejutkan ialah Umno terus membenarkan  pendekatan rasis&#8217; itu di Semenanjung dan Timur Malaysia.<\/p>\n<p><\/span> <span class=\"content\"><\/p>\n<p>Sementara itu, para pengamat  perniagaan menjangkakan pilihan raya umum Malaysia ke-13 diadakan  menjelang akhir tahun ini berikutan kemenangan BN di Sarawak dengan  firma OSK Research berpendapat BN mampu memenangi semula beberapa kerusi  yang ia kalah di Semenanjung Malaysia. &#8212; Agensi.<\/p>\n<p><\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketua Menteri Pulau Pinang, Encik Lim Guan Eng, semalam mendakwa gesaan sebuah akhbar Kumpulan Utusan agar Barisan Nasional (BN) menghukum pengundi Cina yang tidak menyokong perikatan itu pada pilihan raya negeri Sarawak Sabtu lalu sebagai rasis dan tidak demokratik. Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) itu juga mengecam Umno, pemilik akhbar berkenaan, kerana membolehkan pendirian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5465"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5465"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5465\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5465"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5465"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5465"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}