{"id":5443,"date":"2011-04-17T23:12:06","date_gmt":"2011-04-17T15:12:06","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2011\/04\/prn-2011-membawa-sarawak-ke-arus-nasional\/"},"modified":"2011-04-17T23:12:06","modified_gmt":"2011-04-17T15:12:06","slug":"prn-2011-membawa-sarawak-ke-arus-nasional","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/prn-2011-membawa-sarawak-ke-arus-nasional\/","title":{"rendered":"PRN 2011 membawa Sarawak ke arus nasional"},"content":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/DSCN3537.JPG\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2011\/04\/DSCN3537.JPG\" style=\"float: left;\" \/>Pakatan Rakyat mencipta kemenangan  besarnya dalam PRN Sarawak 2011 setelah berjaya menawan 16 kerusi DUN  (termasuk satu daripada calon bebas) .\u00a0 Antara maknanya yang terbesar  adalah menyaksikan bagaimana Sarawak masuk ke dalam arus perdana politik  Malaysia, dan tidak lagi terpisah dari gelombang reformasi politik  negara.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam  tempoh kempen selama 10 hari, ceramah anjuran DAP di bandar menarik  kelompok manusia yang menakjubkan, sehingga rakyat mula yakin bahawa PR  mampu menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional, malah mengambil  alih kuasa kerajaan negeri.\u00a0 Namun demikian, ia hanya imaginasi yang  tercetus kerana kedahagaan terhadap reformasi.\u00a0 Pada hakikatnya, ia  terlalu optimis dan kurang pertimbangan realistik.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Dalam  PRN Sarawak 2006, PR hanya mampu menawan 9 DUN di kawasan bandar.\u00a0 Kali  ini, DAP dan PKR dari Semenanjung berjaya merampas 15 DUN, malah  menumbangkan Presiden SUPP George Chan, dan mengakibatkan SUPP hanya  mampu mempertahankan 6 daripada 19 kerusi yang dipertandingkan.\u00a0 Bahkan  PR berjaya menawan 3 kerusi di kawasan bukan Cina.\u00a0 Gelombang telah  mengombak di kawasan desa-bandar, berikutan kemenangan PR ini &#8211; dan  semestinya ia memberi tekanan kepada parti politik tempatan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pengundi  Sarawak dengan jelas menyatakan bahawa mereka tidak lagi menerima  perbezaan antara &#8220;parti tempatan&#8221; dengan &#8220;parti Semenanjung&#8221;, dan semua  parti politik adalah parti di bawah bumbung Malaysia.\u00a0 Pengundi hanya  mengambil berat tentang idealisme dan tuntutan &#8211; bukan lagi perbezaan  geografi &#8211; lantas pandangan sempit geografi ini digugurkan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Apabila  fikrah sempit politik berdasarkan geografi ini dipecahkan, maka SUPP  dan PBB yang rasuah dan tidak cekap gagal lagi untuk berselindung di  sebalik &#8220;parti tempatan&#8221;, untuk terus mengabaikan seruan perubahan  pengundi.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">PR telah mengharungi  pertarungan kali ini, dan mendapat kepercayaan daripada pengundi  Sarawak.\u00a0 Mereka bukan lagi &#8220;parti dari luar&#8221;, tetapi telah mempunyai  asas di Sarawak melalui undi rakyat.\u00a0 Sebaliknya, parti politik yang  melabel dirinya &#8220;parti tempatan&#8221; &#8211; telah disingkirkan pengundi  tempatan.\u00a0 Apakah mereka masih layak untuk menggelar dirinya &#8220;parti  tempatan&#8221; apabila gagal mendapat restu daripada orang tempatan?<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>Sepakat dalam nilai politik<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pengundi  Sarawak kini lebih mengambil berat tentang &#8220;idealisme&#8221; daripada  &#8220;geografi&#8221;.\u00a0 Perubahan ini membantu untuk membentuk kesepakatan seluruh  rakyat dalam nilai politik.