{"id":54215,"date":"2017-02-14T08:00:37","date_gmt":"2017-02-14T00:00:37","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/?p=54215"},"modified":"2017-02-14T08:04:34","modified_gmt":"2017-02-14T00:04:34","slug":"hakisan-ratusan-juta-duit-rakyat-hilang-ditelan-ombak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/hakisan-ratusan-juta-duit-rakyat-hilang-ditelan-ombak\/","title":{"rendered":"Hakisan ; Ratusan Juta Duit Rakyat \u2018Hilang Ditelan\u2019 Ombak"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : KAM<\/p>\n<p>KUALA NERUS &#8211; Puluhan juta setiap tahun malah ratusan juta duit rakyat telah dibelanjakan bagi projek hakisan pantai di Kuala Nerus, akhirnya \u2018hilang ditelan\u2019 ombak begitu sahaja.<\/p>\n<p>Penyelesaian jangka pendek masalah hakisan pantai dengan benteng tambakan batu pemecah ombak disifatkan gagal seumpama \u2018mencurah air ke daun keladi\u2019.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mencadangkan satu jalan penyelesaian jangka panjang dengan membuat tambakan pasir yang memanjang ke pantai.<\/p>\n<p>Kaedah itu, katanya pernah dilakukan di beberapa buah negara seperti Amerika dan Australia serta terbukti baik untuk jangka masa panjang.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/02\/Khairuddin-Hisham.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-54225 aligncenter\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/02\/Khairuddin-Hisham.jpg\" alt=\"\" width=\"3566\" height=\"2262\" \/><\/a>\u201cCadangan saya, bukan hanya tambakan batu tetapi tambakan pasir yang memanjang ke pantai. Ianya, pernah dibuat di pantai Amerika dan Australia.<\/p>\n<p>\u201cKesannya, pertama berjaya menyelamatkan pantai untuk jangka masa panjang dan kedua, pantai itu boleh menjadi lokasi pelancongan.<\/p>\n<p>\u201cIanya akan menyelamat pantai dan harta benda milik orang kampung. Kita tahu pantai di Kuala Nerus ini kawasan peranginan dan menjadi tumpuan setiap hujung minggu.<\/p>\n<p>\u201cItulah antara cadangan yang selalu saya bawa ketika di Parlimen sebelum ini,\u201d ujarnya kepada wakil media ketika meninjau lokasi hakisan di Pantai Kolam, Kampung Mengabang Telipot, semalam Isnin 13 Februari.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/02\/Khairuddin-Hisham2.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-54226 aligncenter\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/02\/Khairuddin-Hisham2.jpg\" alt=\"\" width=\"4128\" height=\"2721\" \/><\/a>Hadir sama menemani beliau di lokasi itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim.<\/p>\n<p>Katanya, tahun lalu ketika hakisan teruk berlaku di Pantai Tanjung Gelam kerajaan membelanjakan peruntukan segera RM1.2 juta bagi menyediakan tambakan batu tersebut.<\/p>\n<p>\u201cTahun lepas (2016) buat tambakan batu di Pantai Tanjung Gelam dengan kos RM30 juta. Hari ini, selepas setahun berlaku pula hakisan yang teruk di utara Tanjung Gelam iaitu Kampung Kolam Mengabang Telipot ini.<\/p>\n<p>\u201cJika dibuat lagi tambakan batu di sini, dia akan memberi kesan pula kepada pantai seterusnya iaitu di Pengkalan Maras. Ini kerana, penyelesaian itu bukan untuk jangka masa panjang.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan hari ini telah menghabiskan secara keseluruhan sebanyak RM120 juta hanya untuk tambakan batu yang tiada kesudahan,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/02\/hakisan-1302174-1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-54228 aligncenter\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/02\/hakisan-1302174-1.jpg\" alt=\"\" width=\"4128\" height=\"2322\" \/><\/a>Dr Mohd Khairuddin turut melahirkan rasa dukacita dengan nasib rakyat terlibat dengan bencana hakisan pantai yang perlu pembelaan.<\/p>\n<p>Namun, katanya pihak kerajaan masih mempertahankan kajian lama menggunakan tambakan batu yang terbukti gagal setiap tahun.<\/p>\n<p>\u201cNampaknya, kerajaan mengambil satu jalan penyelesaian yang sama iaitu menggunakan tambakan batu semata-mata. Kesannya, dia hanya penyelesaian sementara sahaja dan menyebabkan hakisan pantai di utara (Pengkalan Maras) selepas ini.