\u00a0 Sarawak tidak lagi tersisih dari pinggiran  politik Malaysia, sebaliknya lebih rapat dengan arus perdana reformasi  politik nasional.\u00a0 Sarawak bukan lagi deposit tetap BN.\u00a0 BN dan UMNO  tidak boleh lagi merampas kekayaan dan sumber negeri Sarawak  sewenang-wenangnya tanpa mempedulikan suara rakyat.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Walaupun  PR gagal menafikan majoriti dua pertiga BN, namun tidak boleh dinafikan  bahawa keputusan PRN Sarawak 2011 adalah kemenangan besar yang  bersejarah.\u00a0 DAP dan PKR mempunyai harapan untuk memasuki kawasan  desa-bandar, untuk membina akar umbinya pada masa depan.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">PRN  ini adalah pilihan raya yang paling penting dalam sejarah politik  Sarawak.\u00a0 Perhimpunan politik di jalan raya adalah perhimpunan politik  terbesar sejak zaman anti-penjajahan pada tahun 1960-an.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\"><strong>DAP menguasai politik Cina<\/strong><\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada  dasarnya, SUPP telah kehilangan reputasi yang dibina sejak 40 tahun  yang lalu.\u00a0 Politik Cina di Sarawak bakal dikuasai sepenuhnya oleh DAP.\u00a0  SUPP memerlukan sekurang-kurangnya 10 tahun pada masa depan untuk  membina semula imejnya, dan melahirkan pemimpin generasi baru.\u00a0 Dengan  kata lain, 10 tahun yang akan datang adalah dekad yang merudum untuk  SUPP.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">SUPP  adalah parti politik tempatan, mempunyai organisasi yang luas.\u00a0 Mungkin  tidak pecah berkecai, namun ia tetap akan menemui ajal seandainya tidak  memikirkan perubahan.\u00a0 Bukan sahaja pimpinannya akan  dipertanggungjawabkan lantaran kekalahan ini, malah hubungannya dengan  Taib Mahmud juga bakal berubah.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">Pada  masa yang sama, PBB yang dipimpin Taib Mahmud juga berdepan dengan  krisis pengganti.\u00a0 PR menyasarkan Taib Mahmud sepanjang kempen, dan ini  akan dipergunakan Najib untuk mendesak agar Taib Mahmud berundur.\u00a0 UMNO  berharap Taib berundur sejak beberapa tahun kebelakangan ini.\u00a0  Bagaimanapun, UMNO juga khuatir dengan Taib, yang kelihatan masih enggan  bersara.\u00a0 Kali ini, sentimen rakyat boleh dijadikan alasan Najib untuk  mendesak Taib.<\/p>\n<p style=\"text-align: justify;\">&#8220;Angkatan tentera DAP&#8221;  ini telah berjaya menghapuskan Gerakan pada tiga tahun yang lalu.\u00a0 Kini  DAP pula meranapkan SUPP, tinggal MCA yang nyawa-nyawa ikan.\u00a0 Sehati  senada SUPP berkhidmat untuk &#8220;Pek Moh&#8221; &#8211; Pek Moh makan daging, SUPP  minum sup.\u00a0 MCA seharusnya mendapat iktibar daripada kemusnahan SUPP.\u00a0  Seandainya MCA sehati senada berkhidmat untuk UMNO, mereka akan  mengalami nasib yang sama. &#8211; Merdeka Review<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Rakyat mencipta kemenangan besarnya dalam PRN Sarawak 2011 setelah berjaya menawan 16 kerusi DUN (termasuk satu daripada calon bebas) .\u00a0 Antara maknanya yang terbesar adalah menyaksikan bagaimana Sarawak masuk ke dalam arus perdana politik Malaysia, dan tidak lagi terpisah dari gelombang reformasi politik negara. Dalam tempoh kempen selama 10 hari, ceramah anjuran DAP di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5443"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=5443"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/5443\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=5443"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=5443"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=5443"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}