<\/p>\n<p>\u201cIni terbukti jelas, apabila kerajaan membuat tambakan batu di kawasan Pantai Tok Jembal suatu ketika dahulu.<\/p>\n<p>\u201cSelepas itu, berlaku pula hakisan di kawasan utara Tok Jembal iaitu di lokasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Pantai Tanjung Gelam, Kampung Tengah dan hari ini Pantai Kampung Kolam, Mengabang Telipot.<\/p>\n<p>\u201cKenapa kerajaan masih mempertahanan pandangan lama dan menghabiskan RM120 juta. Menteri telah berubah tetapi jawapan masih sama. (tambakan batu),\u201d ujarnya.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/02\/Khairuddin-Hisham4.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-54229 aligncenter\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/02\/Khairuddin-Hisham4.jpg\" alt=\"\" width=\"3950\" height=\"2524\" \/><\/a>Langkah segera, kata beliau akan bertemu dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia bagi menyerahkan satu memorandum pandangan penyelesaiannya.<\/p>\n<p>\u201cSaya telah menghantar surat kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, untuk memohon satu pertemuan pada hari Isnin (20 Februari) ini dan bertemu dengan menteri (Dato\u2019 Wan Junaidi Tunku Jaafar) dalam isu ini.<\/p>\n<p>\u201cKita (PAS) akan bawa satu memorandum dan pandangan kita secara bertulis dan \u2018derait\u2019 dan kita akan sebutlah apa masalah yang berlaku di kawasan kita ini yang berpanjangan dalam tempoh tiga, empat tahun ini,\u201d kata Dr Mohd Khairuddin.<\/p>\n<p>Pada 28 Disember 2016 lalu, kerajaan Terengganu telah memperuntukan sebanyak RM1.2 juta bagi mengatasi masalah hakisan di Pantai Tanjung Gelam dekat Kuala Nerus.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/02\/Khairuddin-Hisham1.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"size-full wp-image-54230 aligncenter\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/02\/Khairuddin-Hisham1.jpg\" alt=\"\" width=\"4116\" height=\"2599\" \/><\/a>Menteri Besarnya, Dato\u2019 Seri Ahmad Razif pula memaklumkan kerajaan pusat menyalurkan peruntukan RM90 juta bagi mengatasi masalah hakisan di Pantai Tok Jembal, Teluk Ketapang dan Tanjung Gelam.<\/p>\n<p>Manakala, Jabatan Kerja Raya (JKR) juga menyediakan peruntukan RM30 juta yang menjadikan nilai keseluruhannya ialah RM120 juta.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : KAM KUALA NERUS &#8211; Puluhan juta setiap tahun malah ratusan juta duit rakyat telah dibelanjakan bagi projek hakisan pantai di Kuala Nerus, akhirnya \u2018hilang ditelan\u2019 ombak begitu sahaja. Penyelesaian jangka pendek masalah hakisan pantai dengan benteng tambakan batu pemecah ombak disifatkan gagal seumpama \u2018mencurah air ke daun keladi\u2019. Sehubungan itu, Ahli Parlimen Kuala [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":54223,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"video","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":54223,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":3841,"height":2322,"file":"2017\/02\/hakisan-130217.jpg","filesize":3007617,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"1.9","credit":"","camera":"SM-G610F","caption":"","created_timestamp":"1486984907","copyright":"","focal_length":"3.6","iso":"40","shutter_speed":"0.00048007681228997","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":54215,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2017\/02\/hakisan-130217.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/54215"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=54215"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/54215\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/54223"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=54215"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=54215"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=54215"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}